Thursday, June 27, 2013

T-ara, the see ya, 5Dolls & Spped - Painkiller


Painkiller

When will things be okay?
When will the sun rise again?
Are all farewells this painful to death?
I’m choked up and I can’t even breathe
Time goes by but it’s no use
Please heal my heart so I can smile a little
Eonjejjeum gwaenchanha jiryeona
Haeneun eonje dasi tteuryeona
Wollae ibyeori da ireoke
Jugeul deusi apeunyago
Mogi maeyeo sumdo mot swigo
Sigani gado soyongeobseo
Jogeumina useul su itge
Nae mam jom chiryohae jwoyo


Farid kata: lagu ni unik sbb hanya sebahagian dari kumpulan t-ara, the see ya dan 5Dolls je yang nyanyi

Wednesday, June 26, 2013

Bungkusan misteri, ayam madu ngan lelaki berlari



Lama rasa tak tulis blog, ok entri ni boleh dianggap upama melepas kan batuk kering ditangga pavilion sahaja. me dont mind. Ingat tak hari tu hari jadi kak tin keponpon? haaa maya sopiah sudah membeli kan hadiah tuk kak tin, pastu dihantar thru pos la. Then punya la nak seprais kan kak tin, disebabkan gua yang pi pikap parcel tu, segala bakat lakonan yang gua pelajari selama ini abis gua praktikkan. Pura pura taktau sapa yang hantar, tipu plak lagi siap bantai koyak kan slip tu yang bahagian sender. Sib baik bila dah find out sapa bagi kak tin tak amukkan. Eh motip dapat hadiah nak amukkan?! lol. Nak tahu hadiah apa yang maya sopiah bagi? tunggu kak tin update. tunggu dengan penuh kesabaran yo. ini serius


Ok ni cerita perihal makan, lately ni gua adalah kegilaan memakan nasi beriyani. Ya ampun sedap nikmat segala galanya lah bila dapat ayam madu. Dulu cam pandang sepi je bila orang blanja beriyani, tapi skarang tidak lagi, kalau boleh tetiap hari nak makan beriyani ayam madu. Itu hari pi makan kat Mahbub, erm ayam madu dia cam ok la, tapi nasi dia cam kurang sodap, but still boleh terima tekak la. 


Ni juga kegilaan baru, menonton Running Man cam tiada sempadan. Ada satu episod tu bertajuk "That winter the typhoon blow"  di ambil bersempena drama "that winter the wind blow" ada la dua retis pompuan jadi jemputan. Tapi episod biasa biasa je, still klaka. 

Farid kata: penat oh penat plus letih juga

Friday, June 21, 2013

KUL - LGK 5


Ok dah banyak naw update benda lain sampai lupa nak abiskan cerita langkawi. Ini adalah entri terakhir di Langkawi yo. Bangun pagi pi breakfast area Chenang tu je, pastu balik resort kemas kemas bag, pastu lepak kejap, tok mok ngan aiman sempat pi main beskal bagai, kat resort ni ada free basikal untuk di tunggangani.


*farid macam tak mandi*

Dan settle smua,. dalam perjalanan singgah pi makan laksa tepi airport, kekdahnya dah terawal kluar, gara gara takut kene tinggal pesawat, jadi ada masa lebih boleh lah pi makan laksa ikan sekoq. Yer ikan kembung sekor dalam laksa itu. 

*kantoi pak uda tido*

Disebabkan sampai awal, walaupun dah abiskan sikit masa pi makan laksa, jadi ramai ramai pi post post je kat kosi urut yang banyak kat airport ni, gua ngan auntie gua pi cek in bag. Disebabkan ketakutan muatan beg lebih, gua sesiap beli luggage extra jadi 30kg, hah mampu kau?! macam kan nak memborong satu kedai coklat, timbang punya timbang 15kg berat beg. sekian.



*knp enjin kaler hijau? sbb ini lotus F1 punya*



Sampai lcct, naik bas ke salak tinggi lalu menaiki ERL terus ke KL sentral. Gigih memikul beg berat, ya la slalu kalau pi travel mana pernah beg berat sampai gini. Skarang tanggung la hazab nya. 



Demikianlah cerita ke Langkawi selama tiga hari dua malam, tapi bikin entri cam lama gila nak abiskan. Ok next destination pls.

~ FIN ~

Farid kata: Bila stress sila tonton Running Man, kompom mesti boleh senyum bahkan bergelak ketawa semula.

Thursday, June 20, 2013

The One - Winter Love (That Winter The Wind Blow OST)


The One - Winter Love (That Winter The Wind Blow OST)

English Translation
I know you, I feel you even if you don’t speak
You’re a hurt person, who resembles me a lot
I know that I never learned of love so I don’t really know about it
But I feel that you are a person who is my destiny

My person is soft like the white snowflakes
That person is hurting me
The wind blows and it seems like it’ll take you far away
So I am protecting you by your side again today

I beg so that my prayers can reach the heavens
I hope for this cruel love that I can’t stop anymore
Even if my life is broken to pieces,
There’s just one person, just one person for me

A love like destiny that I cannot reject
That person is making me sad
Even if the cold winter comes and freezes my entire body
I will always be by your side

I love you, I will hold you
I will always protect you by your side





Running Man kebaboooom!



Haa nak cer sikit, walaupun gua agak keterlewatan mengikuti kisah running man ni, tapi nak cerita jugak kat sini. Running man adalah sebuah realiti game show yang meletop letop seantero asia. Dah ada lebih kurang 150 episod yang setiap satu nya mempunyai tema yang lain lain dan mempunyai artis jemputan yang berlainan. Gua amat kagumi game game yang mereka ni buat, smua like macam tak terpikir pun. Disini di senaraikan ahli ahli running.


Yoo Jae Suk aka Grasshopper

Pakcik ni macam like ketua dan main MC juga dalam rancangan ni. Dan dia adalah banyak juga menang dalam Running man ni. Oh dia ni pelawak, so takde masalah nak muncul dalam realiti show, kaya dengan lawak spontan nya. 


Song Ji Hyo aka Ace, Blank Ji, Monday Girlfriend

Satu satu nya ahli wanita dalam grup ni, masa memula gua tonton running man, gua rasa cam pernah tgk muka dia ni, skali pling! oo dia dalam princess hour tu, tapi bukan la jd heroin. Dia ni kadang cam blank blank, yang paling tak leh blah ada je musik latar angry bird kalau Ji Hyo ni buat yang bukan bukan. Oh dia adalah Monday couple bersama Gary. 



Gary aka Monday Boyfriend, Gary sswi

Di perkenalkan bersama Kwangsoo, mereka ini adalah rookie dalam rancangan variety. Digosipkan bercinta Ji Hyo, Gary juga merupakan Black Horse dalam Running man especially bila tiba waktu berlumba. Ooo gary ni mmg menakut bila game rip off name tag, sbb dia akan jadi sikit saiko lol


Haha aka Penguin, Haroro

Haha adala primary joker dalam Running Man, disebabkan ketinggian nya yang rendah, dia disamakan dengan Pororo the little penguin. Haha ni slalu berpartner ngan Jong kook. Dia juga slalu menjadi mangsa bad tempered Jong kook. Haha juga merupakan peserta paling lemah bila tiba race game. Sian Haha.


Ji Suk-Jin aka Big Nose

Peserta paling tua dalam Running Man, dan dia juga merupakan rakan rapat Jae Yuk. Sama ngan Haha, Big Nose juga merupakan peserta paling lemah dan sering tersingkir pada saat awal perlumbaan. Haaa big nose juga ada muzik tema, hahaha 


Kim Jong Kook aka Comander, Tiger

Haa dia ni mmg ganas, tgk badan dah tau, sikit bad tempered, slalu kene tipu ngan kwangsoo sbb kwangsoo selalu berpatah arang ngan Jong Kook ni bila satu team. Dia ada jugak muzik latar cam bunyi orang nak berperang. Dan dia adalah antara peserta terhebat dalam game rip off name tag. Daebak!


Lee Kwang Soo- aka Giraffe, Kwang vatar

Kwang soo adalah peserta termuda dan paling tinggi juga paling merepek dalam Running man, tapi dia punya merepek mmg klakar, dan dia adalah icon kepada peserta paling kerap berpaling tadah. Dia punya gelabah juga adalah sangat klaka. Di awal kemunculan, Kwang soo merupakan peserta terawal tersingkir, tapi setelah mengharungi banyak episod, dia blaja untuk betrayed rakan sekumpulan terutama bila tag tean ngan jang kook tanpa rasa bersalah. 

Pada korang yang tak pernah nonton Running Man gua sarankan untuk menonton, kat sini gua kasi the best site ever siap sub english lagi, dan episode penuh running man


Farid kata: Kalau internet ngarut, mula la rasa nak hempas je macbook ni


Tuesday, June 18, 2013

Betul ke tidak?!

Situasi:

Di sebuah kedai makan. Seorang pemuda duduk bersandar setelah selesai makan sambil membelek belek talipon bimbit ditangan beliau, sesambil itu beliau menyedut sebatang rokok ditangan. Sambil sambil itu dihembus nya asap seperti tauke balak. Selang beberapa minit, datang dua wanita lingkungan umur 30-an lalu bertanya "dah abis makan?!" seoarang lagi wanita diam sambil memegang dulang. Jadi pemuda ini lantas kelam kabut mengemaskan barang barang dia like talipon bimbit, pemain mp3, kotak rokok dan terus berlalu sambil menonjolkan riak muka paling pelik didunia. Wanita wanita berkenaan tersenyum simpul kepuasan.

Rumusan:

Ini adalah pendapat gua and not more then that. Pada hemat gua, dua dua pihak yakni pemuda dan wanita itu adalah sama sama bersalah. Kenapa dua dua bersalah? yer encik farid mmg slalu suka macam itu, suka berfikir pelik pelik. Ok pedulik la.

i) Ok yang pertama, pemuda tersebut harus sedar diri yang beliau berada di tempat sesak begitu jadi lepas makan dan merokok sila lah berambus. Beliau harus berambs pabila terlihat wanita wanita ini memegang dulang kehulu hilir mencari tempat. Tapi pemuda ini mungkin rabun atau memang tak peka dengan keadaan sekelilling lalu membuat kan beliau feeling macam duduk kat rumah. #Lame

ii) Berkenaan wanita 30-an pula, bagi gua tak perlu la bertanya seperti kan mahu menghalau pemuda tersebut upama penyewa tidak membayar sewa rumah. Ya la, budi bahasa budaya kita kan? Dan kalau kan gua ditempat beliau (wanita tersebut), gua hanya pandang pada pemuda tersebut lalu senyum, senyum like u know him since u were born. Mesti pemuda itu faham lalu berambus. Tapi sayang, wanita ini serba kekurangan, kurang budi bahasa, kurang pemahaman dan kurang siuman jugak.

So dalam erti kata lain disini, dalam kehidupan kita seharian, ada few thing yang tak perlu di lahirkan dengan kata kata. Perlakuan kita cukup untuk melambangkan niat dan keperibadian kita. Senyum lah selalu walaupun orang kata kamu ini kurang siuman. Ok dah tu je bubbye

Farid kata: Makan kat rumah lagi best, tak kene halau pun

Monday, June 17, 2013

Happy Birthday Kak Tin Keponpon


*Dari kiri kak tin gemok, maya sopiah pun gemok jugak dan farid boncet*

Tanggal 13 Jun 2013 adalah hari jadi Kak Tin ke? Rahsia, sila tanya beliau sendiri. Jadi kami kami ini mau makan makan, jadi bincang punya bincang kita ke Chillis Bangsar Shopping Centre je la. Dekat je pon, dan senang. Dengan skil memandu terpantas dibantu kuasa turbo kete kak tin, we manage to sampai BSC in a blink an eye (kak, aku dah puji lambung lambung ni, nanti ko banjer satey kajang plak tau)

*tetiba lam gambar ni kak tin mengurus pula*

Stelah mengorder order, kak tin nak banjer sorang satu cupcake, ohhh i ove kapkek (kataku). Kapkek ini adalah mahal yer dan kapkek ni bukan dijual di Chillis yer. Tengkiu kak. *tarik tudung kak tin

*Lempeng bukan sebarang lempeng*



*Barisan kapkek*


So di akhir kata gua ucapkan Selamat Harijadi pada Kak Tin Keponpon, Smoga ko dimurah kan rezeki kak. Semoga cepat di kurniakan cahaya mata, mempunyai keluarga yang bahagia dan moga cepat mendapat  kenaikan pangkat manager. Aminnnnnnnnnnn (bukan jiran kak tin)

Farid kata: 18hb hari jadi Ibam, 26hb harijadi Adik plak, kopak kopak 


Friday, June 14, 2013

BerSushi bersama sama


*motip muka ko gitu dik?*

Itu hari, gua, adik ngan kemal sudah decide mau jalan jalan ke Mlaka, bukan jalan mana pon, takat pi Dataran Pahlawan je pon. Mesti korang tanya, "gigih kan korang ni jalan dari pd ke Mlaka, tak rasa jauh ke?" tu soklan sudah sebati. Yer Pd ngan mlaka takde jauh mana pon, walaupun perjalanan lebih dari sejam. Ini kerana jalan mengikuti jalan lama, bukanhighway, so enjoy enjoy sahaja.

*kemal adalah tinggi 3cm dari gua, barangkali rambutnya*

Parking kat Mahkota Parade, lalu berjalan melintasi ke Dataran Pahlawan, beli tiset tiset je. Pastu pusing pusing lagi singgah beli cencalok, kuah asam pedas, kuah mee rebus dan ikan masin. Yer dalam Dataran Pahlawan ni ada jual bendalah seperti itu. Pastu sambung lagi jalan, pastu rasa lapar la pula. Bincang bincang pegi sushi king sahaja. 

*jangan contohi tingkah laku ini, mulut penuh sumbat sushi pastu terus pose pose amek gambar, result muka gemuk tak tentu hala*

Kemal order set ada nasik ngan daging, gua ngan adik makan sushi smata. Tapi kan, sushi kat sini tak banyak choice, pusing pusing itu jugak la sushi nya. Tapi tak pe balun sahaja. Janji perut terisi. Pastu sambung lagi jalan, dengan membawa misi mencari botol air Ikhwan ngan sepit rambut Amni. Sedar sedar dah pukul lapan malam. Mmg kene balik sbb esok nya nak kene bangun awal nak pi keje.



*Kalau ada arwah mama, mesti dia marah, makan bersepah sepah camgini*

*promo happy hour katanya, tapi sbenarnya tak berapa happy sangat, sushi mahal kekdahnya*

Jadi itu lah aktiviti pi jalan jalan kat mlaka. serious gua jadi blank nak abiskan entri ni, tak tau na ending camna plak. *ketuk kibod kuat kuat tanda kecewa.

Farid kata: Taip laju laju sbb panggilan alam


Tak masuk akal


*Karipap keras cam batu bersama dua bijik dadu*

Seperti biasa, di sebabkan kerajinan farid yang melampau ini lalu beliau membuat entri campur rojak. Rujuk gambar atas, kenapa gambar kuih pun nak masuk dalam blog?! Sbb rege kuih tu seketol adalah rm0.40. Yer besar buah dadu tu je bingka tu rege rm0.40. Cam kan makan kat hotel, walhal tempat takde berhawa dingin pun. Gua berharap penjual ini mempunyai alasan yang kukuh kenapa beliau menjual dengan price tag camtu. Haaa price tag katanya, macamkan beli kete. 

*Gua saje je kaburkan gambar ni, sbb skarang teknik ni tengah in* #baling kamera masuk longkang

Pastu, itu hari kan pi Uniqlo kat sogo kan, pastu gua ajak nok gemok pi makan nasik beriyani kat insaf, tapi kali ni baru tau yang sepanjang jalan TAR tu ada dua kedai insaf, itu hari gu makan yang dekat KFC sana, pastu yang terbaru ni gua pi makan kat seberang sogo je ni. Ni semua gara gara malas nak jalan jauh, tapi kan, nasik nya cam tak sedap je, tak sama cam kedai yang belah ujung sana. Tapi ujung ujung licin jua ku bedal, dan one more thing pesan ayam madu, tapi pedas nya cam makan ayam cili api. Rasa madunya ntah kemana mana. 

*kwan baru pas mandi, elok je rupa parasnya*

Tetiba cam tak tau nak ending entri ni camna. Tapi kira ni ending la. OK bye *tarik sari aci tunggu tren

Farid kata: Tingin benar nak makan satey plak, ada sesapa murah hati nak banjer?

KUL - LGK 4


*Anak dan emak*

Ok ni kisahnya, petang hari, sebagaimana di gembar gemburkan, laksa tepi airport adalah sangat harum namanya seantero para pelancong. Makanya kami kami ni semua gigih la ke tepi airport sana untuk memakan sesuap laksa. Yer main tibai je pilih kedai, sbb ada banyak kedai tepi jalan airport ini. 



Kalau la KLIA ada kedai camni tepi airport, alangkah meriahnya, laksa tak sedap pun gua akan makan bermangkok mangkok, yer gua mmg suka tgk kapal terbang, ada kalanya abis masa berjam kat airport smata mata tgk kapal terbang. 


*Pasangan bahagia*

Laksa dipadukan ngan air kelapa, dengan harapan takde la sakit perut bagai nanti. Tapi yer kembung nak ngabiskan air kelapa tu. Untuk menaikan rasa laksa itu gua letak dua sudu besar petis a.k.a otak udang, manis, masin smua bercampur baur, lagi menambahkan rasa galau di hati jika bahana nya sakit perut nanti, tapi pedulik apa janji sedap.


*Tokmok bantai berdengkur macam tidur malam*

Selepas melepaskan nasfu pada laksa yang biasa biasa itu, mari kita ke Dataran Lang pula, masa ni dah petang, orang pun ramai juga disini. park kete sib baik dapat tempat, jalannnya menyempit. Dan seperti biasa, ke Dataran Lang ni mau tgk patung helang gergasi lah kan, takkan nak tgk patung gajah gergasi plak, kompom kompom namanya Dataran Gajah. 


Last time gua datang sini ngan kemal, tempat ini adalah ditutup sementara untuk di renovasi. Jadi banyak palang palang besi lal menutup rupa paras sbenar helang giant ini. 

*bontot helang*



*mirul ngan aiman gigih menonton ketam bergaduh*









Dah abis pusing satu round kat sini, maka beramai ramai ke Hj semail untuk sekian kalinya. beli lagi coklat.

*err faham faham sendiri lah yo*

Ok next entri adalah yang terakhir yo. 

Farid kata: Tgh tgh taip tetiba smua power off, misteri nusantara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis