Wednesday, July 27, 2011

Berangan angan jadi juruterbang pesawat pejuang rusia




Ok dari Mines tadi, gua gerak pegi Muzium TUDM. Member gua memang memasang impian ke muzium ini, cuma gua sahaja yang malas mau kona ke Muzium ini.

Lokasi di Jalan Sungai Besi. Muzium ini menempat beberapa pesawat yang pencen, pesawat yang tidak digunakan lagi. Masuk adalah percuma.


Pintu masuk nya gua rasa agak sadis la. Sedih sahaja. Dan pabila lu orang masuk, lu orang akan hilang arah tuju kerana tiada petunjuk arah. Tapi lu orang takkan sesat. Muzium ini juga sesuai untuk sekeluarga, kanak kanak pasti akan teruja tatkala melilhatkan pesawat pejuang mahupun pesawat pengangkut yang dipamerkan.

Segala data terperinci seperti nama pesawat, tarikh buatan, kapisiti enjin ada di pamerkan disamping pesawat.


*Juruterbang palsu*


*ini bukan pesawat airasia*












Untuk pengetahuan lu orang, lapangan terbang TUDM sungai besi ini bakal dialihkan di masa akan datang untuk memberi laluan kepada pembinaan Flat satu Malaysia. Dan mungkin jikalau lain kali lu orang ke muzium ini, bukan lah letaknya di Sg Besi lagi.

Pesanan Farid:  Gua hepi, gua senyum

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

adik sepupu baru jer lapor diri kat sana baru2 niii.. ada jumpa dia tak?

farikh said...

erkk aku tak nampak sesiapa pun kak kat situ, yang ada pun bertugas jaga pagar masuk je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis