Rajin meninggalkan komen di status rakan rakan, dan tidak kurang juga kaki klik klik butang like adalah amalan terpuji di dalam arena laman sosial. Tahukah lu orang ada komen komen yang agak panas mata membacanya sekali gus mendidihkan hati, contohnya:
1. Komen mengondem: mengutuk tuan punya status tidak henti henti bukan satu dua komen bahkan membawa ke berpuluh puluh hingga meleret leret. Amalan ini di kenali sebagai melauk komen orang. Selalu nya golongan ini terdiri daripada rakan rakan pejabat atau geng geng melepak kedai kopi.
2. Komen rajalawak bangang: Mungkin niat nak bergurau senda, tapi tidak kene gaya. Lawak lawaknya menyakitkan hati disertai dengan "hahaha". Sendiri buat lawak, sendiri gelak. Golongan ini ada kemungkinan mempunyai kecelaruan identiti. Disarankan rujuk pada klinik berhampiran.
3. Komen bangga tahap langit mendewa: Kalau lu orang letak status baru membeli sesuatu, golongan ini akan mengaku beliau boleh mendapatkan harga yang lebih berpatutan, malah barangan lebih hebat. Beli satu percuma lapan belas. Golongan ini sesuai menjadi penjual di pasar pudu sana.
4. Komen melebai: Komen komen yang ditinggalkan berunsur agama, walhal diri sendiri nak makan pun tak baca doa makan. Nak berak pun tak baca doa masuk tandas, jadi tak payah nak lebai sangat. Ini bukan geng surau mahupun geng mengaji. Golongan ini biasanya muncul di bulan mulia sahaja.
5. Komen simbol simbol meraban: Nama pun simbol, kalau yang biasa biasa mungkin juga difahami, ini simbol pelik pelik kadang kala seperti mencarut ke atau melucah, tak tahu lah.
6. Komen guna short form: Ini bukan kelas short hand, punyalah singkat dari "aku" jadi "ak". Segala ayat dibantainya singkat. Dua kali baca memang rasa nak tibai je. Golongan ini terdiri daripada remaja masa kini. Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa cincai, bangsa boncai.
7. Komen guna Font besar kecik: Naik berpinau bijik mata hendak membaca, rajin pula tu nak besar kecik kan tulisannya. Golongan ini sesuai bekerja sebagai penulis manuskrip. Tahap kerajinan memang tidak dapat dinafikan lagi.
8. Komen yang tidak kene mengena dengan status: Contohnya, status berbunyi "ari ini laki aku belikan pakaian renang baru, aku gembira". Komen balasan "Jah, arini ko masak apa untuk berbuka?". Haa golongan ini terdiri dari makcik pakcik yang baru berjinak jinak dengan dunia laman sosial. Main taram mana mana sempat.
Jika lu orang berhadapan dengan komen komen seperti contoh yang diberikan, lu orang diharuskan diamkan sahaja bagi menggelakkan pertumpahan darah.
Farid kata: Jangan main gila, silap aribulan buta je kena remove. Fikir dulu sebelum komen!
2 comments:
ahahhahah lawak lawak..
paling tak suka bila status RIAK TAKABUR. macam ko sorang ade.
(eh komen camni ok kan?)
hah betul kak, ramai je pun yang spesis riak takbur tak mo jatuh ni kan
Post a Comment