Wednesday, July 10, 2013

KUL - KBR 3: Sotong Gergasi lawan Udang Resaksa, pengadilnya Roma Irama


*Air kelapa yang nyaman*

Ok stelah menrecover tenaga yang smakin sikit. Maka pakat pakat nak pi Pantai Irama. Yer gua pun tak pernah dengar nama nya, slalu kalau orang sebut pantai kat klantan, mesti kita ingat Pantai cahaya bulan je yang glamer kan. So pantai irama pun irama lah, janji ianya berupa tempat pelancongan. 

*Zerul pose pose ngan teh o nya*

Oh mahu kesini, pasti la kene ada GPS, ini kali guna GPS di talipon zerul, yer benar dia heret masuk jalan terdekat katanya, ujung ujung lalu celah bedah mana punya lorong ntah, sib sampai jua. 

*kemal bertafakur sementara menunggu sotong tepungnya*

Turun je dari kete, mata dan hati terpana dan deretan goreng cocok yang bermacam jenis. Wah rambang mata, kalau boleh nak makan smua. Tapi  masih dikuaasi pemikiran yang waras, so ambil cocok cocok tu ikut kemampuan bermakan. Lepas lu orang dah pilih mana nak makan, pihak penjual akan goreng balik smua cocok cocok tu. So dia adalah panas dan rangup, enak bangat deh.


Diserikan pula dengan air kelapa dan kelapa shake. Mantop sungguh. Oh ya, kami ada amek sotong gergasi, enak juga tapi sikit liat. Udang udang nya mmg marbelos dan terhebat.

*pinggan belah kiri tu soton je, besar kan sotonnya"

Pastu dah makan makan dah kenyang suka hati, jom jalan jalan kat pantai nya pula. Oh ramai orang juga disini, main layang layang la, mandi laut la, merendek la, dan berbagai bagai aktiviti sihat dan tak berapa sihat. Tetiba ada mamat naik moto jual satar. Tau satar? yang isi ikan kepal sama kelapa dan cili. Murah je satarnya, tapi................... banyak kelapa dari isi ikan. *Baling satar kat orang main layang layang.

*Satar kangkang? #cucuk lidi sata kat dada*


*Makan satar sambil berak, multitasking*

*Kantoi lagi, jari masuk dalam gambar*

*Tangan gemok yang misteri*

Pastu dah settle kat Pantai irama tu, jom makan malam, whoaa makan je keje sedari sampai ke Klantan ni. Ini kali pegi kedai buluh ke apa ntah. Kira macam medan ikan bakar tepi sungai. Waktu ni, gua adalah kesakitan gigi, mood adalah merundum, menahan sakit bagai nak gila. Nak pengsan pon ada. Makan pun sikit sikit je. Janji amek rasa sudah. Nok gemok adalah memakan seperti resaksa. Kemal, zerul ngan ikin makan ilek ilek je. Dan gua ada merasa rugi sbb makan sikit.

*Ini je la kehidupan para remaja zaman skarang, duduk bersosial tapi hadap tipon ja, tak macam gua muda muda dulu, smua share cerita cakap tak benti benti*


Dah kenyang perut suka hati, maka ke wakaf che yeh la pula yer, gua memula terbayang cam pasar siti katijah tu, ujung ujung macam uptown ke danau je, ceh. Mmg barang barang yang di jual pun menyerupai barang barang kat uptown. Rege pun sama jua. jadi kita ronda ronda je la, masa kami sampai tu agak awal la. So lepak minum dulu, hari pun sudah hujan. Wakaf Che yeh ni beroperasi malam yo jangan plak korang pi tgh ari rembang, takde sapa menjual rasanya.




Dah penat pusing pusing, moh la kita balik, aterr tido tak cukup, badan penat bagai segala. Esok kita sambung lagi jalan ek. 

*gambar ni patut kat atas selari ngan cerita kedai buluh, tapi tetiba dah kebawah plak, malas nak edit, tibai je  la*


Farid kata: tetiba tingat nasi dagang, ceh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis