Selepas kejayaan yang besar dengan penghasilan pesawat penumpang terbesar didunia A380, Airbus sekali lagi akan melancarkan model terbaru iaitu A350 XWB. Pesawat ini mempunyai tiga varian iaitu A350-800, A350-900 dan paling besar adalah A350-1000.
A350-800 mempunyai 270 tempat duduk untuk penumpang dalam tiga kelas kabin berbeza, jarak penerbangan maksimum sejauh 15,400km. Ia merupakan pesaing pada Boeing 787-9. Model ini kan menggantikan A330-200.
A350-900 pula mempunyai 314 tempat duduk untuk penumpang dalam 3 kelas kabin berbeza. Jarak sasaran adalah 15,000km, dan saingannya adalah Boeing 777-200ER. Mengikut perancangan Airbus akan mengeluarkan model A350-900R yang mempunyai jarak penerbangan maksimum 17,600km untuk bersaing dengan Boeing 777-200LR dan ianya mampu terbang tanpa henti dari Heathrow, London ke Auckland. Model A350-900 akan menggantikan A340-300. Dijangka memula operasinya pada 2016.
A350-1000 mempunyai extra 11 frame stretch dari model A350-900. Yakni lebih panjang. Bersaiz paling dalam kumpulan A350, model ini mempunya 350 tempat duduk penumpang dalam 3 kelas kabin berbeza. dan jarak penerbangan adalah 15,600. Ia direka untuk bersaing dengan model Boeing 777-300ER. A350-1000 mempunyai saiz sayap panjang berbanding A350-800 dan A350-900.
Pesanan untuk pesawat ini telah di buat seawal pada tahun 2008. Antara syarikat penerbangan yang telah membuat pesanan adalah Air China, Air Asia X, Asiana Airlines, Avianca, Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Singapore Airlines, Thai Airways, US Airways dan beberapa lagi syarikat penerbangan. Jumlah pesanan sehingga 2012 ada 562 unit yang terdiri dari ketiga tiga varian.
Qatar Airways mendahului senarai tempahan dengan pesanan sebanyak 80 unit A350 XWB dari pelbagai varian dan dikiuti Emirates sebanyak 70 unit.
Over 70 percent of the A350 XWB’s airframe is made from advanced materials that combine composites, titanium and advanced aluminium alloys.
No comments:
Post a Comment