Secara kritikalnya kotak fikiran gua memang keras. Keras beku. Jumaat lepas gua bantai cuti gara gara malas kerja. Gua phewit member gua balik kampung.
Member gua ikut sama malas kerja. Dua dua malas. Tapi jalan jalan gua rajin. Pagi sebelum bertolak balik, gua tunggu member gua di kedai mamak bawah rumah gua. Makan roti canai dengan teh tarik, enak. Kereta gua memang terparkir sebelah kedai mamak tersebut dari semalam. Gua rasa cool, lepas makan terus naik kereta balik kampung.
Tengah sedap sedap makan, gua nampak penguatkuasa bertebaran di serata tempat. Di kereta gua memang terlekat saman semalam. Muka riak yang selamba selamba gua perhatikan je kereta gua disaman kali kedua. Apa boleh buat. Takkan mahu bertumbuk pula. Gua cool lagi.
Tiga hari gua dirumah, bangun pukul 1 tgh ari secara hatrik, lepas lepas tu main game di ipad sambil baring. Kata ice cream "hidup biar sedap". Mak gua ikuti berita dari tv1, tv3, awani, ulanng ulang itulah siaran dari pagi membawa ke malam.
Gua tak mahu ambil tahu, gua rasa bahagia je baring sambil main game. Janji gua happy.
No comments:
Post a Comment