Selesai urusan di Pasar Siti Khadijah tu, dengan semangat kepewiraannya, kereta di pandu oleh nok gemok, kami ke Rantau Panjang sana, jalannya boleh tahan la jauh, dengan panas terik bagai, marbelous. Sangat sangat. Orang juga adalah meramai disana.
Sebelum sampai disana, dalam benak fikiran gua, duk terbayang kut la tempatnya berbumbung, sejuk nyaman, ujung ujung tidak kauuuuuuu, ianya upama deretan kedai dimana kalau nak pegi kedai seberang, kena la melintas jalan bagai. Serious waktu ni adalah panas terik cam kat dalam microwave.
Barang barang yang dijual didalam ini adalah seperti makanan, beg, dan paling banyak adalah jersi bola. Semua pun was like asal dari siam katanya. Dan tidak ketinggalan makcik jual somtam, ok makcik ni muka kekwat okay, ko cakap nak somtam, dia angguk pun tidak, geleng pun tidak apatah lagi mahu senyum. Dia terus buat je. Tapi gua percaya nescaya muka dia masam mencuka, tapi dia adalah baik hati, sbb masa pulangkan duit baki, dengan gaya david arumugam nya katanya "terima kaseyyyyyyy" kelas kau makcik. Yang penting somtamnya kene ngan tekak gua. No cili ya.
Pastu meronda ronda lagi, melintas kesana kemari, ujung ujung tatap la tak membeli apa. Kira cam hilang akal, apa je pon nak beli kat sini, sbb sama cam gua pergi perlis ngan sopiah ngan cik z dulu, kat padang besar, gua adalah takdak idea nak beli apa. Ujung ujung jinjit je la somtam ke hulu hilir. Pastu smentara nunggu ikin ngan zerul jalan jalan, gua, nok gemok ngan kemal singgah kedai minum. Kemal sempat lantak nasi ayam bagai. Lapar benar dia barangkali.
Pastu dah kasih bertemu kembali bersama mereka, masuk kete terus feel feel nak balik KB dah, skali tersangkut lak kat duty free zone, sbb kan tempat nya berekon, wah smangat la nak masuk, pastu ternampak lak rokok rokok murah disitu, skali kene ada passport lak baru boleh beli, cis. Tak pe la takde la murah sangat. Setelah keciwa ngan sekaton rokok tu, gua capai ritter sports ni, amek strawberry ngan macadamia, ujung ujung mencair dalam kete, sampai hotel dah cacat rupa coklat nya, aahh tapi pedulik apa balun la jugak. Kemal juga membeli coklat feeling cam kat haji semail kat langkawi sana.
Pastu masuk waktu makan tengah hari, balik ni zerul lak pandu. Untung jadi orang rabun yang ketinggalan spek, selamat dari menjadi pemandu. kehkehkeh. Zerul benti secara randomnya, so sampai la ke kedai tak ingat namanya ni. Semua pun terus order kecoli kemal yang dah kenyang makan sik ayam tadi. Jadi dia minum je. Gua makan mee sup, wah boleh tahan la meesup nya, enak deh. Ke gua yang mmg lapar pon tak tau la.
Pastu in dah on the way balik, mereka mereka ini plak nak pi wakaf tok guru, sejenis bangunan bertingkat menjual errr sama je ngan wakaf wakaf lain kat klantan ni, telekung, kain pelikat, tudung dan macam macam lagi, disini gua mengambil kesempatan membeli kain pelikat untuk setiap ahli rombongan. Ada ke pakcik jual kain pelikat ni kata ada satu kotak besar ada spluh kain dalamnya, tapi semuanya putih, dah macam ceti plak pakai kain putih. Ok kensel, amek yang satu satu je, tak yah kotak besar. Harga? ok la murah jugak dari harga di bandaraya kelumpo ni.
Dah abis pusing pusing dalam wakaf tok guru tu, terus balik ke hotel la. Pastu nok gemok ngan kemal tak mo balik bilik lak, nak ronda KB mall katanya. Gua ikut je la, Zerul ngan Ikin sudah pulang ke sarang mereka.
Rerupanya mereka mereka ini tak puas hati sbb tak dapat makan char kuey tiaw dari hari pertama sampai. oooo rupanya memendam perasaan lol. ok ok la repeat la KB mall. Dapat jugak makan char kuey tiaw nya, tapi tak pedas dan rasa manis?! omooo tapi tiga layer jagung tu mmg marbelous, terbaekkkkkkkk
Farid kata: Janji kesampaian
No comments:
Post a Comment