Monday, May 9, 2011

Ipoh mali

*Aku tetap rasa kaki aku cam cacat*

Ok cerita ni agak ketinggalan tahap melampau, tapi aku nak kasik update gak sbelom aku mula cerita pasal cuti cuti seterusnya. Di suatu hari yang permai, aku tak ingat berapa hari bulan, aku ngan double a cam berhjat mau naik tren ETS yang laju itu. tapi destinasi tak dapat di kenal pasti lagi. Memandangkan stesen terakhir tren ini ke ipoh sana, so ke ipoh la kita yer.


*Lengang kan stesennya sbb tren tak de, cuba tgk masa tren dah sampai, mcm pasar malam*

Perjalanan hanya mengambil masa dua jam sahaja mengikut fakta, tapi ikut perkiraan hanya mengambil masa 1 jam lima ploh menit je. So jimat sploh menit. Tren itu amat selesa dan anda bakal di sajikan dengan tanyangan tom n jerry yang berulang ulang kali. Sila tonton sampai muak. Tambangnya juga amat berpatutan.




Ikut plan memula cam nak duduk je Hotel Stesen yang terletak di stesen keretapi ipoh ni, tapi cam tak jadi sbb takut tak slesa, makanya double A sudah bantai booked apa ke nama hotelnya nun jauh kat taman tema air yang kat ipoh tu. So dari situ kami menaiki taksi pakcik Ramoo dengan tambang rm20 sahaja.


*pehal aku cam semut je*


Si pakcik Ramoo ni punyalah ramah tamah tahap ke hapa. Siap cerita dia punya rumah yang berharga ratusan ribu ringgit la bagai. Ujung ujung dia offer mau hantar kami ke Kelis Castle dengan bayaran lapan ploh hengget siap tunggu bagai. Dan sudah smestinya la aku tak mau pegi. Dah la mahal pastu istana je pun bukan istana cam kat DIsneyland sana. Poodah.

*Senyum sumbing sbb dah lapar benar*

Kami duduk situ hanyalah satu malam je. Banyak masa dihabiskan dengan lelepak minum sambil makan satey bagai pastu mengunjungi Pasaraya Giant, macam la kat kl tak de giant kan. Pastu esok sudah  pulang menggunakan taksi si ramoo di lagi dengan harga extra rm10 hengget. Apa apa je la Ramoo, cepatla ko pi haji. Then tiket ETS sudah dibeli masa kita orang baru sampai di stesen Ipoh, tu pun dapat seat asing asing, kira double A duduk sberang aku. So tak leh la borak mengumpat bagai. Ujung ujung pi kat gerabak yang ada kafe tu, duduk situ sambil makan roti dan menikmati ice lemon tea sahaja.

Saranan Farid: Korang leh pi Ipoh naik ETS ni sangat berbaloi then Ipoh pun banyak tempat menarik nak dikunjungi. Walaupon slalu org kata "eh nak pi Ipoh buat apa? bukan ada apa pun" abaikan.


2 comments:

sW33tdARLiNG said...

ko kena gemukkan skit kaki tuu.... pergi gym laa

farikh said...

lepas makan kasik urut nasik turun ke kaki hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis