Monday, July 18, 2011

Pasu pecah punya hal

Sambil sambil gua lepak dengan member gua. Minum teh, sambil merokok. sedut dalam dalam. Jam di tangan menunjukkan 12.15am. Itu jam malam minggu. Apa ada hal lepak sampai subuh gajah. Maka terbuka lah cerita tentang seorang kawannya. Agak mistik juga.

Tersubut la kisah ada seorang laki laki ini, emaknya gemar menyimpan barangan antik. Mamat ni memang gemar benar lepak lepak sama kawan kawan nya yang berportkan di rumah nya sendiri. Borak punya borak sampai la larut malam.

Mamat ni punya bonda pun ada juga simpan pasu pasu yang berisi bunga mahupun yang kosong dan disusun rapi.

Salah seorang kawannya berjalan la menuju ke pintu pagar dengan niat mahu pulang ke rumahnya, tersepak pula pasu yang disusun.

Lumrah dia pun minta maaf sahaja setelah menyepak pasu seperti menyepak bola untuk tendangan percuma. Mamat tuan rumah ini pun seperti tidak mengapa lah sekadar pasu sahaja.

selang beberapa hari, laki laki yang menendang pasu secara eksiden ini mula tidak keruan. Hidup nya rasa kacau bilau. Beliau yang juga pelajar di Pantai Timur. Semua yang menghampiri nya akan di marah marah, di maki maki.

Satu hari tanpa di sangka, laki laki ini berjalan kaki keluar dari kolejnya dan berjalan kaki menuju ke rumah mamat tadi di Shah Alam. Lu orang bayangkan betapa jauh bukan kepalangnya nak berjalan kaki.

Ibu bapanya di maklumkan tentang kehilangan anaknya dari kolej. Maka berusahalah ibu bapanya mencari anak nya yang agak misteri itu. Dan terjumpa lah dia di highway. Merayu rayu lah ibunya memujuk anak menaiki kenderaan mereka.

Sekerasnya kerasnya anak itu menolak. Tiada apa dapat dilakukan melainkan, bapanya mengambil keputusan mengfolow anak nya berjalan kaki sambil beliau menaiki kereta.

Sampai sahaja di Shah Alam, mamat tadi menuju rumah member nya, merayu rayu pula meminta maaf tentang pasu berkenaan. Kawannya pula kehairanan bukan kepalang. Apa yang serius sangat tentang pasu berkenaan?

Sehingga sekarang, laki laki tadinya menjadi kurang siuman, kadang kala ketawa, kadang kadang marah, kadang kadang sedih seorang diri.

Sekian.

Pesanan Farid: Kalau jadi pada lu orang, apa lu orang mau buat?

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

yang bener ni, dong???

farikh said...

beneran kak, ini bukan kisah lucu deh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis