Ok sambung lagi, ni cerita selepas snorkeling. Kenapa gua skip cerita snorkeling? sbb gambar ada kat adik gua. So redho dulu. Nanti nanti gua kasik masuk. OK. Lepas pulang dari snorkeling. Memasing dah kelaparan tahap camna ntah. Lapar menggila. Pastu balik umah mandi manda, terus pi makan. Smua pun amek nasik macam tak makan seminggu.
Pas makan, kemal dah nak balik bilik, nak sangat tidur katanya. Yer beliau adalah juara tidur ya. Jadi, gua, apak gua, adik ngan shila terus ke jeti, saja amek angin dan bagi ikan makan untuk sekalian kalinya. Petang tu cuaca mmg panas membunuh. Balik dari jeti singgah kedai makan abc, niakmat. tp gua hirup sesikit je la, atteerr bdn sudah tunjuk tanda nak demam. Oh kedai ni juga jual grg pisang.
Petang tu, gua, adik ngan shila sambung lagi snorkeling, tapi berdekatan resort je la. Air surut hazab kau nak snorkeling. Bila nak meniarap, perut kene sagat ngan batu. Kelas kan? Kemal masih tak sedarkan diri membuta. Apak gua pun ikut sama tido jugak. Pas dah abis snorkeling. Balik mandi manda, pi makan. Ni je la aktiviti kat pulau ni. Makan, snorkeling, tido.
Masa snorkeling disiang hari tu, mamat yang jaga umat umat bersnorkeling ni ada la snap few pics. Iklan jap: cuba banyak kan, korang feel feel menyelam ni, nak capai ikan ikan yang ada, tetiba muncul umat dari dasar bawak kamera?! terkejut monyet dan terus pose pose. Pastu jika korang ada terperasan mamat ni ada amek gambar korang, sekembali ke daratan, korang boleh ke kedai foto ni untuk pungut dan bayar gambar itu. dah siap print saiz 4R hanya rm15. Gua amek je la skeping. Kemal sapu sampai 3 keping. Haibatt
Nampak tak ada skrin lcd kat situ? haa gambar smua kuar kat situ, korang petik je no berapa, apek tu cuci, within few minit gambar dah siap. Senang. Tapi tak tau la samada apek ni leh bagi yang digital copy atau tidak.
Pas dah amek gambar singgah minum plak, haaa hebat kan? baru pas makan, dah nak mengeteh plak sambil tgk tv. Dah resort bagi empat channel, yang tak best. Tak dapat tgk berita langsung.
Ni adalah rupa paras resortnya. Konon feel like atas paya la kot. Tapi okay je, tak de nyamuk. Tapi apak gua siap beli shieldtox nak sembur nyamuk katanya.
Sebelum sampai umah, lepak pulak terpi pantai, susun kosi pastu duduk sambil makan koci. Apak gua duk cerita perihal politik, agama dan cerita pasal kapal terbang. Pastu balik umah tido la, dah ngantuk bebeno sbenarnya. Esok dah nak pulang, ferinya jam 930am katanya.
Farid kata: Payah bila gambar dah terabur disana sini. Nak taip cerita je tanpa gambar, mananya mau. So bersabar lah sambil mengumpulkan segala mak neka gambar yang ada.
No comments:
Post a Comment