Monday, July 4, 2011

Kerusi urut disediakan



Gua sebenarnya tak berapa harap sangat nak tengok transformer ini, memandang gua bukan peminat setia. Tapi gua pergi juga menonton sama member dan adik gua. Panggung penuh sesak, hiruk pikuk penonton menunggu giliran masuk panggung. Yang beranak kecil, makcik pakcik, muda belia semua ikut sama memeriahkan panggung mahu menonton filem terhebat. Hebat? Gua tak rasa hebat.

Durasi cerita sangat lama. Selain teknolgi robot robot yang canggih gua memang tak dapat terima kehebatan askar US. Semua mereka handal, kalau lu orang baca gua punya preview pasal battling los angeles, lu orang akan faham tahap kehebatan mereka ini, lawan alien boleh, lawan robot boleh, bangunan runtuh, mereka tak mati, semua kebal kebal belaka. 

Tapi paling gua tak gemar, pakcik duduk belakang gua. Kaki melekat kat kerusi gua lepas tu goyang senang hati macam baru dapat kahwin kali keempat. Memang panas hati, ikut sahaja hati gua, mau gua kelepow sedas kepala pakcik tu. Begegar kerusi gua macam kerusi urut cap jenama terkenal. 



Sebelum menonton, mereka mereka sudah mau lepak mamak dulu. Gua layan kan sahaja. Gua sudah kenyang makan nasi lemak telur mata marvelous. Mamak sini macam lebut sikit, maksud gua macam perempuan. Jalan lompat lompat, tangan terpatah patah, bila cakap asyik tersengih walaupun di marahi kerana menyiapkan tiga pinggan megi goreng makan jam. Mahu jaga hati pelanggan, mamak pondan ini merasuah kami dengan sepinggan papadom. Sumpah ini kali pertama gua jumpa mamak pondan. *geleng kepala tiga kali.

Pesanan Farid: ya kali ini gua tidak ulas pasal cerita ini, lu orang bayang dua jam lebih punya cerita mau makan hari nak habis ulas. So lu orang pergi tonton sendiri. Heroin dia memang cun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis