Monday, July 8, 2013

KUL - KBR 1: Mari menaiki keretapi selama 13 jam



Ok cerita ini adalah sudah lama berlalu, tapi baru terkial kial nak mengupdate. Ini kisah kami sekumpulan ke Kota Bahru. Trip ini adalah berbeza dan unik sikit sbb perjalanan melibatkan ketapi tanah melayu. Balik nanti baru naik flight. Masa hari pertama dalam lingkungan kul 7 gitu ahli kumpulan smua berkumpul di Kl Sentral. Oh lupa bagitau ahli nya, ahli ahli nya adalah zerul, ikin, nok gemok, kemal ngan gua sendiri. So kami adalah berlima ketul. 


Zerul ngan ikin dari BTS, nok dari opis, kemal dari kg baru dan gua dari yakni satu stesen lrt je ke Kl sentral. Dah berkumpul smua pi la makan malam sesiap. Takut kang dalam ketapi makanan tak sedap kononnya. So tanpa banyak soal trus up sizling, takde pikir kang kut sakit perut ke apa kan, balun je. 


Sepatutnya train ke kota bahru ini adalah jam 8mlm, ujung ujung ianya di tunda pula. Jadi bertambah lah masa untuk menunggu. Disebabkan kemal pernah je pun naik tren ke Gemas, jadi dia sudah tau lah yang bilamana apabila penumpang membeli tiket tren yang mahal, maka mereka dibenarkan duduk menunggu di lodge yang disediakan. Selesa sikit la, takde la duduk atas lantai sambil menunggu tren.

*feeling feeling tunggu tren walhal tren ntah kemana mana tak sampai sampai*

*masuk masuk je memasing tuju tempat air*

Didalam lodge ini adalah kosi kosi serta tv juga air untuk dibancuh, jadi boleh lah minum minum sambil menunggu. Oh ya kami membeli tiket yang berkatil ya puan puan. Tiket ini harga berlainan dimana katil bawah mahal sikit dari katil atas. Ajerr gila nak duduk dalam tren 13jam duk tegak je kan, Jadi amek la yang boleh tidur punya. Masa menunggu ni dah terbayang hazabnya camna la agaknya. Dengan bunyi bising la, dengan dok bergoyang goyang bagai, ahh ni smua mainan minda sahaja.

*muka girang ketapi dah sampai*

Bila trennya dah tiba wah smangat lagi berkobar kobar ni. Dah masuk bilik, kira aaaa selesa la, boleh tidur lelap betul ni. Disebabkan nok gemok membeli tiket lambat dari kami smua, makanya dia duduk la satu bilik ngan pakcik berkopiah. Jadi gua phewit je sama dia suh duduk je sebilik ngan kami. Haa tiga orang satu bilik, nak tido camna? lantak sana. 

*muka girang lagi sbb dapat tempat tidur yang selesa*



Dah hantar bag smua, so pi kafe nak lepak minum. Yer hazab nak merentas dari gerabak ke gerabak adalah sesuatu yang hazab ye, terboleng boleng, terhuyung hayang ke kiri kanan merentai deretan katil. Sib baik tak jatuh lalu terbaring kat katil itew. 

*kalau la boleh mokok lam kafe ini tentunya lebih daebak*

Makanan dalam kafe ni ok ok la, nak kata cam restoren siam tu idok lah, jangan la ngada nak makan tomyam la, siakap tiga rasa la, mau pakcik kafe tu campak korang keluar tren. Harga bit pricey, tapi sikit je pun mahalnya. Kira mampu milik la, ceh macam kan nak beli kete plak.

*Muka sembab baru bangun tidur*

So macam mana kami ni bertiga ni tidur? yer kemal di atas, gua ngan nok kat bawah, nok gemok lunjur kaki atas kosi, dan gua tido meringkuk cam dalam penjara. Apa yang penting ekon nya sejuk membeku bagai nak gila. Dalam kul 12tgh mlm camtu sampai di Gemas, memula dari kl sentral gerabak kami adalah yang kedua yakni di belakang kepala ketapi tu, tapi setiba di gemas, kami adalah di gerabak yang terakhir, gamak nya bertukar kepala, hah apa lagi melambung lambung la bagai nak gila. tapi ok je, tetap hepi jugak, malap kan lampu pastu feeling la borak borak macam umah bujang. kemal dah lena sampai dengkur dengkur. Gua tido lam kul 1 lebih camtu, tu pun dah mamai mamai. pastu setiap dua jam gua terjaga membetulkan pinggang, almaklumlah tidur meringkuk katanya cam dalam penjara. 

*Tv yang pos pos cantek tapi tak berfungsi langsung, ceh*


*Lebih kurang camni la, nok gemok pos pos nak tido*

*ada sinki dan meja, kedua dua nya leh ditutup bila tak guna, daebak!*




So bila dah enak enak tidur, tetiba tersedar ada anouncement dah sampai mana ntah tapi somewhere around Klantan la. Kelam klibut memasing bangun, tgk jam baru pukul 7. Ceh ingat dah nak sampai rupanya lagi tiga ke empat jam, so dah alang alang bangun tu, jom la ke kafe nak sarapan plak. Gua adalah mengambil langkah berjaga jaga yakni tak mo makan makanan berat nanti mau terberak ke apa plak. Kenapa farid gila ketakutan nak berak? sbb nya tren ni bergoyang goyang, usah kata nak berak, nak kencing pun tersasar. Dan satu lagi gua adalah ketakutan melihatkan lubang jamban yang terus leh nampak landasan dan terbayang najis akan berterabur di tengah landasan, eeeeee farid pengotor pikir yang bukan bukan. 


Gua adalah memakan roti bakar sahaja dan kemal juga nok gemok kemain melantak mee hun goreng siap ngan telor mata. Zerul ngan ikin dah ketakutan sama cam gua, tapi dorang lagi hebat, langsung tak mo makan lol. So pos pos je dalam bilik. So beberapa jam lepas tu, sampai la Dabong dimana ianya terkenal kerana gunung nya. stesen ketapi ni adalah pendek, kot kami ni yang turun dari ujung gerabak, kekdahnya jauh la berjalan nak kluar dari stesen, tapi kami tak turun disini pong. 


Ok dah penat taip, jadi sambung la ek, Tetiba rasa anti klimaks, dah nak sampai tetiba nak sambung plak, saja nak suh korang baca lagi blog ini, kononnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bye

Farid kata: Best ooo naik ketapi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis