Thursday, July 28, 2011

Berakhirnya era "teksi angkasa lepas"

Pada khamis lalu, shuttle milik NASA iaitu Atlantis telah membuat pendaratan yang terakhir, sekali gus mengakhiri khidmatnya membawa angkasawan dan muatan bekalan ke stesen ISS. Atlantis sudah berkhidmat dengan NASA selama 30 tahun. Dan memegang rekod perjalanan ke angkasa lepas paling lancar. 

Selain Atlantis pihak NASA juga mempunyai lima lagi pesawat ulang alik. Enterprise, Columbia, Challenger, Disovery dan Endevour. Tapi malang bagi Challenger dan Columbia yang mengalami kemalangan ketika di lancar kan ke angkasa. Challenger meletup pelancaran pada tahun 1983 manakala Columbia pada tahun 2003. 



Pendaratan terakhir Atlantis




Sedikit fakta mengenai Atlantis, Ianya di hasil kan oleh Rockwell International Company di Southern California dan di hantar ke John F. Kennedy di Florida pada April 1985. Ianya dilancarkan untuk misi terakhir (STS-135) pada 21 Julai 2011. Menjelang misi terakhir Atlantis ke stesen ISS, ianya sudah mengorbit bumi sebanyak, 4,848 kali, terbang sejauh, 126 juta batu di angkasa atau bersamaan 525 kali ganda jarak ulang alik bumi ke bulan. 

Panjang sesebuah shuttle atau orbiter adalah 122 kaki iaitu bersamaan dengan 3 1/4 bas. Dan orbiter terberat adalah Columbia iaitu seberat 178,000 pounds yakni bersamaan dengan berat 13 ekor gajah afrika.


Atlantis sudah membawa lebih kurang 156 angkawasan dalam lebih 33 misi. Disebabkan Atlantis menuju ke dua destinasi berbeza iaitu MIR dan ISS, tidak semua angkasawan pergi dan pulang dengan Atlantis. Seramai 146 angkasawan sahaja yang pergi dan pulang dengan Atlantis. Angkasawan Jerry Ross memegang rekod paling kerap mengemudi Atlantis iatu sebanyak lima kali.

Angkawasan Rodolfo Neri Vela pula adalah angkasawan pertama mengemudi Atlantis dalam misi STS-61-B, dan warga Mexico pertama ke angkasa lepas.


Fakta yang ini lebih menarik, Pada May 2009, Angkasawan Michael Missimino yang terlibat dalam misi STS-125 adalah manusia pertama menggunakan twitter di angkasa lepas. Hebat bukan?


Para angkasawan Challenger yang tekorban pada 1983



Saat Challenger di lepas kan

Columbia meletup di udara


Para angkawasan Columbia yang tekorban.


Selepas menamatkan perkhidmatan ulang alik angkasa lepas, pihak NASA akan bergantung pada Russia untuk meneruskan misi membawa angkasawan dan juga bekalan ke stesen ISS.


Pesanan Farid: Sekian sahaja kelas angkasa lepas kita pada kali ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis