Tuesday, October 25, 2011

Susu? Bagus atau tidak?



Lemak tepu - sejenis lemak yang terdapat di dalam susu tidak berkait rapat dengan arteri koronari yang tersumbat. Kajian semula 2010 dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati tiada kaitan antara pengambilan lemak tepu dan penyebab penyakit jantung dan strok. Selain itu, penyelidik British membuat kesimpulan bahawa meminum dua gelas susu penuh sehari sebenarnya boleh mengurangkan risiko strok dengan sehingga 20%, kredit kepada kalsium, yang dapat membantu tekanan darah yang lebih rendah.


Farid kata: banyak kelebihan susu

Segmen Mari Menonton: What's Your Number?




Ok ini kes hari jumaat, gua rasa gua ingat lagi la. Hujan lebat like macam apa je. Tak nampak jalan segala, Lepas kerja gua phewit member gua mau tonton What's Your Number lakonan Anna Faris (Scary Movie) dan Chris Evans (Captain America).

Kisah ini berdasar kan dari novel buku 20 Times a Lady tulisan Karyn Bosnak. Mengisah kan Ally Darling lakonan Anna Faris yang sangat gusar memikirkan soal jodoh. Menurut majalah Marie Clair, wanita yang telah meniduri lebi dari 20 lelaki bakal tidak akan menemui jodoh langsung. 

Maka Ally berjanji pada diri nya bahawa dia tidak akan meniduri mana mana lelaki lagi. Dan jalan penyelesaian nya adalah mencari balik semula lelaki leleki yang pernah ditiduri nya supaya bilangan 20 itu melebihi. 

Masa inilah muncul Colin Shea (Chris Evans) jiran kepada Ally. Dia membantu untuk mencari semula bekas bekas kekasih Ally.

Adakah Ally berjaya menemui jodohnya? Adakah bilangan 20 lelaki itu kekal? Adakah Ally dapat mencari teman untuk majlis perkahwinan adik perempuannya? banyak naw soalan, lu orang pegi tonton sendiri.

Cerita ini boleh tahan kelakarnya, ditambah dengan Anna Farris yang sememangnya kelakar. Dan jikalau lu orang mau tgk bersama family, fikir dulu ya, sbb banyak juga adegan melucah lucah dan tak kurang juga adengan mencarut carut, sebut "vagina" macam sebut "ayam" je.

Farid kata: Bila dah taksub dengan fakta dalam majalah, ini la padahnya, chewah

Monday, October 24, 2011

Kafein mengganggu pemprosesan glukosa



Satu kajian di Kanada menunjukkan peserta yang mengamalkan ujian makanan yang tinggi lemak, tinggi karbohidrat dan kira-kira 2 ½ cawan kopi biasa, tahap gula dalam darah 32% lebih tinggi selama 8 jam kemudian daripada orang-orang yang telah minum kopi bebas kafein. Kafein boleh mengganggu pemprosesan glukosa, peningkatan gula dalam darah. Ketinggian yang biasa boleh meningkatkan risiko kencing manis, jadi elakkan kopi di waktu makan tengahari anda.

Plane Spotting: Skypark terminal Subang

Venue: Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang
Date   : 22 Oct 2012
Time   : 12 noon above









Plane spotting ni mmg best. Tapi lu orang kene ada complete equipment la like lense yang hebat gila. Kalau tak de, amek je gambar yang ada, balik nanti lu orang kasik edit sama macam gua haha.

Subang airport ni di dominate oleh firefly, sbb kompeni penerbangan yang lain semua sudah pindah ke KLIA sana. Selain firefly ada juga pesawat peribadi dan tentera udara. 

For those yang teringin nak pegi, lu orang cari jalan ke seberang terminal. Dan lokasi nya semua belakang belakang kilang dan rumah kedai. Gua nak kasi peta pun macam pening nak lukis. Harus diingatkan, sila jaga keselamatan diri sendiri sbb disana banyak anjing anjing liar bermaharajalela. Gua mmg takut anjing, so what?!

Farid kata: Next spot is KLIA

Friday, October 21, 2011

Joe Brooks- Holes Inside


Joe Brooks- Holes Inside

When all that you’ve tried, leaves nothing but holes inside,
It seems like you’re wired, to stay here held in time,
Cos nothing seems to change, oh no.
No nothing’s gonna change, at all.
I can see it in your face, the hope has gone astray.

But if you hold tight, shadows will be lost in the light.
Oh cos sometimes, fate and your dreams can collide.
So don’t walk away from me,
Don’t walk away from me,
Don’t walk away from me.
Download here:

Farid pesan: Lu orang dgr lagu ni repeatedly then lu org akan faham

Thursday, October 20, 2011

Tip mencuci muka untuk para jejaka

Penjagaan kulit yang betul memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita, lalu membolehkan kita untuk mengekalkan kulit yang bersih dan sihat. Kita semua tahu asasbermula dengan pembersih, mungkin menggunakan toner, dan berakhir dengan pelembap. Tetapi adakah anda tahu bahawa cara anda menggunakan tangan untuk mencuci muka anda atau bahkan untuk memohon pelembap boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan kepada kulit anda?


Kebanyakan lelaki membuat kesilapan menggosok dengan kasar dalam semua arah. Walaupun anda mahu pembersihan yang bersungguh-sungguh, kita tidak perlu untuk menghukum dermis. Otot memegang memori, ia mengekalkan memori struktur yang bergerak ke atas atau ke bawah. Jika anda mengikuti arahan-arahan dan pergerakan semula jadi otot anda, anda akan mengurangkan pramatang kendur dan agak kebawah.


Jadi urut lah muka semasa membersihkannya, bukan menggosoknya secara kasar.
Good Luck


Farid kata: Bahagia kalau ada orang urutkan muka gua setiap hari.

Patah tumbuh hilang berganti

*gambar ini agak mencacat, tak abis upload barangkali, kira cincai je la yer*

Selepas mengeluh beberapa kali akibat tidak menahan keberatan mengendong laptop yang beratnya 2kg, gua mengambil keputusan untuk menukar kan nya menjadi ringan bak kapas. Bukan guna ilmu hitam atau blek mejik. Tapi kasi lelong yang lama beli yang baru la. 

*i love that smell from new macbook, harummmmmm*

Setelah mengumpulkan maklumat dan membuat perbandingan, ceh macam la lu nak beli rumah banglo tiga stengah tingkat. Gua membuat kata putus untuk membeli Mekbuk air. Didatang kan dengan OS x Lion, os terkini dari Apple. Banyak juga la perbedaannya, tapi gua tak abis godek lagi. Disebab kecoh benar nak yang nipis lagi ringan bak gegula kapas, mekbuk air ini tidak mempunyai dvd rom, jadi gua terpaksa beli plak superdrive utk membaca dan membakar dvd mahupun cd. 

*Abaikan latar belakang yang serabai macam sarang musang itu*

Jadi yang baru dah dapat, yang lama? gua kasik lelong la. Mekbuk pro gua mula di jual pada harga rm2400, harga boleh nego sikit la. Kotak smua masih komplit dan yang penting mekbuk gua tak pernah mengalami sebarang kerosakan software mahupun hardware. Sangat tiptop. Walau sedih gua tetap melelong mekbuk pro itu kerana kalau gua simpan, nanti nampak sangat gua ketamakkan. Setiap yang datang pasti akan pergi, ceh poyo la lu. Ok pada yang berminat boleh hubungi gua untuk keterangan lebih lanjut ya. <-hubungi berkenaan mekbuk sahaja, kalau berkenaan jodoh bolehlah menghubungi di talian satu lagi muahahaha cibss

Farid kata: Gua dah tambah 3 bijik model pesawat, nanti gua sumbat gambar dalam ini ya

Wednesday, October 19, 2011

Dolce and Gabbana - musim panas 2011

September yang lepas D&G telah melancarkan koleksi musim panas.


Warna terang, cetakan pop art dan sneakers menggambarkan musim panas baru sahaja bermula.

Seluar skinny biru elektrik dipadankan dengan tshirt cetakkan coca cola

Seluar skinny merah terang dan tshirt kelabu cetakkan coca cola sesuai untuk bersantai bersama teman teman di waktu cuti musim panas.



Cetakkan Mickey Mouse kembali, dengan tambahan corak bintang mengingatkan pada koleksi wanita dari Dolce&Gabbana FW 12. 



Siapa kata para para sakura jejaka tidak memakai pakaian berbagai warna?

Farid kata: Kuning, kuning , kuning kalau boleh smua gua mau kuning

Wordless Wednesday 8


Boeing 747-436 queen of the sky

Tuesday, October 18, 2011

Pening pening langau sampah

Seperti tali kasut yang membuka ikatan <- (tali kasut auto)
Kami berkembang semakin jauh.<- (berkembang itu bukanlah menggemuk)
Bertentangan dengan cinta
Bukankah perpisahan;
Ia adalah sikap acuh tak acuh

Saya minta maaf, saya minta maaf, saya cuba pemisahan <- (pemisahan?! wtf)
Kerana kata-kata kejam anda telah ditimpa luka <- (seperti di timpa musibah agaknya)
Jantung sekali kasih sayang saya tidak dapat mengenali anda
Ia memberitahu saya berhenti, mari kita berpecah <- (mcm kumpulan plak)

Cinta, cinta menyakitkan
Kasih sayang, perpisahan bercakap kepada saya<- (perpisahan bukanlah individu)
Kasih sayang, walaupun aku sendirian lagi
Seorang wanita bercakap, memegang jantung cedera <- (ok ni mmg menakutkan)

Saya minta maaf, maaf, saya cuba mendekatinya
Perkara yang saya tidak dapat lakukan untuk menulikan beliau saya <-( buta tuli?)
Aku bimbang bahawa jika kenangan hilang
Saya akan hilang juga, jadi saya katakan saya minta maaf <- (kejap aku, kejap saya)

Jika pemisahan boleh membaiki hati yang dimarahi oleh cinta
Saya tidak meninggalkan anda
meninggalkan aku <- (lepas tinggal anda, tinggal aku, apa punya putar)
Saya tidak boleh meninggalkan anda
meninggalkan aku 


Farid Kata: rasa nak termeninggal baca translate ni, lu orang bayangkan gua cuba translate the whole artikel. Mmg tak boleh harap.

Tragedi Air France 447 (A330-200)


Ok disebabkan penangan hobi baru gua, akhirnya gua terjebak jugak menonton aircrash disaster di Discovery channel. Salah satu episodnya adalah memaparkan kemisterian tentang kehilangan pesawat Air France 447 (airbus 330) di launtan Atlantik. Pesawat ini berlepas pada 31 May 2009 dalam perjalanan dari Rio de Jeinero, Brazil ke Paris. 

Air France 447 membawa 12 anak kapal bersama 216 orang penumpang. Selepas empat jam penerbangan, Air France 447 hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik,  tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009. 

Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil

Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.
Pada 3 April 2011, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat. Mayat penumpang juga di jumpai di dalam pesawat.


*bahagian ekor pesawat yang mula mula ditemui*

Seramai 228 berada di dalam kapal tersebut termasuk tiga juruterbang dan sembilan krew kabin.Antaranya ialah bayi, 7 kanak-kanak , 82 wanita, dan 126 lelaki.Kebanyakan penumpang itu adalah rakyat Brazil dan Perancis. Juruterbang penerbangan ialah Marc Dubois (80 tahun) telah menyertai Air France pada 1988. Beliau melakukan penerbangan kira-kira 11,000 masa penerbangan, dengan 1,700 jam Airbus A330. Dua pembantu juruterbang ialah David Robert (37 tahun) dan Pierre-Cedric Bonin (32 tahun) melakukan 9,000 masa penerbangan. 12 anak kapal, 11 warga Perancis dan 1 Brazil.



Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.

*sebahagian bahagian pesawat yang dijumpai*

Penganalisis penyiasatan penerbangan membuat pelbagai andaian. Antara nya radar pesawat terbabit gagal mengesen ribut tropika yang besar di hadapan laluannya ekoran di halangan ribut yang kecil. Dan andaian seterusnya selepas kehilangan sistem kawalan pesawat, pesawat terbabit terpaksa menempuhi angin ribut dengan kawalan manual. Ada juga mengatakan tragedi ini berkaitan dengan pengganas. 

Pada kebiasan nya juruterbang mengunakan sistem panduan automatik. Ini bermakna, lebih kerap pemanduan  auto digunakan, lebih kurang kawalan manual dipraktikkan. Tidak semua juruterbang terlatih pernah berhadapan dengan situasi begini. Tetapi itu semua hanyalah andai kerana kotak hitam pesawat masih belum ditemui sehingga andaian andaian itu dibuat.

*Bangkai pesawat yang tenggelam di dasar laut*

Beberapa penganalisis bebas menyatakan satu satu sebab yang menyebabkan kegagalan kesemua sistem pesawat terbabit ada di sebabkan pembekuan pitot tube.

Pitot tube digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat seterusnya menganalisis pelbagai maklumat lain. Apabila pesawat berada pada altitiud di atas permukaan laut, ada kemungkinan terdapat molekul Super cold water, dimana air ini sememangnya tulen. Mungkin supercold water tersebut berada pada suhu -19celcius tetapi tidak membeku.

Pitot tiub terdiri daripada satu tiub besi kecil yang terdapat dibeberapa bahagian pesawat. Apabila molekul ini melekat pada pitot tube, ia akan membeku dan seterusnya menyebabkan ianya tersumbat. 


Setahun kemudian, beberapa bahagian pesawat mula dijumpai termasuk kotak hitam yang mengandungi mesej terakhir yang dihantar oleh juruterbang Air France 447.


*kedudukan pitot tube pada badan pesawat*



Farid kata: Rasa seram mau naik pesawat owh

Monday, October 17, 2011

Real Steel- yang wajib ditonton!



Sinopsis:

Berlatar belakangkan tahun 2020, mengisahkan Charlie Kenton (lakonan Hugh Jackman) seorang pengurus robot tinju. Mempunyai seorang anak lelaki dan kematian teman wanita nya. Hak Penjagaan Max Kenton (Dakota Goyo) di tuntut oleh makcik beliau. Tetapi Charlie yang lebih berhak mendapat kan hak tersebut menjual hak itu kepada makcik Max sebanyak USD100,000. Charlie menerima permulaan 50k dan terpaksa menjaga anaknya selama tiga bulan sebelum makcik nya datang mengambilnya.

Dalam keadaan memaksa Charlie menjaga anaknya dan pada masa yang sama beliau menanggung hutang akibat kekalah demi kekalahan dalam pertandingan tinju robot. Robot pertama nya bernama Ambush teruk di belasah di gelanggang haram dan selepas menerima duit hasil penjualan hak penjagaan ke atas Max, Charlie membeli Noisy Boy dengan harga 45k. 

Noisy boy di anggap legenda kerana telah banyak memenangi kejuaraan, tapi malangnya Noisy boy di anggap robot petinju buangan kerana memenangi kejuaraan luar dari US. Noisy boy di anggap canggap kerana mempunyai kawalan suara dan tidak memerlu kan alat kawalan untuk mengawalnya.

Tapi malangnya Noisy boy juga menerima nasib yang malang kerana Charlie tidak begitu mahir menggunakan kawalan suara tersebut. Lalu dia bersama Max ke tempat pembuangan besi untuk mencari bahan membaiki robotnya, dan secara tidak sengaja Max telah berjumpa dengan Atom, sejenis sparing bots, G2 keluaran 2014.

Atom lebih kecil dari kebanyakkan robot tinju. Digunakan untuk latihan. Biasa menerima pukul dan jarang membuat pukulan. Tapi Max percaya dengan kebolehan Atom tapi tidak pada Charlie. Setelah di baik pulih. Atom berjaya menunjukkan perubahan, perlawanan demi perlawanan, Atom terus menang sehingga membawanya ke dalam WRB di mana semua robot petinju profesional beraksi.

Lawannya pada pusingan terakhir adalah Zeus. Sebuah robot yang tidak pernah dikalahkan. Adakah Charlie, Max dan Atom berjaya menjuari WRB sekali gus mengalahkan Zeus? sama sama kita saksikan di pawagam berdekatan anda.

Ambush hancur di kalahkan Black Thunder

Noisy boy (kiri) vs Midas. Noisy Boy kalah stret set

Atom menentang Zeus dalam 5 round. Hebat!


Dakota Goyo sebagai Max

Farid kata: Dah rupa macam ESPN plak ulas game tinju

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday 7


Farid nak kata jugak walaupun wordless: amazing, amazing and amazing!

Tuesday, October 11, 2011

Ini entri sumbat sumbat

First thing first gua memang tak tau nak taip apa. Nak update cerita makan makan, smua gambar stuck dalam fon lalu tak boleh di transfer kerana bluetooth di pc ofis gua rosak. Kantoi disitu. Gua transfer gambar je, kerja kerja menaip gua bikin di rumah.

Second, gua akan lelong macbook pro gua, beserta ipad. Ini bukan tindakan nekad atau terpaksa kerana ketiadaan wang atau dana. Ini adalah tindakan meningkatkan taraf kegajetan yang ada sekarang. Serius gua tak amek dadah, tapi gua rasa gua merepek macam orang lalok ni. Lu orang baca diam diam saja.



Third, Gua maju setapak lagi dengan hobi baru mengumpul model kapal terbang, dan langkah seterusnya gua sudah punyai gobok kaca seberat 40kg, memang rasa nak mampos masa pikul gobok kaca tu dengan member gua. Ada la gua carut sikit sikit. Tapi gua rasa ikeya tu macam tipu jugak la, ada label kat contoh gobok tu tulis "FIT IN KANCIL" tapi gua sumbat dalam kereta gua, masih juga tak muat. ATAU, gua kene tukar kereta beli kancil juga baru muat?! Jangan coba coba tipu pembeli kerana ada akta yang melindungi pembeli.


OK dah setakat itu sahaja yang gua ingat mahu di update, jikalau ada perkara berbangkit yang gua lupa kemaskini, later later gua update lagi. Ciao Bella

Farid kata: Kesabaran itu mudah, tapi tak semua orang mempunyai nya.

Thursday, October 6, 2011

Thank you steve

Apple Headquarters California

Apple Store Center Sydney


Apple Store West 66th Street, New York

Apple Store Seoul

Apple Store Santa Monica

Apple Store Shanghai

Apple Store Boston

Apple Store Glendale, One of the first to open.

Machines Mid Valley, Kuala Lumpur

Machines KLCC Kuala Lumpur



Farid kata: Sekarang masanya untuk Apple bergerak tanpa Steve Jobs. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis