Thursday, February 24, 2011

Segmen Mari Menonton: Burlesque yang kebaboom



Smalam dengan tidak semena mena aku ke klcc untuk menonton Burlesque yang ku idamkan. Ari tu kan kene paksa tgk No String Attaeched, but yesterday akhirnya aku dapat jugak menonton. Seblom menonton wajib la makan dulu, pi kat food court (dah sipi sipi poket tau plak kau cari food court) makan bento. Amek bento terung dalam bahasa korea nya aku tak ingat. Rasa sangat sedap dan diserikan bersama air tebu. (gambar tak sempat snap sbb mengejari masa yang suntuk)


*cam buruk plak christina pakai wig*

Cerita bermula di iowa, di mana Ali (Christina Aguilera) seorang gadis desa yang naik fedap ngan kehidupan dia kat kg sbb tokei kedai tempat dia kerja tak bayar gaji. So dia sudah nekad mau ke LA yakni dah semestinya bukan lebuh ampang untuk berhijrah. Nak mula hidup baru la kekononnya. Dia trus cari hotel yang chip chip untuk tinggal. Then masa tgh mencari cari kerja tu dia terpandang la Burlesque ni (sebut ber-les). Klab ni like kabaret club la. Kalau korang tgk Moulin Rouge, then this is a new version, cuma jalan cerita Berlesque ni agak tipikal. (Moulin Rouge + Coyote Ugly = Burlesque)

*Cher, ko mmg nenek, mana ada org jaman skarang pakai suar gitu*

So bila masuk lam tu, Ali cam ala ala terpesona, terpegun, terkaget dan segala macam "ter" kecoli terkencing atau terberak. Ali mmg bersungguh sungguh nak keje kat situ as a dancer. Pastu dia jumpa Jack, bar tender yang hot nak mati. Then Jack kata "kalo ko nak keje sini, ko pi jumpa Tess, dia tokei klab dangdut nih". Tess yakni si tokei klab itu dilakonkan oleh Cher yang tua kerepot tapi dah bikin muka like umur dia 30an. tapi Ali di suruh jadik pelayan hantar air je. 

Tess adalah bingung duk pikio kelabnya nak kene beli oleh si Marcus (eric dane). Klab tu ada berhutang ngan bank, so kalau tak jual kelab tu gimana nak bayar hutang tu kan. Tapi tess sangat la mempertahankan klab dangdut beliau. So lepas tu Ali tu pun pegi la audition dengan tak di sengajakan. Banyak adegan menyanyi, berjoget bagai. Dan selanjut nya korang kene tgk sbb cerita ni mmg berbaloi untuk di tonton. Tapi harus korang jangan bawak anak memasing sbb cerita amat lah melucah. Satu lagi, Nikki adalah watak jahat dan sangat tipikal jahatnya. Hah lupa plak, Jack (Cam Gigandet) adalah hero lam cerita nih. And dont worry ini cerita adalah happy ending, so tak yah korang nak nanges nanges bagai. 

Ralat: Christina kantoi buat operation payudara, masa dia kat Tokyo, di angkat tangan lambai ratu, pastu nampak kesan operation di tepi ketiaknya. Sian

Pesanan Farid yang suka Burlesque: Lately ni banyak sangat adegan melucah tahap melampau kat wayang. Apa dah tak ditapis lagi ke? Haiyaa

Wednesday, February 23, 2011

Segmen Mari Menyanyi: T-Ara :- Why Are You Being Like This?


T-Ara - Why Are You Being Like This?


Knock Knock Knock Knock Can you hear me now
Knock Knock Knock Knock Just wanna love you now
welcome to your wonderland
everyday I Knock Knock Knock Knock Knock Knock

Down load: T-Ara - Why Are You Being Like This?.mp3

Pesanan farid sambil berjoget dgr lagu ni: Bahasa inggeris nya hancur lam lagu ni, pastu kalau korang tgk klip videonya "knock knock" tapi tangan cam tekan loceng pintu erkk

Hi tea yang tak berapa nak hi tea

*mode iklan - belilah blackberry bersama rakan anda*

Petang last week aku tak hengat hari apa, dengan secara tetiba kak tin ajak pi the mall. Cam ala cemas lak plak. Ok sila baca ngan nada senggang dan santai. Tujuan utama beliau adalah mengambil pickup lorry fon beliau yang kerusakkan.

So kami ikut kasik teman la, kang kak tin kene culik ke hapa, dah kurang sorang akak tiri. Dah settle berjumpa ngan najib ali, eh silap, cina yang perbetul fon tu. psssttt Mamat chinese tu rupa paras nya cam najib ali. pastu kak tin ngan murah hati nak banjer minum. Syabas kak, bukan calang calang tempatnya, bukan kedai mamak yer. Pas makan dan minum, pi beli sim pack lak, kalah artis ko kak. Ada tiga nombor, kalau pasnih payah gak nak dapat ko, pakai empat no lak pasnih, heeeeeee. Tq kak.

Dah settle semua urusan, kak tin hantar kami semua pulang. Gila pendek je crita ni. Dah alang alang aku belek lam fon ada gambar ni. Trus la update.

Pesanan farid yang suka vanila milk shake: Nak pi mlancong, nak pi mlancong, nak pi mlancong.

Tuesday, February 22, 2011

Tgk kupu kupu di tgh hari panas like hell.


*aku rasa cam ada je kut gambar aku kat tempat ni sbelom ni*

Last week selepas settle sesi blaja memandu (yer aku cikgu yang garang), trus decide mau pi Tmn rerama disebabkan dekat je pun kan. Dari padang merbuk ke taman tu skentut je dah sampai. Rege tiket adalah rm8. Kalau foreigner rm18. Aku rasa aci yang jaga kaunter tiket tu kene pi tukar spek tambah power, sbb tak dapat bezakan org tempatan ngan foreigner. Manjang nak cas foreigner, last time aku pi pun sama gak nak cas mahal, ewah sedap mata kau je nak cas org memahal. 


*ni namanya face man bug, sbb apa?*

Ini adalah kali ketiga aku mai sini. Rerama nya makin hari makin kurang. Punya lah payah nak bergambar ngan rerama, sampai aku kene kejar tangkap sekor. Nama taman rerama, tapi rerama kau sipi sipi je, camna?  cam biasa lepas jalan kat luar yang panas nak mampos di petang hari, trus masuk dalam ada tempat serangga la bagai. sejuk siket sbb ada aircond. Nyaman. Pas dah hilang peluh trus balik.



Ok pas balik dari taman rerama, trus pi JJ au2 plak. Jalan jalan beli kek frozen then pi makan malam la. Kedai pilihan hati adalah Teppanyaki. Memula kedai ni kosong, pas kami duduk trus ramai. Cam biasa gambar tak sempat nak snap sbb dah lapar tahap kerbau gila. Kami mengambil menu yang sama yakni chicken teppanyaki, japanese tea ngan ice lemon teh tak sedap rasa ubat blueekk. (makan malam ini ditaja)


*heaven dowh*

Criter ini adalah sambung menyambung disbbkan aku rajin nak taip pepanjang (walhal malas nak buat banyak n3). Esok plak lepas tgk wayang cerita No String Attached yang tak best tu trus pi secret recipe kat the curve sbb nak minum stroberi milk shake. Mengidam oi, nak sangat sangat minum. Makan plak amek Black Pepper Lamb Pie yang enak. tapi hati aku dah terdetik ni susu campur ngan black pepper mmg nahas, ada harapan tido lam bilik ni kang.




Dah settle membaham smua yang ada, trus balik umah. Tido sampai kul 5. Pastu bangun, kepala ngan tengkuk sakit teramat sangat. Angin barangkali. Ada harapan mc nih (yahoo), tapi baru awal tahun dah nak mc, mmg kau sangat mengada, sakit sikit nak mc, sakit sikit nak pindah duk spital. Tapi di atas kebijaksanaan makcik aku yang suh minum air panas banyak banyak, pastu aku sendawa tak berhenti, alhamdulillah trus sihat, dan trus capai pinggan nak makan asam pedas muhahaha. Trus tak jadik mc plak *sigh*.

Pesanan farid yang banyak angin: Dalam percubaan untuk tidak bertindak mengikut hati. Sbb member aku marah, aku slalu bertindak mengikut hati. Now it make sense. Damn it. (makasih pada yg menghulurkan kata kata itu muahhh)

Kaktus Ketot

*kesian kan rupanya?*


Sadis sungguh bila melihatkan kaktus nih. Umur nya dah setahun lebih, kalau baby, dah merangkak dah nih. Dan aku rasa kaktus ni cam dah mampos sbb tetiba (sangat tak relevan guna word "tetiba" like it was out of sudden plak) ianya mengecut mcm baju yang dikeringkan mengguna kan dryer. Shrinking sekecil kecilnya. Setahu aku kalau mampus pun, pasti dia akan hancur dan mereput, oh no, sound like macam mayat plak. Tapi kaktus ni cam bila dah shrink dia bentuknya statik mcm tu je.

Nak buang sayang. So aku biarkan je berposisi di hujung meja. Tapi apa dan kenapa aku tak mau buang tu, aku tak berapa pasti. Sian plak rasanya. Kalau dibuang, nanti pasunya kosong. *alasan*.

Pesanan farid yang tak reti bercucuk tanam: Jangan kau berangan nak menanam apa apa kat ofis sedangkan ko femalas nak menjaga. Adios.

Monday, February 21, 2011

Segmen Mari Menonton: No String Attached


Last weekend aku pi nonton cerita No String Attached kat The Curve, lakonan Ashton Kuchter (Adam) dan Natalie Portman (Emma). Korang tgk poster pon dah tau cerita ni berbaur kelucahan siket. Tak sesuai untuk kanak kanak mahupun mereka yang belum bersunat.

Cerita bermula lima belas tahun lepas dimana Adam bertemu ngan Emma di satu program camping. Pastu tak de pape yang berlaku la, just kawan kawan camtu. Pastu selang sploh tahun mereka jumpa lagi kali ni dedua dah besar la. Adam ngan makwe UK dia yang tehapa, and Emma still lagi single. Dan Emma dah kerja kat spital, Adam plak jadik penulis skrip sambilan utk program remaja.

Stelah beberapa tahun berlalu mereka jumpa lagi. Trus si Emma ajak Adam jemput dia ke majlis istimewa katanya, ujung ujung majlis pengkebumian apaknya. Adoi. Then mereka berkenalan la lebih lanjut. Dan tanpa seba musabab yang kukuh, Emma bersetuju menjadikan Adam rakan sexnya. Ada ke plak camtu?! dalam sehari pasti ada adegan sexnya, kat bilik, stor, malah dewan pembedahan. Pas had sex, dedua trus blah and pretend like there nothing happened. Gila ka?! Syarat mereka tak boleh cemburu sesama sendiri. Ater nama pon omputih, harus keinginan smua merepek repek. Then awek UK si Adam telah di kebas oleh apaknya sendiri. Lagi la tak leh blah.

Then Emma ada la berkenalan ngan mamat kat spitalnya, mamat ni cam tangkap feel lebih, siap warning Adam, yang dia adalah lelaki yang bakal Emma kahwini. Sian kau, feeling lebih. Adam pon agak cemburu la, pastu duk tanya Emma itu ini pasal mamat tu. Ujung ujung Emma dapat hidu yang Adam adalah cemburu plak. Maka disuruh Adam tu lupakan dia trus.

Ada la adegan dating dating sempena Valentine la apa, tapi ntah apa angin si Emma trus trus kata ngan Adam pasni jangan cari dia lagi. Adam pon kira bendul gak trus mmg tak dicarinya Emma. Sampai satu tahap Emma dah tak tahan rindu, trus di callnya Adam, then dari kenduri kawen adik prempuan nya, dia trus ke rumah Adam. Tapi malangnya dia ternampak Adam nak balik umah ngan rakan sekerja nya yang menggelabah 24jam. Dah la first time nak sex, pastu menggelabah tehapa hapa. Sian kau makcik.

Setelah rasa kecewa, trus Emma drive balik, beli donut banyak banyak pastu makan sambil drive sambil nyanyi lagu Bleeding Love. Till dia dapat msg dari kawannya kata apak si Adam sudah dimasukkan ke spital akibat terlebih makan ubat batuk gara gara si awek UK tadi. Adam jumpa apaknya dan terserempak ngan Emma kat luar spital, dialog yang drama sangat dari Adam  " If u come near, i never let u go" takde motip letak font pink yer. Trus lah Emma pelok dia. Dah abis. <- tetiba abis kan. Bistu tu takkan nak cerita sampai mereka beranak pinak bercucu cicit lak kan. Minggu depan la ending nya.

Kacang gila kan cerita ni, like kalau ko buat drama pon boleh je aku rasa, tapi babak sex sex tu sume kene buang la dulu.

Pesanan farid: Dari mula sampai ke penghujung cerita ni aku like tak de perasaan nak gelak ke, nak nangis ke, sbb aku di paksa untuk menonton cerita ni. Dalam hati melompat lompat nak tgk The Mechanic, lakonan Jason Statham. Tak pe akan ku tonton jua cerita tu kendian hari.

Segmen Mari Menyanyi: Tae Yeon feat Kim Bum Soon- Different



Like a shoelace being untied
We're growing farther apart.
The opposite of love
Is not separation;
It is apathy

I'm sorry, I'm sorry, I seek separation
Because your cruel words have inflicted wounds
My once-loving heart cannot recognize you
It tells me to stop, let's break up


Ps: Sedey bangat deh

Thursday, February 17, 2011

Jalan jalan jumpa piala


Tgk first pics pasti korang tau kemana arah tuju aku kan? kalau tak tau gak, sila pindah dari malaysia ini. Last weekend, double a sudah bg idea mau pegi muzium. Tahun lepas dua kali aku pi muzium, kata sejengkal je dari rumah. Sonang la nak pi. Takde apa apa event yang menarik pun disini. Tiket masuk hanya 3 ringgit kut. Hah ada pameran stem, tapi rege tiket berasingan dan pasti la aku tak masuk. Ai tak minat setem. Sekian


*Pada penimat bola sepak malaysia, kalau anda tak pergi melihat ini piala, sila tukar kewarganegaraan anda kepada Bangladesh*

So kat ruang legar muzium ni ada pameran berkenaan piala suzuki yang dimenangi mesia hari tu. So ada la gambar gambar dan juga tak ketinggalan piala juga ada dua pingat apa ntah di pamerkan (sorry aku tak minat bola, so tak tau) So lepas tu pusing pusing la kat dalam muzium tu. Ada empat seksyen. Dari sejarah manusia purba sampai ke malaysia kini. Dulu aku pegi jalan jalan dalam tu pastu amek gambar je. Tapi kali ni gigih baca satu satu detail barang yang dipamerkan. Bak kata double a "malu kita tak tau sejarah negara sendiri" erk, sejarah spm aku tuang, nak buat camna.

Kami terserempak ngan budak budak skola agama, umur smua dalam 8-10 tahun gitu. Pastu tgh aku ngan double a duk leka membaca baca keterangan kat situ, salah sorang budak kat situ berkata kat dirinya sendiri "ni kene tulis nih, penting nih" trus aku ketawa. Semangat ko dik, bagusssss, ni pasti ada kuiz ko nak jawab.

*Ayam aku menyuruk di belakang sayur tersebut*

Pastu dah dari pagi tak makan apa sbb gerak dari pd. So tak sabar sabar la nak makan tgh hari. Kat blakang muzium negara ni ada kedai makan. So ade memacam lauk. Lepas makan makan, tetiba trus berperancangan mau gunting rambut. yer sebulan berkali kali aku gunting rambut. Apa laga, trus pi the curve mau jumpa ellie. Sesampai je, sib baik ellie free, aku lupa mau bikin appointment. Dan seperti biasa ellie beraksi mengikut arahan aku. Good job ellie. Tapi soklan paling tak leh blah dia tanya "U ada lesen diving ka?" haiya ellie, lesen mandu ada la. Terus tringat lesen mandu aku dah mati 10hb ari tu.

*posed tabik spring ngan air pancut sangat tak relevan*

Settel gunting rambut, cam besa trus pi nyonya colors mau makan mee rebus lak. Pitam la baru makan dah makan lagi. Gemuk tak jugak. Pastu sesambil duk makan, kami duk pikir pikir mana mau pi, trus tringat nak pi tasek perdana lak. Rasa cam dah lama je tak pi sana. Tapi paling tak bleh blah, double a tak pernah pi tasek perdana. Sila pindah dari kl yer. haiyaa


Dah penat berjalan sampai berpeloh peloh, walaupon hujan lebat baru je berhenti, trus decide mau pulang. Kaki sudah menjerit jerit meminta tolong mau pulang berehat. Maka pulang ke pangkal jalan lah sahaja.  Sekian.

Pesanan pada yang suka meronda: Len kali agak agak nak jalan semahu mahunya sila pakai running shoe.    :P

Wednesday, February 16, 2011

Segmen mari menyanyi: Afgan- cinta 2 hati


Afgan – Cinta Dua Hati (OST Cinta Dua Hati)

Tak ku sangka dirimu hadir di hidupku
menyapaku dengan sentuhan kasihmu

Ku sesali cerita yang kini terjadi
mengapa disaat ku telah berdua

Maafkan bila cintaku
tak mungkin ku persembahkan seutuhnya
Maaf bila kau terluka
karena ku jatuh di dua hati

Maafkan bila cintaku
tak mungkin ku persembahkan seutuhnya padamu
Maaf bila kau terluka
karena ku jatuh
Karena ku jatuh di dua hati


ps: Mode santai 



Monday, February 14, 2011

Love, Nora @Astro Citra




Pada 13 Feb yang lepas astro 131 (citra) telah menayangkan satu kisah cinta tajuknya Love, Nora. Mungkin bersempena Valentine Day pada keesokkan harinya. Mula mula adik aku yang beria nak tgk, last last aku yang layan dan dia ntah kemana. (gara gara internet connection masalah, so duduk depan tv sahaja)

Will Quah, Yana and Yasmin



Crita berkisarkan Nora (Yasmin), dan kawannya lakonan Yana ke Italy untuk jalan makan angin. Tiba di Cortona. Nora dan kawannya di tinggalkan bas pelancong akibat terleka di ladang buah zaitun. So sudah menggelabah membayangkan camna nak balik, nasib menyelebahi mereka kerna berjumpa ngan Raul (will quah) mamat italy yang cuti belajar di rumah mak nya di Cortona. Raul sudah pelawa mereka berdua bermalam di rumah maknya sementara menunggu keesokan harinya for next tourist bus. 



Dari situlah Nora sudah tangkap cintan sama Raul. Aku agak kagum meliahat Will Quah berbahasa Italy dengan lancarnya. Syabas. Then Mereka pulang ke KL dalam senyap senyap dan hanya tinggal kan surat sbb Nora sudah berat hati mau balik KL sbb tak sanggup nak tinggalkan cinta hatinya di Tuscany, Italy.



Tiba satu hari, Raul muncul di rumah Nora. Happy gila muka Raul, Nora pun apa lagi lompat happy la, Bila di tanya " how did u find my house?", Raul jawab "i use google map" gila power google map. Maka merayu rayu la si Nora pada maknya lakonan Dian P ramlee untuk bertkahwin dengan Raul. Maknya tak stuju, tapi Wannya (nenek nora) stuju ngan nora. Stelah dipujuk pujuk makanya kahwin lah mereka. 



Mereka sudah buka restoran di sebabkan Raul belajar tentang masakan. Tak lama lepas tu Nora sudah sakit dan meninggal dunia, damn. Dia siap siap tulis email pada Raul apa yang patut Raul buat setelah ketiadaan Nora nanti. Antaranya, Nora minta Yana untuk bawak Raul register kelas bahasa melayu. Kat situ Raul nyaris nyaris tangkap cinta sama cikgu bahasa nya lakonan irma hasmie. Tapi cam tak jadi plak cintanya. 

Then Nora ada tulis surat, dan suruh Raul bg pada mamanya (yang selama ini bermasam muka akibat kurang bersetuju perkahwinan itu) dan meminta mamanya membaca depan Raul. Sedih sungguh isi suratnya. Then Raul ada bergaduh dengan Yana akibat yana asyik mention Nora itu, Nora ini, and she seems tak sedih pun. Rupanya Yana sudah berjanji dengan Nora yang dia takkan bersedih depan Raul walaupon pada hakikatnya dia sedih teramat sangat akibat kawan baiknya sudah tiada.



Email seterusnya meminta Raul balik ke Tuscany untuk berjumpa maknya.Maka berangkat la Raul balik ke tanah airnya, tanpa dapat menghubungi yana. Sesampai sahaja di Tuscany, Yana muncul membawa surat terakhir dari Nora. Surat meminta supaya Raul terimalah cinta barunya. And guess what Raul love Yana. Then there goes a new happy couple. 

Cerita ini mulanya berlatar belakangkan Tuscany, sangat sangat indah pemandangan disitu. Jalan cerita dan watak semuanya bagus, bahkan lagu lagu di sepanjang cerita juga berkaitan dengan scene scene yang sepatutnya. Syabas pada tuan pengarah, and congrates pada Will yang mampu berbahsa italy dengan lancarnya. oh and korang pasti wonder bout the title kan? Nora tulis "Love, Nora" di ending every single email and letter. Simple rite? :)

Jika ada ulangan korang patut tonton cerita ini. Ini lagu temanya.


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Pesanan Farid: Harap harap ada kluar dvd ini cerita la.




Friday, February 11, 2011

Segmen mari menyanyi: Whitney Houston feat Deborah Cox- same script, different cast


This is a retake of my life. 
I was his star for many nights. 
Now the roles have changed, 
And you're the leading lady in his life. 
Lights, camera, now you're on. 
Just remember you've been warned. 
Enjoy it now, 'cause it won't last. 
Same script, different cast.



Ps: Nice story behind this lyrics



Thursday, February 10, 2011

Kasihan sama kamu...

Perhatian* sila baca dengan nada selemah lemah lembutnya*

Sebagaimana yang smua sedia maklum, berkawan itu adalah hak milik setiap insan. Ok intro yang bagus dan seperti iklan kosmetik. Apa yang cuba saya ketengah disini adalah, beberapa individu disekeliling anda hidup dalam kekeliruan. Kesian pada mereka ya. Sebab kadang kala nak memahami jiwa seorang manusia sangat lah payah berbanding jiwa seekor kucing. Bila ia lapar hanya mengingau, bukan seperti manusia yang hidup dalam kekeliruan, bila lapar akan membebel dan membentak juga merengus. Contoh sangat bagus between manusia dan kucing. Syabas farid.

Ok, jika kamu, yer kamu, mengambil keputusan untuk tidak berkawan atau lebih kamusnya memutuskan persahabatan, insyaallah saya faham. Nescaya saya juga cuba menghindari kamu. Even bayang kamu pun saya kurang minat melihatnya. Tak kisah la kamu dan kamu itu keturunan dewa dewi, kaya mahupun berkuasa. Get it? Sbb kamu,  yer kamu mmg tidak berperanan pun dalam hidup saya. Yer, kewujudan kamu sedikit pun tidak memberi impak pada saya. Tidak mendatangkan hasil mahupun tidak merugikan saya.

Tapi apa yang bermain dibenak fikiran saya, walau sudah tidak mempunyai persahabatan, tapi kamu tetap concern untuk menjenguk saya di blog yang tak berapa nak menarik ini. Sesuatu yang misteri, paranormal dan juga mistik. Yang sbenarnya apa mau kamu ya? Nahh ini dia manusia yang hidup didalam kekeliruan sebagaimana golongan yang disebut di mukhadimah sebentar tadi. Jadi harapan saya,  jikalau kamu dan kamu itu sudah membuat keputusan, dan saya juga mempunyai pendirian saya sendiri, apa kata jika kamu tidak perlu bersusah payah mau menjenguk apa yang berlaku disini, dalam erti kata yang lebih mendalam, Sila NYAH kamu dari sini. Kalau baca gak blog aku, ko boleh dapat katarak.
Mau?! Yer saya mengerti kamu juga cuba menggali lebih mendalam tentang saya dan rakan rakan saya.

*Tukar intonasi, sila baca dgn nada yang keras kerna ini berupa amaran*

Heh, Dengar sini ya lo, jikalau mau bermusuhan, tidak perlu lagi deh bersusah payah mengambil tahu segala yang terjadi antara kami. Dan kami tidak pernah mengambil tahu kisah tentang kamu, ya kamu. AWAS jika muka lo terpampang lagi di blog gue. Hindari terus blog gue!

Pesanan bg mereka yang kaki menyibuk: Ya Musuh temen gue,  musuhnya gue juga. Dan nggak perlu deh mau berlakon lakon lagi didepan gue. Mengacaukan.


-Tamat-

Tuesday, February 8, 2011

Membaca amalan mulia, ceh konon sangat tajuk kamu


Lately ni aku naik tren ke ofis. Dah tak drive, sbb pening lalat nak cari parking, (trauma kete kene towing pon ada gak la). So masa lam lrt, takkan nak duk pose pose artis ngetop, jadi aku beli bahan bacaan untuk di hadap lam lrt. Bacaan ini nipis sahaja, aku beli kat book express kat amcorp sana. Tapi nak ngabis nya makan bulan. Dah baru baca empat muka surat tetiba dah sampai stesen yang patut aku turun. camna aku nak hadap lelebih. Tak pe la, janji aku membaca. Kata membaca jambatan tamparuli ilmu. Korang yang travel jejauh tu nak pi keje, beli la bahan bacaan. Paling tidak ada gak masa untuk membaca. Kalau nak harap kat opis atau umah mmg hadoo la kan. Jangan la asal masuk je tren atau bas, trus korang membuta. Not good dan sangat buruk ghomannya bila org tgk. Preview buku ni? pasti la kene tunggu aku khatam baru leh review, apa daaaaa.

Pesanan farid yang konon konon rajin membaca: Tetiba aku tingat ada satu novel ramli awang murshid aku tak khatam lagi. Buku tu sangat special pasal tu tak mau abiskan baca. Satu satunya buku yang aku tak beli tapi org kasik hadiah. So its a special book la kut. Ayat sangat tidak boleh blah.

Segmen Mari Menyanyi: Faizal Tahir- Hanyut

*sampai nak terlemas ko menyanyi, sib baik menang*

Hanyut - Faizal Tahir 

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


Muat turun sini-> Faizal Tahir- Hanyut mp3

Pesan peminat suam suam kuku faizal:- Motif aku post lagu ni adalah kerna gerak hati suh post. (^_^)V



Monday, February 7, 2011

Terkaget di depan pc

Satu hari yang hening, spend my lunch hour punggah all my fb inbox. Then belek satu satu, tetiba*ceh cam gempaq sangatkan cerita kau*. Terkeluar smua msg msg lama yang aku fikirkan aku dah delete. Tapi rupanya tidak. Berderet deret ianya muncul. Memula cam keras hati tak mo la baca segala macam mak nenek punya msg, sekali tetiba hati dilimpahi rasa ingin tahu yang membuak buak, nak baca gak.

Maka belek la satu satu, baca ngan penuh emosi (kata dah merangkul anugerah pelakon lelaki terbaek, kene la emosi). Dari msg first day aku kenal beliau, sampai ke msg bercakaran smua ado. Adoiyai. Penuh emosi sungguh. Dah tu je. Ada orang kata "ala it just a msg" tapi bagi aku, bukan takat msg je, sbb every each words can bring up memories. Drama gila oi ayat ko. Hahaha

Pesanan dari farid: Now i decide untuk tidak mendelete, kenapa ko menyesal kah farid? err err err *kaget*

Saturday, February 5, 2011

Ekspress pergi dan ekspress balik

Assalammualaikum, ni juga salah satu n3 berlapuk tahap habuk habuk. ater gambarnya suma kat adik aku, mana aku nak cakarkannya *tetiba tringat dlsr aku yang lama terperuk lam lemari. ok ok back to story.  Bulan lepas kami seangkatan keluarga ke JB sana. Tujuan? tak dapat dipastikan. So ikut je la kut.
Seawal subuh gajah dah bergerak dari PD. Yang penting aku jadik penumpang muhahaha. Aku, parent aku ngan adik satu kete. Ibam sekeluarga satu kete.

*Kemain hepi kamu yer*

Memula pi srapan di hentian ayer keroh, Cam biasa kalau pi makan kat hentian rehat ni, mana ada yang sedap. Semua sekadar dapat mengalas perut. Settle makan trus sambung jalan tanpa henti ke JB sana, kalau dari PD perjalanan mengambil masa dalam 4 jam, kalau dari KL? ko kira sendiri. 

*Ini bukan makan beradab*

Hentian pertama adalah Jusco teberau, uih jusco ni hebat, aku siapkan war warkan pada double a, walaupon peratusan nak kesini lagi cam tipis je kan. Tapi aku tak kira, Jusco ni mmg haibat, ada calvin klein, guess, topman, semua kedai hebat ada. So aku mmg mengkagum la, sbb kat kl slalu Jusco smua cam cikai cikai je. Zas zus trus ke food court, makan tgh hari, aku tak makan heavy, sbb skarang ni rutin pemakanan aku mmg tiada ruang utk lunch. Jadi makan yong tau foo saja. Then sambung jalan, beli baju ikhwan dan sbagainya. 

*Kehairanan tgk atuknya atas kosi urut, posisi tangan tak leh blah*

Seriusnya ada empat shopping kompleks yang dihadap kat JB ni, sampaikan aku sendiri lupa apa ke namanya smua tempat tu, yang aku ingat adalah Jusco Tebrau ngan City Square. Itu sahaja. Masa duk berjalan jalan tu,  Apak aku sudah try kosi urut. Pastu dah addict plak. Ujung ujung kat metrojaya plaza pelangi aku rasa, smua bantai try kosi tu. Aku pun terjebak. 


*Kami yang satu acuan*

Ok, tetiba dah sampai malam kan, ibam sarankan makan kat Danga Bay. Semua pon cam kekenyangan lagi sbb baru membaham burger mekdi. Tapi tekak nak makan gak. So tuju la ke satu kedai makan ni, namnya bawang merah. Kut ek. Aku tak pasti muhahaha. Ada package makanan di terdiri daripada ikan bakar, tomyam, kerang bakar, sayur campur, sotong goreng tepung. Pastu up lagi rojak buah, mee rebus ngan bakso. Eh kata dah kenyang tadi kan? tapi pasti lah bukan aku yang makan, aku makan nasi pun share ngan adik saja.

*Angel Fish bakar*



*Sotong kurita goreng tepung*

*Tom yam belut*

*Makan atas kapal, satu kepala rm50. mampoo?*

Settle makan makan, meneruskan perjalanan balik ke PD, eh lupa lak nak kasik tau, masa dalam town aku memandu yer *dipaksa*. so bila masuk highway, masa aku lak nak tido sepuasnya. 

Pesanan dari farid yang kuat makan: yer ini entri paling ekspress. Muhahaha aku tak rajin nak bikin sikit sikit ye. So kasi zas skali harung. I know what u did in JB, huahuahua

Thursday, February 3, 2011

Berkursus sambil makan sambil dicerca



Sebagaimana korang sedia maklum aku ada pergi kusus admin skill kononnya di ritz carlton bersama nok. Last entri itu hari aku ada gitau aku kene buat public speaking la kekdahnya. Pitam main goreng sesuka hati, paling tak leh blah dalam bahasa inggeris. Tapi si Sheena yakni si speaker kursus itu berkata aku banyak sangat "erm", "err", kata tak buat homework kan pasti la ketaq ketaq. Tapi dia kasi kredit la katanya, aku punya projection suara (suara aku satu kampung leh dgr) dan grammar sangat bagos. Katanya la kan kut nak jaga hati aku je selepas meng hanj kan aku.




Dan korang tau apa hasilnya bila di akhir kos ni, aku dilabel sbagai Cold, unfriendly dan unapproachble. Wah konon aku blagak la sangat? Apa ko espek, takkan aku nak melompat terkinja ngan makcik makcik kat situ *sila baca sambil cekak pinggang*. Dia kata aku sangat berbeza ngan nok yang very friendly, dia tak tau nok tu gatal. *ada je modal ko kan. Defensive ni. Sesedap hati nak lauk aku, poodah.



Menu makanan yang disediakan sepanjang dua hari adalah di Star Hill gallery sana, so sbelom makan ko kene jalan dulu baru ko dapat makan. Menu hari pertama kami di bawa ke Jake's. Kedai steak ni, aku tgk menu adalah berupa package berhaga rm50 sekepala. So boleh pilih, daging, ikan atau ayam.Aku bertindak save utk mengorder ikan sahaja. sbb kalau masak daging ada kemungkinan ada alcohol. Ceh macam la masak ikan tu tak leh pakai alkohol kan. Tapi jangan risu logo halal dah terpampang kat depan kodai. Hidangan diserikan dengan sup ntah hapa dan ice lemon tea juga secawan eskrem dan roti bawang putih. Banyak sangat "dan" & "juga" ko kan.



Hari kedua adalah menu makan di Tarbush. Haa beriyani ayam dua ketol kauuu. mampu? aku bernasib baik sbb dapat nasik siket sahaja. So dengan perasaan bangga diri dapat habiskan nasi itu. Nok amek kambeng yang lembut, juicy dan tender. Ayam yang diberi dua ketol tu nak meloya bilamana usaha untuk menghabiskan nya walaupon tidak berjaya jua.


So kesimpulan nya, aku pi kusus tu dan aku rasa kusus tu tak related dengan tugas aku. Boleyyy?! Ahh lantak janji kuota kursus aku tinggal satu je lagi. Buat n3 kursus tapi satu gambar dalam klas pon tarak. Sila salahkan sheena tu sbb dia kata kalau dia nampak kami pegang enpon, dia nak rampas. Haruslah ketakutan sbb sebahagian nyawa saya di enpon buruk saya ini. Sekian.

Pesanan bg mereka yang slalu pegi kursus: Sila kaji module kursus berkenaan sbelom terkinja nak menghadiri kursus berkenaan.Ujung ujung ko nyesal tak berkesudahan. 

Wednesday, February 2, 2011

Segmen mari menyanyi: Dadali - Disaat aku mencintaimu






Dadali: Disaat Aku Mencintaimu


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi

Di saat aku mulai mencintaimu,

berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,



Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,

Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,



Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….



Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,

Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,



Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….



Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini

Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta




Pesanan dari yang kemaruk dgr lagu ni- satu hari dari pagi sampai nak tidur aku duk repeat lagu ni

kaler kaler si nyonya @the curve




Cerita ini adalah berabad lamanya. Knowing aku yang macam pak pandir manjang lupa je nak update skarang aku ingat dan aku update. Tu pun update waktu lunch hour *mati la kalau bos tau. ok ok, hari minggu yang lalu dan lalu dan lalu. Seperti biasa aku ngan double a merayap rayap di the curve. Sbenarnya baru balik dari sremban, so tak de plan mau kemana, ke the curve la gamaknya. So nak makan tgh ari sudah pening tak tau kedai mana yang menjadi pilihan hati. Jadinya ternampak kedai nyonya yang kaler kaler ni maka singgah lalu order.




Aku makan chee cong fun bersama kuah yongtau foo, dan sos cili <- cikai gila pakai sos cili je. Then air teh ais saja, dan double a amek pulut kuning bersama kari ayam yang enak. Mmg bebetul enak. Korang patut try test pulut ini, sbb kat chawan, bangsar pon ada pulut kuning, tapi tak seenak ini. *jangan saman saya pihak pengurusan chawan yer. Pulut anda juga sedap. *gigil*. Total makan makan di nyonya colors ini hanyalah RM18++ untuk dua org dan makanan tgh hari itu ditaja oleh double a, makasih.

*Pulut dah separuh baru nak snap*

Then dah selesai makan makan, aku pi gunting rambut di ikano, dah dua kali rasanya ke tempat gunting yang sama, sbb hasilnya sangat memberangsangkan. Tapi aku amek junior stylist saja, ater kata org misken, pasti la amek yang murah. Dan korang jangan lak tak tau, junior kat kedai tu pun gunting boleh tahan hebatnya. So dari aku membazir bayar extra 10 bux untuk pro stylist baik aku save dan amek junior saja. Stylist kali ini bernama Ellie, cina sabahan, sangat ramah tamah. Dan seperti biasa pesanannya, next time datang cari beliau. *marketing penting beb. ok ellie i'll see u soon ya. (gambar tak disertakan sbb aku tak nyempat nak snap)

*Straw upama mikropon*

Kalau kuar ngan aku, pasti la agenda makan makan menjadi tajuk muktahir. Tetiba dah masuk waktu minum petang. ("tetiba" katanya kan) So pilihan Double a pula adalah Papa Reach, hanya kerana beliau nak makan roti bakar. Knowing aku yang suka order yang meraban raban, trus up roti bakar bersama otak otak tanpa rasa was was. Uih mmg enak otak otak itu sehinggakan aku tak sempat nak snap gambar *gelojoh ceh. Air adalah longan milk tea, aku pernah minum suatu ketika dulu masa kuar ngan maya dan cik z. Lazat seperti selalu. 

Maka berakhirlah n3 yang berabad lamanya ini. So next entri pula yer.

Pesanan org yang suka buat sepah: Gigih aku kemas meja opis di waktu makan tengahari, habuk bertebaran disana sini. Haacchhuuummmmmm *padan muka ko*.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis