Kalau gua marah, lu pasti tanya apa salah lu dah buat. lepas tu gua senyum.
Kalau gua merepek repek, lu layan gelak, gua senyum
Kalau gua mengada kata duit boleh hilangkan muka masam gua, lu terus hulur duit, gua senyum je tapi tidak ambil pun.
Kalau gua pom pang pom pang esok nak raya tak puas hati itu ini, lu sabarkan gua, fikir positif pesan lu, gua senyum.
Kalau mahu makan makanan segera, barisan panjang, lu dengan rela beratur, gua senyum.
Kalau gua mahu makan sushi, lu layankan juga, walaupun gua tahu lu tak makan sushi mahupun kimchi nanti lu sakit perut, gua senyum.
Kalau gua nyanyi tapi membingitkan, lu lawakkan suara gua, gua senyum.
Pasal itu gua suka sama lu.
Pesanan gua: Lu boleh tak suka sama orang, tapi lu pernah fikir ada orang yang tak suka sama lu?
No comments:
Post a Comment