Wednesday, December 12, 2012

First date? seronok atau seram?

I've been through this a lot lol trust me. Dan pada setiap temujanji pertama banyak kesilapan di lakukan. Disini gua sertakan few things yang perlu di titik beratkan.

1. Tajuk Perbualan
Pastikan anda banyak mendengar dari bercakap. Dalam proses mengenali pasangan anda, pertanyaan dan dengar dengan teliti adalah sangat diperlukan. Soalan seperti "apa hobi u bila ada waktu lapang? adalah sangat sopan, dan "bila last time u had sex?" adalah sangat kurang adab dan mungkin anda akan dilabel sebagai sex maniac.
Gua rasa: Soalannya adalah "kat kompeni u ada kerja kosong tak?" jawapan "gua bukan jobstreet" *keadaan hening seketika dan hanya bunyi cengkerik sahaja kedengaran.

2. Pemakaian
Kita tahu first impression adalah penting dan ianya juga berkaitan dengan personaliti. teettttt salah, first impression adalah dari pemakaian. apabila anda bersiap siap untuk temujanji yang pertama, fikirkan apa yang perlu dipakai. Dress to impress dan jangan lupa pastikan ianya selari dengan personaliti anda. Pasti kan anda memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti pada temujanji pertama tersebut, dan jangan lupa juga pastikan pasangan anda juga tahu tentang aktiviti yang anda akan lakukan supaya dia juga berpakaian yang sesuai.
Gua rasa: Telinga bertindik dan lu pakai serban?! Gila

3. Bil! Bil! Bil!
Bukan bil letrik mahupun bil air yer tuan tuan. Siapa yang harus membayar pada temujanji pertama anda? Jikalau anda sudah bertemujanji lebih dari lapan belas kali sebaiknya bil tersebut di bahagikan dua. Tetapi pada temujanji pertama, barang sesiapa yang ajak mengedate adalah yang harus membayarnya. Oleh itu sebaiknya memilih aktiviti yang selari dengan bajet anda.
Gua rasa: Kalau nak murah sekali pun avoid kedai mamak!

4. Cuba sesuatu yang baru
Tiada orang yang ingin kelihatan bodoh. Jikalau pasangan anda mecadangkan sesuatu yang baru seperti makanan baru, sukan baru, anda harus mencubainya. Selagi ianya tidak melanggar peraturan dan tatasusila apa salahnya mencuba. Cuba lah sesuatu yang baru ini kerana jika anda enjoy melakukannya, dan pertama kali anda melakukannya bersama pasangan anda, ia sangat bermakna. Jikalau anda kelihatan seperti seorang loser, apa salahnya, ia adalah anda dan lebih penting anda sanggup mencubanya.
Gua rasa: Bungee jumping pada first date? berani?

5. "Dont's" pada temujanji pertama
Bagi sesetengah orang, temujanji pertama adalah menyeramkan, anda berasa gementar, tapi perasaan itu akan hilang jikalau anda berada disekeliling rakan anda.  Akan tetapi pada waktu itulah kita akan mengenali seseorang yang baru. Oleh itu JANGAN bawa pasangan temujanji pertama anda ke parti rakan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda menjadi tidak keruan kerana dia tidak mengenali org lain pada parti itu. Kira dah disadvantage la pada pasangan anda itu.
Gua rasa: First date dah mabuk mabuk dan itu sangat menjengkelkan

6. Berstyle pada temujanji pertama
Jangan berlebihan ketika berpakaian pada temujanji pertama. Kunci kejayaan nya adalah selesa dan nampak sopan dan jangan sehingga menampakkan anda mencuba untuk bergaya sedaya upaya. Jangan berlebihan dan anda pasti tidak mahu kelihatan menakutkan. Dan jangan lupa untuk memberikan kata kata terbaik untuk pakaian pasangan anda.
Gua rasa: Mekap banyak banyak nak rupa cam taylor swift, ujung ujung pasangan kata cam hantu kak limah

7. Hadiah?
bagaimana jika carnation atau ros? jauhi manisan seperti coklat dan candy, anda mungkin tidak tahu pasangan anda dalam diet. Apabila membeli bunga, pastikan anda meminta penjual tersebut meletakan sedikit kapas basah dihujung batang yang dipotong, ini akan memastikan bunga anda kelihatan segar.
Gua rasa: kalau nak jimat bagi je seikat daun pandan, wangi dan murah

8. Apa lagi yang penting?
Pastikan anda memilih tempat yang sesuai untuk temujanji, pasti juga anda mempunyai masa dan ruang yang sesuai untuk berbual. Tepati masa. Cari sesuatu yang boleh dijadikan pujian pada pasangan anda. Tahu batasan ketika berbual dan gerakkan fizikal. Pasti kan anda mengakhiri temujanji anda pada kadar masa yang sesuai. Dan kemungkinan pasangan anda ingin bertemu sekali lagi.
Gua rasa: first date pi karaoke, dan paksa pasangan lu dengar suara lu yang upama hon lori itu, komfirm itu adalah pertama dan terakhir dia jumpa lu

9. Masa
Temujanji pertama mungkin sesuatu yang meneyeronokkan dan mungkin juga menyeramkan. Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan anda tidak mahu ianya berakhir dan mungkin ia akan menjadi sesuatu yang paling menyeramkan dalam hidup anda dan ianya tidak akan berakhir dengan sepantas kilat. Anda memang tidak mempunyai idea bagaimana temujanji pertama anda akan berakhir. Jadi tetap masa tidak lebih dari tiga jam untuk temujanji ini. Waktu terbaik adalah ketika waktu makan tengahari, jika temujanji tersebut menyeksakan, anda mempunyai alasan yang kukuh untuk kembali ke pejabat, dan jika ia sebaliknya, anda bolehlah merancang temujanji yang lain secepat mungkin.
Gua rasa: Dating sampai sehari suntuk?! belum jadi kekasih lagi, mau seminggu dating terus menerus

10. Aktiviti yang sesuai?
Ok sangat tipikal apabila temujanji pertama hanyalah makan malam dan menonton wayang. Think out side the box. Apa kata anda lakukan sesuatu yang lain seperti bermain board game, card game atau lakukan aktiviti luar seperti bermain tenis atau menonton okestra atau hanya sekadar bermain pool. dapat kan informasi secukupnya dari pasangan anda supaya anda sama sama berasa seronok.
Gua rasa: kalau pasangan lu bertudung, jangan cuba cuba ajak pi main pool plak, buruk padahnya yer.

11. Menonton wayang ? its a big dont
Menonton wayang pada temujanji pertama adalah kesilapan yang besar. Bayangkan anda duduk didalam gelap, sambil makan popcorn, dan bila masa anda akan berbual? Ingat! temujanji pertama adalah tentang mengenal pasangan anda. Dan jika anda berkeras untuk berbual didalam panggung, anda mungkin dicaci dan di keji oleh penonton lain dan sekali gus memalukan pasangan anda. Get it?
Gua rasa: menonton filem hantu, konon konon kalau makwe takut boleh peluk secara tereksiden, it wont work

12. Google!
Semua mengakui google itu sangat berguna, dan jangan mengatakan anda tidak pernah menggunakan google.  Apa kata anda google tentang diri anda dan dapatkan gambaran tentang diri anda. Informasi yang sama juga mungkin diberikan oleh google pada pasangan anda. Jadi mulah meng-google.
Gua rasa: Google punya google, skali kluar gambar bogel pasangan lu, pengsan bangun pengsan bangun rerupanya dia adalah pelakon porno.

13. Teruskan berbual
Didepan anda seorang yang tidak anda kenali. Anda mempunyai terlalu sikit informasi tentangnya. Anda pasti tidak mahu duduk dan senyap dan memandang pada makanan sahaja. Apa kata anda mulakan perbualan yang asas. Dan jika anda bernasib baik, topik atau soalan yang anda tanya di jawab dengan penuh semangat,  terus kan dengan topik yang sama dan kemungkinan perbualan anda tidak akan berakhir dan paling penting temujanji anda tidak lagi membosankan.
Gua rasa: ingat teruskan berbual tapi bukan membebel. Sangat memualkan

GOOD LUCK!

Farid kata: Sudah berdating kali ke lapan belas, kali ke sembilan belas barulah berpadanan. (^_^)

Tuesday, December 11, 2012

Airbus A350 XWB

Selepas kejayaan yang besar dengan penghasilan pesawat penumpang terbesar didunia A380, Airbus sekali lagi akan melancarkan model terbaru iaitu A350 XWB. Pesawat ini mempunyai tiga varian iaitu A350-800, A350-900 dan paling besar adalah A350-1000. 

A350-800 mempunyai 270 tempat duduk untuk penumpang dalam tiga kelas kabin berbeza, jarak penerbangan maksimum sejauh 15,400km. Ia merupakan pesaing pada Boeing 787-9. Model ini kan menggantikan A330-200. 


A350-900 pula mempunyai 314 tempat duduk untuk penumpang dalam 3 kelas kabin berbeza. Jarak sasaran adalah 15,000km, dan saingannya adalah Boeing 777-200ER. Mengikut perancangan Airbus akan mengeluarkan model A350-900R yang mempunyai jarak penerbangan maksimum 17,600km untuk bersaing dengan Boeing 777-200LR dan ianya mampu terbang tanpa henti dari Heathrow, London ke Auckland. Model A350-900 akan menggantikan A340-300. Dijangka memula operasinya pada 2016.

A350-1000 mempunyai extra 11 frame stretch dari model A350-900. Yakni lebih panjang. Bersaiz paling dalam kumpulan A350, model ini mempunya 350 tempat duduk penumpang dalam 3 kelas kabin berbeza. dan jarak penerbangan adalah 15,600. Ia direka untuk bersaing dengan model Boeing 777-300ER. A350-1000 mempunyai saiz sayap panjang berbanding A350-800 dan A350-900. 


Pesanan untuk pesawat ini telah di buat seawal pada tahun 2008. Antara syarikat penerbangan yang telah membuat pesanan adalah Air China, Air Asia X, Asiana Airlines, Avianca, Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Singapore Airlines, Thai Airways, US Airways dan beberapa lagi syarikat penerbangan. Jumlah pesanan sehingga 2012 ada 562 unit yang terdiri dari ketiga tiga varian. 

Qatar Airways mendahului senarai tempahan dengan pesanan sebanyak 80 unit A350 XWB dari pelbagai varian dan dikiuti Emirates sebanyak 70 unit. 


Over 70 percent of the A350 XWB’s airframe is made from advanced materials that combine composites, titanium and advanced aluminium alloys.






Monday, December 10, 2012

Memberi ikan ikanan makan di kala hujan di waktu petang hari pada hujung mingu.

*Dik, tangan ko cam mencacat bengkok nya*

Kisahnya smalam, akibat dari ketiadaan aktiviti di waktu petang pada hujung minggu, adik memberikan cadangan supaya beramai ramai ke tasik di seremban 2 lalu memberi ikan makan. Walaupun hujan dan jalan adalah sesak disana sini, tapi smangat untuk memberi ikan makan tidak pernah luntur walau sedikit pun. 

Tasik ini letaknya berdekatan jusco seremban 2, Jikalau lu orang sampai di tapak parkir nya, adalah ramai orang menjual roti luput tarikh, bukan untuk dibuat minum petang mahupun sarapan pagi, tapi hanyalah untuk di beri pada ikan ikanan disitu.

Ada berbagai bagai jenis ikan di dalam kolam yang luas itu sperti ikan kaloi mak ilai ilai, kap komunis jepun, Arowana gergasi, kekura tua muda dan keli negro afrika. Yer ikan ikan ini smua adalah bersaiz hampir gergasi dan pelahap juga. Disamping itu kemal ada membungkus goreng pisang, cekodok dan macam macam lagi sebagai bekalan. Ok dah tu je.

Gambar ikan tidak disertakan kerana gua takut fon gua jatuh didalam air ia disebabkan gua pegang sebelah tangan pegang fon, sbelah tangan pegang goreng pisang. Harap maklum.

Farid kata: Kalau ada kolam sebesar ini di rumah, gua pelilhara dolfin, boring boring boleh renang sama dolfin sambil buat pertunjukkan. Hebat ke tidak?

Thursday, December 6, 2012

My new niece is here


Namanya adalah Amni Zahra. 

Farid kata: Masak la kalau jumpa sedara mara masa raya nanti. "Adik kau dah dua, kamu bila lagi". Mau gua terbalikkan meja kosi segala. 


Wednesday, December 5, 2012

WOTW 2: Kak tin Pon pon bersama kete legonya




nah kasi korang jamu mata dengan koleksi kereta kaktin ni.
rasanya rata-rata skang menggila dengan kereta2 comel hasil
usahasama ferrari - shell - lego.
kaktin berjaya kumpul semua model yeayyy termasuk set org minyak tu.

punyalah exited nak kumpul kesemuanya.
start dengan kereta ferrari merah panjang tu.
kereta tu kaktin dapat di stesen minyak shell area perak kalau tak salah.
kaktin bercuti seminggu, otw balik kampung.
so mmg sedang elok la boleh kumpul semua.
dan sebab kereta ni jugaklah tetiba kaktin ada kad bonuslink.

oklah. nak apply dia sangat mudah, senang n easy.
isi form dan dan dapat kad tu.
pastu terusan leh guna untuk mengompol kereta yg penuh dramatik nih. heh.

sampai kat kampung, adik ipaq kaktin pon menggila sama.
apalagi dah ada geng kan.
memula pi isi minyak kete dia dulu, pastu kete kaktin lak.
kelakar bila di pk pk balik. macamkan best sgt pon.
eh, tapi best gaklah rasa satu kepuasan bila dapat kumpul semua model.

balik mai opis, kaktin pon susunlah dekat atas meja ni.
sesaja jer susun pasai kalau kat rumah takut berselerakan nnt sayang jer.
ada jer umat yg berenti tanya itu ini.
rerupanya ramai gak yg minat nak kumpul tapi kete kuning n putih
katanya dah abis stok di sekitar lembah klang juga di kuantan.
kata one of da staff kat sini lah. if kat tempat korang ada lagi, pls let me know ;p


Farid kata: walaupun berjaman menunggu entri kak tin yang hebat ini, akhirnya beliau dapat menyiapkan jua walaupun date dah jauh benar tersasar. Apa pun makasih buat kak tin kerana sudi menulis ya. Lawati blog kak tin di : www.nahartini.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis