Semalam aku pi kg baru, lepaking sama double a, sesambil lelepak tgk view KL. Walaupon biasa, tapi bukan slalu dapat view gini. Kedai yang aku lepak ni sbelah je ngan LRT station, so kalau mau balik dekat saja. Kedai tersebut jual dari tomyam membawak ke western segala.
Last time aku kesini, aku makan nasik goreng je sbb dah malas nak fikir mau makan apa. Pastu this taim, gegedik naw nak makan western. Bila tgk menu like wohhh banyaknya menu westernnya. But for sure la kan smua pun banyak base on daging ngan ayam. So sekali lagi konsep malas nak pikir diguna pakai, trus pilih ciken chop.Besau godang gak la ciken chop nya. Gigih berpeloh peloh nak kasik abis.
Sesambil makan, sesambil merapu, pastu terpandang plak apartment kut (kata double a ek, kalau salah sila marah dia) pastu bakang dia ada bulan. Aku pasan bulan tu bergerak cepat gila. So gigih la dedua ketol fokus kat situ, less then a minit, bulan tu dah duduk atas apartment tu (punyalah tak de keje)Fokus Punya fokus, sampai loya loya, sbb aku kan rabun, pastu berangan tak mo pakai spek. Teimalah padahnya. Then dedua pun cam like mengkagum gila dengan kejadian bulan bergerak laju.
Pastu sambung lagi merepek merapu sampai baru aku pasan jam dah 1030pm, apa laga menggelupur la nak balik. Korang pun tau kan stesen kg baru ni memacam story yang seram ada. Bila aku tunggu tren kat situ sekor umat pon tarak. Sesunyi sunyi sepi punya tempat, pastu aku pon terpengaruh ngan cerita karut marut ni, berdiri tak mo pandang cermin, aterrr takot p.ramlee muncol lam cermin katanya.
Tunggu tren tiga minit like tiga jam. Asal bunyi sikit, mula la berderau darah rasa nak pura pura pengsan. Pastu kuar announcement yang aku tak pernah dgr "kepada para penumpang, sila jaga barang peribadi anda, jika anda di ganggu, sila buat laporan dikaunter". <- hoi motep sangat buat announcement mcm tu, baik ko kata trus "kepada para penumpang yang nampak hantu, sila lari laju laju naik ke kaunter" kan lebih terang dan nyata. Pooorah
Pesanan farid: lenkali sila la lalai semasa makan sehingga lupa nak balik umah, ujung ujung sendiri kecut perut
4 comments:
kejadian bulan bergerak laju <-- mejik!
kagomzzz
sekali ada org nyanyi "enjit2 semut,sape sakit naik atas".. rupanye kak limah la bukan antu. haha ko ni byk terpengaruh citer tv la nih.
aku mmg takut hantu kak, ko tak takut ke?
Post a Comment