Monday, December 31, 2012

(´ ▽`).。o♡ makan free and get moleskine duhhh

*Keep smiling lorh, thnx to waiter warga asing yang terkangkang tolong ambilkan gambar ini*

*last year pakai planner merah but 2013 is all bout black*

Last week, kak tin sama maya sopiah sudah koling koling mau makan makan sempena harijadi, walaupun harijadinya dah berlalu kemain jauh lagi. Cobaan pertama kak tin ajak makan kat Basil Bangsar Village (this is my third time @Basil), then dia merayap ntah mana dan balik bawak segulung kertas tulis Moleskine. Ok gua tanya buat apa kertas tersebut, dengan lakonan yang mantap kak tin jawab "err apa motif aku tulis pun aku tak pasti" wah wah next few day akhirnya beliau akur juga yang mereka berduet mau beli moleskine sebagai hadiah katanya. Sudah masuk 2013 then need a new planner la. Almaklumlah saya ini sudah lanjut usia, banyak perkara sudah semakin luput dari kotak pikiran.

Tapi gua mmg kagum ngan lakunan kak tin yang hebat itu, maya sopiah feel feel tak de benda berlaku. Pun hebat jua. Apa apa pun terima kasih saya ucapkan kepada kak tin dan maya sopiah kerana membelanja makan lalu menghadiahi sebiji moleskine ini. Saya sangat terharu, terima kasih terima kasih

*And it come with stickers, serius nya i love stickers!!*

Farid kata: My new label is "kekakak" just for both of them lorh   w(°o°)w

Desaru 6: Menyinggah di restoren Singgah Selalu yang jauh di Danga sana



Lepas mengcek outkan diri dari Lotus Desaru itu, Kemal sudah petik ke Danga Bay lah pulak. Set set GPS pastu trus jalan. Babai Desaru, welcome Danga. Jalan adalah lebih kurang sejam lebih melalui beberapa kawasan felda bagai. Dan lepas kawasan felda itu keadaan jalan adalah teruk ya amat, berlobang disana sini sudahnya.




Elok je dah sampai Danga, adik kata pi makan kat singgah slalu. Disebabkan itu adalah hari bekerja, makanya orang ramai adalah tidak menyesak disitu. Sbb kalau weekend ia adalah sesak. Kedai ini adalah luas, banyak seat seat dan meja. Oh lokasi nya adalah bebetul seberang jalan dari Danga Bay. So kalau lu orang pi sana, mesti nampak punya sbb sbelah jalan besau, kalau tak nampak gak, sila pakai kanta pembesar.



Menu makanannya adalah banyak dan harga bit pricy tapi dalam lingkungan kemampuan la juga. Gua memesan nasi doreng singgah selalu, mungkin nama bersempena kedai tersebut la kot, rasa adalah ok ok dan kurang faham sbb ada longan di tengah tengah itu. Gua ada letak gambo lam fb, kata kak amy, longan tu kasik sejuk nasik grg tersebut?! ye la kot ek. 



Settle makan, pusing pantai seround, pastu terus zas ke destinasi sterusnya pula, ok sambung lagi..

Farikh kata: Gua adalah menghadapi masalah permakanan bilamana asal makan nasi gigi pasti kesakitan meraung raung. Adakah dengan hanya memakan cis burger setiap hari akan membuatkan gua seperti mat saleh?
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 28, 2012

Desaru 5: Amaricano kawen malaysiano

*Sarapan yang tidak pasti konsep yang dibawakan*

Malam kat Desaru amat mengerikan, bukan sbb hantu ke apa, tapi sebab tengah tengah malam sedang elok nyenyak bagai nak gila tido ni, tiba tiba di kejutkan dengan bunyi guruh yang kuatnya tak terperi, upama tak terjangkau pemikiran manusia normal lah. Gua adalah ketakutan, kemal kata macam bunyi meriam, sangatlah tanpa motip main meriam bukan di musim hari raya. 

Pabila gua tanya sama adik ngan tokmok, haram kot dorang dengar. Walaupun masing masing tidur pukul 3 pagi katanya. Ke korang ni sudah dipekak kan oleh hantu kat situ? Serius memang menakutkan.



*Kusyuk makan bubur*

Pastu dah cuci muka, berus gigi dan tanpa bermandi (jujur sungguh jalan penceritaan ini) marilah kita bersarapan di tepian pantai. Orang adalah ramai sperti malam pesta muda mudi, tapi jangan merisau kerana tempat duduk adalah berlambak. Sarapan nya upama melepas kan batuk di tepi tangga bas rapid kl sahaja. Ok la dari tak de lalu kebuluran di pagi hari. Sila bersyukur dengan rezeki dipagi tersebut.

*Satu perkara mereka ini akan fokus adalah di hadapan makanan*

*Pengulas sukan cari bahan dalam paper*

*tok mok lupa setkan rambut adik, dah rupa pompuan hilang laki*

*yer itu adalah kami dari kejauhan gigih mendaki bukit demi sahaja menaiki gelongsor air yang hebat itu*

Gua ada twit yang tak mungkin gua akan bermandian disitu tapi disebabkan godaan gelongsor itu gua tewas akhirnya. Ya ketiga tiga ketul kecuali adik telah terjerumus ke lembah gelongsor itu. Balik dari permandian itu basuh rambut sebersih mungkin kerana gua tgk dalam kolam tu ada rumput, ada roti, ada biskut, apa ini ingat kolam ikan ke?!

*ini adalah gambar sendiri yer bukan di google*

*Yer itu adalah kami juga*
Dah memuaskan nafsu mandi manda, balik bilik, kemas baju laju laju, keringkan rambut, pastu terus cek out. *tetiba cerita entri ni cam ekspress. Proses cek out juga adalah ekspress.

*bersedia menyanyikan lagu negaraku*
*Kemal menyerahkan kunci kereta bomba di belakang itu kepada pemenang*


Farid kata: menyiapkan tujuh entri sambil dengar lagu Spring feeling dalam karaoke

Published with Blogger-droid v2.0.9

Desaru 4: Pusing sampai pening baru dapat makan

*Tok mok ni serba boleh, dari jaga budak, jaga orang dalam pantang boleh hingga nak setkan rambut orang, smua dia boleh*

Ok stelah malam menjelma, tiba masa makan malam la, ikut hati gua talipon je room serbis makan dalam bilik senang cerita, tapi adik adalah berkeras dan disokong pula oleh kemal yakni mahu keluar jalan jalan cari makan. Ok tak pe gua adalah kalah disitu. 

Lalu berkeluaran lah kami berjalan. Serius dong suasana malam kat sini adalah hening dan creepy sikit, ye la kat area sini banyak hutan dari bangunan. pusing punya pusing ada la dua tiga kedai makan, yang satu tak menepati citarasa, yang satu lagi plak jumlah kosi meja lagi sikit dari jumlah pekerja. Kemal kata tu kedai pakpandir. 

Jadi pusing lagi, makan tidak lagi ni, pusingnya dah upama mencari harta karun. Akhirnya smua terpaksa la stuju je ngan Marrybrown ini. Walaupun nasik dan segalanya agak sadis, tapi balun je, kata dah pening sebab asyik berpusing. 

Pada lu orang yang nak ke Desaru satu je saranan gua, bawa atau pesan je makanan di hotel tempat lu orang inap. Terima Kasih.


*Gigih smua tak mo pandang kamera fokus abis kat makanan*


Farid kata: Bawak mangkuk tingkat kemana anda pergi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 27, 2012

Desaru 3: Tokmok syiok sendiri mandi manda sensorang

*Kelapa gergasi bilamana penuh ia nya akan mencurah coconut shake kepada orang ramai upama mencurah air ke daun keladi*

ok ni nak habaq mai pasai water park kepunyaan lotus ini. Tempatnya adalah selesa dan ada few sahaja gelosongsor air dan sebagainya. Gua tak rasa bendalah ni adalah free untuk public. Kene lah menginap di sini lalu disertakan dengan gelang emas mami jarum sebagai tiketnya. 


Disebabkan semua mood nak mandi manda adalah kurang sikit, jadi kami memberi laluan pada tokmok dulu merasmikan acara mandi manda ini. Walaupun mempersembahkan acara ini secara solo, tapi tokmok tak kisah langsung. Gua tgk sama je hepi nya.

*Teknik penerbangan superman secara mengundur*

*tertonggeng tonggeng mencari kehebatan bermandi di gelosor ini*

*Sekadar gambar hiasan*

*Tgh cerita perihal pembelian rumah baru katanya*

*cecita adik gua adalah menjadi operator talipon, tapi tak kesampaian*

Farid kata: serius bercuti satu malam je tapi entri macam duduk sebulan kat Lotus ni

Desaru 2- Meronda upama pak gad

*ini adalah dapur, jadi ada pinggan dan cawan beberapa bijik*

Ok sambung lagi yo, Resort yang kami ni semua cek in adalah Desaru Lotus, apa yang spesel ngan resort ni adalah ianya adalah mempunyai taman teman air nya sendiri, so tak payah susah payah nak mandi laut. Walaupun taman tema airnya nya upama telur di hujung tanduk tapi ok la dari takde. Cek sini adalah berkos sebanyak rm400++ beserta dengan sarapan pagi untuk 4 orang. So okay la kot tak mahal dan tak murah pun, stended la kot.

*Ruang tamu beserta meja makan*

*Katil di bilik master yang didiami dua ekor garuda*

*Cameraman adalah tok mok*

So petang petang tu tak tau nak pi mana, mari jelajah keliling resort untuk mencari tahu apa yang best. Ada swimming pool, ada arcade, ada meja pool, ada spa dan juga ada serbis menyewa basikal disana. 

*konon konon bermuka serius dan terkejut monyet*

*tak pandai langsung lu orang ni bergambar ishk*

*Adik masih dengan mami di tangannya*

Kat pantai ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti naik jetski dan macam macam lagi, knowing gua yang dah muak tgk laut, so tgk kejap je pastu jalan balik ke taman tema air pula. 

*Tok mok sabotaj gua, amek gambar kepala gua saja*

*Para pelakon gerak khas musim ke-120*

*gambar yang kurang difahami, dua ketul elok berposing, seketul lagi berlaluan di belakang mencari tempat nak minum*



*Setapak langkah bergambar, kalau sumbat smua tanpa di tapis mau meletup server blogger ni*

*Kemal mempromot gelang tiket taman tema air itu*

*err kurang paham duduk tepi jalan ni sempena apa*

So di sebabkan mood nak bermandi manda itu adalah sikit kurang pada hari ini, jadi smua post post tepi  an gelongsong, cuma tok mok mandi sensorang. Feeling sesonrang pun jadi, lantak sana.


Ok sambung lagi..

Farid kata: Rasa gonjeng


Wednesday, December 26, 2012

Selamat hari jadi ke tigapuluhtapirasacamtigabelas je

*Pavlova tajaan adik perempuan kesayangan gua. Makasih dik, ku tau nanti harijadi ko mesti ko mintak aku sponser lagi hebat dari ini kan? ciss*

Beberapa minggu yang lepas ialah hari jadi saya, jadi saya ucapkan terima kasih pada yang mengucapkan nya di facebook, twitter dan dimana mana sahaja. Pada yang memberi kad dan hadiah, terima kasih jua, jasa mu ku kenang hingga akhir hayat. ok dah tu je *Pada sesiapa yang bermurah hati nak bagi Iphone5  pada gua sebagai hadiah harijadi sila tweet gua, tweet ya #beranganbagainakmati




*Untung la ada tukang tiupkan kek bagai*

Farid kata: Jalan hidup gua adalah teratur dan alhamdulillah. 

Desaru 1- mula ceritanya gini

*Gambar ini adalah tiada kene mengena ngan Desaru, kami berpeleseran di Jusco Melaka*

Last few week gua terpetik nak ajak adik pompuan gua pi jenjalan. Jadi pikio punya pikio ke Desaru sahaja lah katanya. Gua google google apa yang patut, pastu jumpa la satu resort ini, tu gua cerita kat entri kedua yo. Lepas google, gua halo halo sama kemal, dia akan uruskan smuanya. So Ahli jemaah adalah gua, adik, kemal dan tok mok jua, tok mok adalah sepupu gua dan tiada kene mengena ngan tomok yang femes tu. 


*Beria naw dapat pulut yang diidamkan, dari malam duk sebut sebut*

Cuti cuti ini adalah selama dua hari satu malam je, gamaknya kemal tak dapat cuti lama jadinya hari rabu pergi dan baliknya khamis dan jumaat adalah hari jadi makcik zaiton yakni mak kemal, jadi kemal harus pulang ke pangkuan emaknya. *ok panjang explainnya, sebelum lu orang tanya kenapa pi satu malam je. Disini saya ucapkan Selamat hepi birthday pada makcik zaiton. Semoga makcik di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. 


*Gambar adalah gelap akibat dari cahaya di belakang, bukan sebab gua rentung yer, ingat tu yer*

Pagi pagi tu sarapan kat teluk kemang dulu, pekene lontong ngan teh tarik, pastu terus jalan. jalan dari pd ke desaru adalah senang benar, gara gara GPS kemal yang baru diupdate itu. Ikot highway utara selatan, kluar kat senai, pastu masuk pula highway senai-desaru, senang kan? kalau korang sesat gak, sila pindah dari malaysia ini lalu bertukar kerakyatan angola.


*Lontong yang manthop ini didatang dengan telor sebijik, wahhh hebatnya*


*Tok mok upama mati ditembak*


*wahh kagumnyaa, kagumnyaa, terjakun jakunnya gua uiihhhh*

Ini between highway Senai- Desaru itu lu orang jangan cuak lak (seperti kami) ini kerna tetiba highway yang tiga lane tu bertukar menjadi satu lane dah upama jalan kampung, tapi masih dalam kawasan jajahan highway berkenaan dan lu orang pasti akan terkagum kagum dengan jambatan yg iras iras jabatan pulau pinang yang femes itu. cam pelik, dalam tetengah alam yang keliling tiada apa apa, tetiba ada jembatan yang hebat binaan nya ini. Haa korang jangan nak kata ini jambatan bunian la apa, pukul kang.


*psttt kemeja jeans itu adalah hadiah hari jadi kita tawwwwww*


Selang beberapa jam maka tibalah kami di resort itu. Kemal pi cek in, kami pi post post depan resort itu. *post lah sangat. ok sambung..

Farid kata: Harap passport sempat siap dalam masa dua minggu ini, mintak mintak tak tertinggal la flight pi Uganda tu.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 25, 2012

Shanghai- Beijing Bullet Train Attendant



Attendant lebih sinonim dengan syarikat penerbangan, tapi tahukah anda, keretapi laju di China juga mempunyai attendant mereka sendiri. Keretapi laju Shanghai-Beijing ini lebih dikenali sebagai Goatie menerima lebih 3000 permohonan untuk jawatan bullet train attendant. Dan hanya 313 wanita sahaja yang dipilih dan kebanyakkan mereka adalah bekas attendant syarikat penerbangan. 

Antara syarat yang dikenakan semasa temuduga bagi jawatan ini adalah:

1. Senyum dengan hanya menampak lapan batang gigi hadapan sahaja, ini boleh dipraktikkan dengan latihan menggigit chopstik.

2. Senyum dengan mata. Latihan ini untuk memboleh smua bahgian organ berkerjasama antara satu sama lain semasa senyum.

3. Mampu untuk membuat talent show. what?!

4. Mempraktikan 5S iaitu, Smile, Speed, Standard, Sincerity dan Satisfy.

Bullet train attendent Shanghai - Beijing ini juga di kenali sebagai high-speed sister oleh masyarakat setempat.

Farid kata: Keretapi gerak laju camna lah nak serve penumpang ek? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis