Monday, May 27, 2013

Concorde KLIA


*Masa nak cek in, ramai orang Thai, masa nak cek out ramai Negro*

Ok mmg lama tak update, sbb nya gua malas nak taip dan malas nak upload gambar. Ni cerita last jumaat yang lepas, gua folo Kemal ke Klia, nak menghantar ibunya mengerjakan umrah. Hari jumaat pas keje terus pi amek kete kat umah kemal lalu terus ke Klia. Yer jalan adalah hazab api meraka, jammed di sana sini. 

Sebelum tu Kemal dah booked kan Concorde, katanya flight ibunya esok awal subuh gajah, jadi agak kepayahan la nak bangun lalu mendrivekan diri ke Klia. Jadi amek hotel sini, terus settle pelbagai aspek.

Oh Concorde ni ada promo, rm250/night plus breakfast for 2. Jadi malam tu dengan baju keje, cek in, pi bilik campak beg, lalu terus ke Melting Pot nak makan malam. Pastu gua adalah mengorder set bento, kemal makan burger. Harga makanan adalah tidak lah pricey mana pun, kira ok ok je la.

*bukan makanan*

Pastu balik bilik mandi manda tgk movie kat tv, Kemal dah lama berdengkur. Agak agak dah tgh malam aku pon membuta la. Pastu sedar sedar dah pukul 9am! Kemal dah pegi tanpa kejut gua, pastu tinggai note. Sekian, gua bangun mandi mandi main game kat ipad, pastu Kemal call dah ada kat lobi mau bekpes. Ye bekpes kat sini adalah meriah. Banyak makanan. Ada western, ada irama malaysia, ada waffle la bagai. Pastu dah kenyang balik bilik kemas baju cek out then terus balik PD, oh yer, highway PLUS ada jammed macam ke hapa so, ikut jalan labu sendayan, aman damai tak banyak kete. Tau tau dah sampai pd. 

*set burger kemal*

*jus buah yang bottomless, paling kuat gua minum dua gelas je*

Now days nak amek gambar makanan rasa satu macam kejakian. Ye la, lam paper ada cam kata spesis yang asik amek gambar makanan ni ada nama penyakit nya. Err err err #buatbuatpengsan

*Sarapan pagi, ni baru pusingan pertama*

ok dah tu je cerita konon konon nak hantar orang pi umrah, ujung ujung tido tak bangun bangun. Pengajaran ayat , sila kunci jam kat enpon canggih tu. #tarikrambutsendiri, ok bye

Farid kata: Jenuh lapan ratus kali buat kira kira nak melancong, tak juga jumpa jawapan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis