Thursday, January 30, 2014

Ke Lumut lah kita yob 2: Kedai bubur yang ada macam macam jenis bubur



Ok dari Kellie's tu set GPS nak ke Swiss Garden Damai Laut plak. Jalan melalui Ipoh-Lumut Highway, ini between tu tetiba terjumpa kedai bubur apa ntah namanya. Ada juai berbagai bagai jenis bubur. So sepakat membawa berkat singgah lah kita untuk makan bubur plak.



Harga harga adalah berpatutan, kira takde lah mahal gila ke apa semangkuk itu. So pada korang yang lalu disitu, boleh la singgah merasai koleksi bubur ini. Koleksi katanya.




Gua adalah makan bubur sagu bandung, adik makan bubur jagung dan kemal makan pengat durian. Sikit manis la bubur bubur nya, so bila order air manis rasa cam minum air kosong plak. Tapi overall mmg baloi baloi. 

Farid kata: tak baik la pedajal orang je keje nya

Wednesday, January 29, 2014

Ke Lumut lah kita yob 1 : Istana Kellie yang tak siap


*adek kata gue ini kalau amek gambar masa bawak kete muka misti seriyes, tapi nak buat camna pon, kang pos pos kang, kete masuk semak plak*

Haa ok dah lama tak update ni, so nak cerita lah, itu hari gue, kemal ngan adik plan plan mau ke Lumut sana, almaklumlah mereka ni tak pernah lak sampai ke sana, gue dah pernah sekali sampai sana. So sesubuh alam dah gerak dari Tampin sbb malam sbelum tu tido umah mak kemal so ke PD amek adik plak. Pening kan? tapi kami mmg suka plan pening pening gini. Pastu beli bekpes makan smua sesiap, load beg lam kete lalu set GPS, first stop adalah Kellie's Castle. 

*Abis bergaya dah ni*

Macam mana nak ke Istana ni? err aa err ikot GPS pls, gue mmg tak ingat jalan kesana. Tiket masuk adalah rm5. So boleh jalan jalan dalam itu. Melihat lihat peninggalan istana yang tak siap ni. Ada papan penerangan smua. Kalau gua taip sini, mau tak berkesudahan jadinya entri ni. So sila google saja. 

*Cam biasa kamera sangkut kat ketiak, ujung ujung takde bateri, tehapa hapa*

Cuaca adalah panas membahang sangat sangat masa ni. Berdengung pala otak. Oh korang boleh naik sampai ke atas bumbong istana berkenaan. Kalau berani la, kalau gayat cam gue, pos pos terpi bumbung pon boleh. Ikuti saja gambarajah berikut:

*Macam creepy je dari luar*

*Ruang tamunya*


*Pemandangan dari atas bumbung yang paling tinggi*

So pada yang belum pernah sampei disini, bolehlah melawat ke istana ini. Kawasan adalah luas, boleh lepak lepak minum segala. 

Ok next destinasi

Farid kata: asyik bercakar je keje ko ni kan

Thursday, January 23, 2014

Intsagoram yang penuh kemisterian

Korang ada akaun instagram? ramai tak folower korang? ke cam telor dihujung tanduk je like gue? ke gambar korang beratus ribu, tapi polower sangat haus, takat sedara mara ngan adik beradik sendiri je? Haa ni la kemusykilan yang ingin dijawab sini wahai para pembaca budiman sekalian.

Eh tapi tapi, ni bukan nak bagi tips camna nak kasik folower korang melonjak sampai beratus ribu ek, sbb gue pun takat takat jumlah pelajar sebuah tadika je folower yang ada, sedey kan? tapi ok je, sbb i know dan kenal siapa yang polo gue ini.

Ada la beberapa ketika tu kan, gue cam jalan jalan di sekitar instagram ini, kalau berjalan jalan dalam blog panggil blogwalking, tapi kalau jalan jalan dalm instagram panggil instawalking la kot ek? eh ntah, tibai. Pastu ada la terserempak dengan few akaun ni. Yang pertama tama budak skola, perempuan, yer budak takat takat form 1 gitu la kot, nak kata kecantikan memukau tu cam idok la sangat, nak kata pelajar terbijak di peringkat kebangsaan tu tak tau la kan, tapi kau folower puluhan ribu. Apa folowernya terdiri dari pelajar seluruh semenanjung ke camna? hebat ko dik, shila amzah pun tarik tudung tgk folower banyak gini.
Misteri disitu. Abang ko yang kurang pemes dan bingung ini mmg tabik ngan ko dik.

Lagi sambung jalan. Terjumpa lak ngan sorang mamat ni, tinggal area cam luar bandar la kot sbb tgk gambar gambar nya berunsurkan rumah kampung. Berat badan dua kali ganda dari gue (matikla berat badan menjadi ukuran), berpos pos kiut walaupun ko jantan, tapi bila tgk folower, rasa nak rebah, puluhan ribu jugak. Perghhh hebat ko bang, adik yang duk umah batu pun tak de polower gini. Senang je, ko pos pos tepi tangga, nahhhh beratus like, ko pos pos kat dapur ngan tudung saji, nahhh empat ratus like. Pengsan bangun pengsan bangun la gini. Hebat nya rasa, gue mmg terkagum kagum. Pastu ada la few akaun yang mmg hebat dijumpai. Sudah nya seharian gue terkagum kagum sahaja pastu nanges rasa diri ini begitu hina. Gue pun tak paham mengapakah jumlah folower ini bebetul menjadi ukuran dalam kemasyuran seseorang itew. ke gue ni mmg merepek duk fikir macam macam.

Setelah meneliti akaun akaun itu, mulalah bertanya pada diri sendiri:

1. Apa smua gegambar gue tak cukup kreatip, tak cukup seninya ka?
2. Apa takat doploh orang je ke kenalan yang gue kenal mempunyai akaun instagoram?
3. Adakah segala gegambar yang gue post itu tidak mengikut perkembangan semasa, gue post gambar zaman pramlee ke?
4. Adakah gue tak cukup cantek? nanti gue pakai bedak banyak banyak, awas kauu

So tak kisah lah apa pun persoalan yang bermain dibenak ini, wahai farid yang tak cantek lagi tak bijak mana, ko kene terima la hakikat dunia ini yang engkau tak femes langsung, *nanges tepi tempayan. eh tapi, korang pernah ada rasa tak cam ribuan folower ni smua hanya digenerate dengan beberapa software? dia lebih kurang cam auto like kat fesbuk. Ada tak rasa begitu? ke gue je yang konon canggih tapi tak canggih ni duk pikir gitu? &^$^#@#$!@#$&^% Gue main adil, tak main tetipu gitu yo

Farid kata: tak kisah berapa kenalan pon, janji kita ikhlas dan bukan ada niat yang tak baik waktu nak post gegambar tu. (matikla, positip nak kaverina kelemahan diri sendiri kan)

Monday, January 20, 2014

Jalan jalan tgk minatang pastu naik boat pula


*Cam tak semenggah je amek gamba mulut nganga camtu*

Haaa sempena cuti bekrembar kembar itu hari, kami kami ni smua ke zoo melaka. Cam sikit keji la, cerita dah lama, baru terkial nak update. Sapa kami kami ini? dan mengapa plak sibuk naw nak ke zoo melaka? meh gue kasik jawab sini, kami kami itu adalah, gue, kemal, adik, kimi, jalina, ikhwan ngan amni. Sbb apa nak zoo melaka? sbb ikhwan sibuk bebenar nak tgk gajah panjat pokok. Korang mampu gajah panjat pokok?! paklong yang ramping ni pun belum tentu lepas panjat pokok, apatah lagik gajah itu. Sedey la ko ni paklong.

*Masing masing siap duduk sbb memberi laluan pada ikhwan menonton gajah sepuas puas nya*

Kami bepergian dua kereta. So Tolaknya dah petang, sampai juga cam sipi sipi nak tutup zoo ni, cuaca adalah redup tatkala itu, jadi cam kita enjoy je la jalan jalan. Sbelum mula jalan kene mentekedarah dulu, ater tak makan tgh ari lagik. Pastu baru la mula pusing satu zoo, ni adalah kali keberapa dah gue ke sini, jadik takde la teruja sangat. so so je la. 


*masih lagik menonton gajah*


*Besar rumah muka memasing*


*Ikhwan bermuka hampa sbb takde pun gajah panjat pokok katanya*

Pastu dah penat jalan, pi makan asam pedas plak, yer tak amek gambo pon, ajer pokus nak makan je. Pastu terus ke tempat naik melaka cruise tu. Orang tak meramai disitu. Kemal ngan kimi tak pernah naik melaka cruise ni. Walaupun yang beratur nya tak meramai tapi botnya tatap la penuh. Harga tiket dewasa rm5.

*wah wah memula naik elok je bertepuk tangan, tak sampai sploh menit, terus amokkan nak turun nak jalan jalan dalam bot, amboi amboi jatuh menjunam lam sungai kang sapa nak pi berenang amni oi, paklong tak reti berenang #alamakkantoi*


*Muka kesemua ahli rombongan cik kiah yang teruja menaiki cruise itu*


*melaka dah ada hard rock besau yer, dulu kecik je*

Jadinya itu lah konklusi nya membawa ikhwan ke zoo melaka bagi menyaksikan gajah manjat pokok yang tidak kesampaian, gue pun tak pasti kat mana lah dia mendapatkan fakta gajah mampu memanjat pokok. Pada korang korang yang ada anak kekecik tu, sesuai la bawak jenjalan melaka ni, banyak tempat buleh pi. Tapi harus diingatkan, kalau cuti umum, sila persiapkan mental dan fizikal kerana kesesakkan terlampaunya berlaku di tengah tengah kota ini. Oh one more thing, ibam tak de dalam rombongan sbb dia bertugasan di Kota Kinabalu sana.

Farid kata: Mulai hari ini paklong kan berusaha keras belajar camna nak manjat pokok. Dah la pokok pon tak pandai nak dipanjat, berenang pon paklong tak reti, u so lame la paklong. 

Friday, January 10, 2014

Berbagel dan berstim bot

Baca tajuk cam bunyik berbogel plak. Ok ini cerita lama sudah, dah upload gamba tapi lupa nak taip cerita. Jadi skarang baru ingat dan baru taip. So lately ni kegilaan memakan bagel salmon di kopi bin. Jadi asal nampak kopi bin, terus cam gegila nak bagel salmon ini.

Ada skali balik keje tu pi KL Sentral semata nak makan jugak bagel salmon ini. Tapi harus diingat yer jangan keriru plak ngan stabak. Sbb stabak takde bagel salmon.



Pastu sabtu malam minggu pi makan stimbot kat area lukut tu, kedainya tepi laut tapi tak ramai orang pun. Jadi smua yang dipesan mai cepat je. Rege adalah berpatutan. Rasa? boleh boleh tak hebat sangat dan tak de la cam keji sangat.




Farid kata: makan dan makan dan makan

Thursday, January 9, 2014

Restoren BBQ yang tak ingat nama penuhnya apa ntah



Oh ni cerita hari jemaat lepas keje, gue ngan kemal ke The Curve, kekdahnya nak membeli baju bajan. Nanti gua eksen kat sini di entri yang lain. Pastu ronda ronda la nak makan kat mana, memula nak pi bubba gump tapi cam tak de la lapar bebenar plak. Pastu nak pi food court, cam tak best lak, last last nampak satu kedai baru apa ntah namanya BBQ something la. Pastu tgk menu dan masuk.

*Sanquick campow apa ntah*

Keadaan kedai nya veri the cozy, cam selesa la nak duduk, some more sbb takde orang kot, kalau ramai bersesak pasti la tak best. Menu nya adalah berkonsepkan kebaratan. Tp ada jugak nasik nasik dihidangkan. 

*Sanquick oren sudahnya*

*Clam Chowder yang enak lagi lemak dan berkrim*


*Nasik yang di hidang ngan ayam dan soton*

So dari segi harga, makanan kedai ini mmg mampu milik, tapi dari segi kualiti, kene usaha keras sikit untuk memperbaikinya. Pada yang nak makan clam chowder leh try kedai ini. Sekian makasih.

Farid kata: pengsan la review kedai makan, tapi tak tau nama kedai makan. 

Wednesday, January 8, 2014

Ini bukan nini cokelat celup, ini adalah Dip n Dip



Hari apa ntah aritu, Maya sopiah ada memetik berkata tentang dip n dip ni, so berpakat pakat lah gue dengan kak tin untuk ke Dip n Dip ini bersama maya sopiah. Lokasi nya adalah di Bangsar sana, berhadapan dengan butik Fazura cantik berseri itu. 


Tapi harus diingatkan yer, kalau pegi waktu lunch hour, sila persiapkan mental anda untuk mencari parking disana. Ini kerana sewaktu kami ini berpergian ke sana, Maya sopiah yang memandu, dan berparking ni Bangsar Village lalu berjalan lah kaki ke Dip n Dip ini. Nak park depan kedai? mimpi kawen ngan fazura pun belum tentu ko dapat parking itew.


Kalau lu orang nak kesana jua sila persiapkan mental untuk rege menunya. Ia nya adalah bit pricey. Tugas memesan mengorder bagai adalah diserahkan pada kak tin ponpon. Untuk minuman smuanya minum air mineral sahaja. Kang minum manis manis ada plak potong kaki. Ikutilah gambarajah berikut yang disediakan:

1. Kak tin pos pos pegang ipad bukan bererti memesan secara online. Kak tin cuma pepura je cam bizi main game ke baca email ke apa ntah. Ini smua lakonan yang mantap.

2. Maya sopiah duk usha waiter yang serve makanan, beliau dalam keadaan bersedia jikalau lambat je sampai makanan, beliau akan awasskan waiter itu. Beliau adalah garang tau.

3. Yang ketul ketul itu bukan cekodok mahupun batu laut atau sungai, tapi ia adalah krim puff yang sedap. Semua yang ada didalam pinggan ini mestilah dicelup celup didalam cekolat tersebut before dibaham.

4. Oh program pemakanan ini adalah tidak serius kerana diadakan selepas gue dan sopiah dah makan nasik. Tinggai kak tin je tak makan nasik lagik. Beliau kata dia dalam proses diet, nak kurang kan sehingga 20kg katanya. Selamat maju jaya kak! (jangan risau kak, bff ko lagik gemuk hebat dari kau, )(u know i know siapa)

5. Ini adalah crepe yang dipenuhi cekolat. Dalam pun ada inti cekolat. So bersedia la nak memenuhkan mulut dengan rasa cekolat. Kalau anda bersakit gigi, bersedia untuk meraung kesakitan, atau bawak siap siap pil tahan sakit.


6. Ini lah hasilnya bila selesai makan, licin ala ala. Tadi kata dah kenyang br pas makan nasik, tapi pulun licin. Eh tapi ada sikit lagi kak tin tapau je. Tak baik membazir.

7. Jadinya bil sampai kak tin dan maya sopiah yang membayo. Katanya sempena birthday pokcik ini yang ke 32thn, tua dah pokcik ini. Tu tunjuk bil sbb nk tunjuk dua hidangan sudah rm100. Kalau korang kaya mesti korang kata apalah sangat rm100 tu, tak gerak pun duit lam akaun. 

8. A taste will make u smile katanya, silap tu, a bill will make u smile patutnya. Pengsan cangkung.

Konklusi nya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kak tin pon pon dan sopi jikan kerana membelanja saya di dip n dip ini. Ini kerana, kalau nak harapkan saya pergi sana, pasti lah tidak, sbb tempat ini mahal. Makan sepinggan coklat leh dapat empat pinggan nasik. Sedihnya rasa. 

Farid kata: Harijadi sopiah bakal menjelang, kemana kita nak pi makan lak kak tin?

KUL - KCH 7: Moh la balik ek



Pompangpompang kejap je dah nak balik dah. Pagi pagi bangun pi sapan, cam biasa beratur dulu sebelum dapat makan, pastu naik atas, amek beg, pastu cek out then sumbat sumbat beg smua lam kete, lalu berpandulah ke airport terus. Pastu sampai airport, pi cek in bag. Pastu jalan jalan. Ada lebih kurang sejam lebih lagik sebelum masuk pesawat.


Pastu ronda ronda terperasan ada starbak, singgah, terus feeling nak makan bagel salmon. Bila tanya kat minah jaga kaunter tu. Katanya dorang tak juai bagel, eh kenapa takde plak?! pastu tak pe la, kita makan lain. Pastu dah duduk sambil minum, baru gue pasan yang sbenarnya bagel is ada kat kopi bin bukan lah di stabak. cessssssssss

Ujung ujung flight adalah delayed, sekian





Dah sampai KLIA adik amek kami, terus ke seremban, pi makan makan pastu ke seremban 2 bawak ikhwan pi bagi ikan makan. Gila penat kuching tak abis lagi nih, dah sesibuk pi bagi ikan makan la bagai. Layan kan je la.



So watamatlah sudah cerita pengembaraan ke kuchen sana. Pada yang tak pernah sampai, sila lah kesana. Tp kuchen is more to jalan jalan je, bukan nak menshopping ke apa. Buat arrangement sebaiknya dari segi tempat tinggal dan transportation pabila disana. Tempat makan juga tak perlu digusarkan, sbb banyak je tempat makan kalau duduk area town kuchen itu sendiri. 

ok byee\

Farid kata: jenuh la nak abiskan entri kuchen nih

Tuesday, January 7, 2014

Dabel birthday celeb


*budak ini adalah mengada tak mo duduk sendiri, nak kene pangku la plak, kebas peha paklong*

Itu hari menyambut birthday apak kesayangan gua, so pepetang pegi Grand Lexis pi booked table. Pastu buat seprais la sikit ngan kek bagai, ada pakcik buat show malam tu siap nyanyikan lagu birthday kuat kuat. Orang lain smua makan nasik, gue makan salmon sudahnya. Feeling katanya. Boleh tahan rasanya. 

*Rupa paras salmon nya*


*Sentapan lepas suh pi makan ngan ibu, tapi tak mo, nak jugak paklong suap, kekdahnya apaknya jauh kat kota kinabalu sana, gini la jadinya*

*Samat harijadi pada apak kesayangan gue*

*kaver baru yang kaler biru*

Pastu masa dua hari haribulan, adik ngan apak gue mai kl nak banjer makan, sementelaah menyambut hari jadi auntie gue pulak. Ekceli harijadi auntie gue adalah bersamaan dengan apak gue, tapi tersambut hari jadi apak gue terawal sikit pulak, takpe la janji sambut. 

Pastu balik keje kocoh kocoh booked Basil kat Bangsar Vil, kata smua nak makan nasik, so ke sana lah kita. Dah order apa nak makan, pastu gue pi beli kek, pastu potong kek dan ngap. Oh by the way, ada diskaun untuk pemegang kad debit CIMB, 15% katanya. Tapi pemegang kad MBB like gue, takde pape diskaun pulak, cis. haa J kad juga ada 10% diskaun. So sila lah berkunjung ke Basil. 


*Mangkok tomyam kuar api, sib baik tak terbakar muka ko dik. Haa auntie gue yang berbaju hijo itu, Slamat hari jadi uda!*

Farid kata: makin tahu makin tua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis