Wednesday, July 17, 2013

KUL- KBR 11 : Kilang minyak Che Mah, Masjid yang dipukul dan goodbye my friend



Ok ini adalah entri yang terakhir untuk cerita kelantan ini. Wahhh paling panjang dalam sejarah ni. 11 entri untuk tiga hari punya cerita. Camna la kalau pi seoul nanti duk seminggu, mau lima emtri ku bikin. Ok ok back to the story. Yang benar benar nya gua aa sumbat satu gambar tentang makanan yakni masa mau nunggu awe, kami adalah bermakan makan di suatu kedai sedap, tapi ntah mana pegi gambar tu. 

*beria kemal membaca, nok gemok plak tak abis abis dengan selfie nya*

So lepas bertemuan ngan awe, yer beliau adalah melambat yo. Tunggu dia makan lalu kami pun ke kilang Minyak mestika. Yer awe ada kene mengene ngan minyak ni. Bila dah sampai kilangnya, tak dapat lah masuk pula kerana penyelia kilang nya tiada la pula. Jadi pos pos kat luar ni yer la. Masa ni hujan dah mula merintik. Ikin sempat lah membeli belah minyak disini. Gua? yer yer beg dah kepenuhan, mana maunya nak sumbat minyak lah bagai.

*Menandatangani buku pelawat katanya*

*Ini adalah gambar yang disnap sendiri tau, bukan di google ke hapa*

Usai lawatan di kilang tersebut, bergerak lah kami ke umah awe pula, yer umahnya tiada siapa siapa, sbb mak nya menemani apaknya di hospital pula. So dari umah awe singgah plak di Masjid Kampung Laut, ini adalah antara masjid tertua, menurut kisahnya, kedudukan asal masjid ini bukan la di tempat sekarang, dulu kala orang memikul nya untuk memindah kan nya. Wah camkan pikul guni beras saja. Tapi yer semangat orang kampung dahulu kala amat padu jika dibanding kan ngan masyarakat skarang, kut kalau lu kata nak pikul masjid mau kene gelak tak pun penduduk kampung suh je la bina masjid baru. 

*Bermuka hepi sbb dapat pulang?*

Dari masjid kampung laut, terus je la ke airport, tu pun awe nak ajak pi singgah makan laksam la bagai, jangan bikin gilo yo, kang tak memasal tinggal flight plak. So terus ke airport sahaja lah. Selesai urusan cek ini bagai, terus je la ke KFC, ini ada cerita di KFC, wahh bikin naik hantu ni. Ada la dua pompuan duk bratur depan gua ngan kemal. Pastu apa yang bikin naik hantu nya pompuan ni order ayam tiga ketul, rasa dinner plate la kot, tapi dia punya peleceh, nak tukar ayam bahagian ayam empat kali, lu dah kenapa?! macam kan beli tiga puluh ketul, yer gua adalah melapar tika itu ditambah pula ngan perangai dua ekor pompuan ni. Ok dah settle ngan kerenah dia dok tukar tukar ayam, tetiba kawan yang beratur seiring sejalan ngan pompuan ni pun order plak, eh bukan ko bratur skali, ko order je la skali harung, fuuuuuuu mmg neyarip tika itu. Sampai kat meja gua carutkan jua sbb tak menahan, walaupun pompuan pompuan tu duduk belakang gua je ngan sorang laki, fedulik hapa. Dah abis makan, sesambil mokok, sesambil mengucap jutaan terima kasih pada awe kerana sudi menyewakan kereta nya dan bersusah payah menolong kami spanjang kami disana dan selamat tinggal padanya. Macam ucapan retis yang pegi melancong, chewah.

*Muka hepi jiuga walaupun rasa penatnya tuhan saja yang tahu*

*zerul ngan ikin duduk baraisan hadapan kami sahaja*


Oh flight adalah penuh dan tiada sebarang penundaan penerbangan, bagus syabas. So sampai di KLIA lebih kurang 10 lebih, berlari lari upama Amazing Race, ok tipu, jalan je tapi jalan laju laju terus ke ERL beli tiket dan terus lah ke KL, oh lupa, tadi sbelum tu babai sama ikin ngan zerul kat tempat mengambil bagasi, mereka cek in bagasi manakala kami tidak lah mengcek in, maka kami adalah pantas. 






Dah sudahnya gambar ni tersesat kat bahagian bawah plak, oh kedai ini menjual pelbagai jenis kuih tradisional. Awe benti kat sini sbb katanya kuih akok adalah paling enak di alam semesta. ok tu je.

Makanya selesailah pengembaraan kami ke Kelantan sana, rumusan dari aktiviti perlancongan ini, erm gua sarankan mana mana yang belum pernah sampai ke Kelantann, molek lah berkunjung ke negeri cik siti wan kembang ini, banyak tempat boleh dilawati juga dishoppingkan. Jadi selamat melancong! Bye!

Farid kata: bagi lepaskan raya ni dulu, pastu baru pikio nak pi mana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis