Monday, August 15, 2011

Hujung minggu yang stail dan santai

*Luaran aja udah cantikk, apa lagi rasanyaaa*

Pompang pompang esok nak raya, hari sabtu gua balik kampung. Hari sabtu mahu berbuka tinggal gua dan mak apak gua je. Yang lain agak sibuk. Ada yang membeli belah dari subuh membawa ke malam, ada yang menziarahi rakan di ICU dan sebagainya. 

Mak gua buat mee kari ala inggeris, mee kari guna spagetti. Enak juga. Lepas makan mee kari, makan anggur pula, hitam ada, hijau ada. Tapi gua kurang gemar dengan anggur, kerna gua takut gua jatuh sakit. Lepas makan anggur. Gua menuju ke peti sejuk, ambil satu tiub walls fruit salad dan tiga camca (org penang habaq sudu) Gua makan sama mak apak gua. 

Betul la kata iklan tu, hidup biar sedap. Memang meremang bulu roma makan aiskrim tersebut. Sambil sambil gua menaip ni pun masa cam terasa kat tekak.

*Teh es bergandingan dengan Jus apel*

Ok tamat cerita hari sabtu, ini pula cerita hari ahad. Usai sampai ke Kuala Lumpur ibukota metropolitan, gua phewitt sama member gua mau makan nasi beriyani ayam madu. Kurang lebih jam lima petang, dua jam lebih sebelum waktu berbuka. Kami cuba mengchop tempat di Mahbub, tapi nasib tidak menyebelahi kami. Sudah penuh, terus gua nanges disitu sambil guling guling sambil sambil hentak kaki. 


*Nasi tomatoes diiringi dua ketul ayam berwarna merah*

Setelah kering airmata dan tiada air liur lagi untuk ditelan pabila mengenangkan nasi beriyani tersebut, member gua ajakin ke Bangsar Village pula. Mahu membeli kelengkapan perut untuk bersahur katanya. Jalan punya jalan, jalan lagi, pling pling (efek bunyi mentol) gua rasa adalah lebih molek jika berbuka di Chawan.

Selain menghidangkan makanan yang jarang mahu didapati di tengah tengah kota metropolitans, Chawan ini juga menjadi tempat istimewa dalam kotak ingatan gua. ok berhenti dari mengelamun. kembali kedunia asal, plingg (efek bunyi mejik pula).
*Lontong semangkuk trak bersama rendang tok yang potongan dagingnya seperti daging gajah, punyalah besar*

Selesai urusan memesan dan membuat tempahan, sambung lagi jalan ini kali ke Borders di level 3, Bangsar Village (kalau sebut "level" lagi stail berbanding sebut "tingkat", kampungan deh) Gua rasa gembira bila dapat masuk ke kedai buku. Cikgu selalu kata "gedung ilmu". Setelah hampir pukul 7, berangkat ke Chawan untuk berbuka puasa pula. Sekian.

Farid kata: Berbuka puasa ini ditaja oleh member gua. Terima kasih member gua.  (^_^)


2 comments:

sW33tdARLiNG said...

aku suka gambar atas sekali. sekian.

farikh said...

nanti aku bajer ko fruit salad tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis