Thursday, May 23, 2013

Oh Tioman 4


*Kemal nanges nanges nak tinggalkan Tioman*

Ok dah nak sampai penghujung pun cerita ni. Masa pagi Jumaat tu, sudah bangun awal, lepas je solat subuh, terus sesiap nak pi breakfast. Gara gara nak kejar feri kul 930am katanya. Pas makan makan, terus Hantar bag bag untuk diangkut ke Jeti dan lalu kami kami ni semua berjalan kaki lah ke Jeti tersebut. 915am camtu dah ada kat jeti.

Orang punya lah meramai cam tehapa. Smua pun nak balik lah agaknya kot, penuh lah jeti tu ngan umat yang nak balik, yang nak snorkeling bagai. Tunggu punya tunggu 1030am baru sampai ferinya. Sejam lambat?! pastu dah pusu pusu masuk, skali ko tak muat, siap ada yang berdiri, dan yang berdiri tu antaranya, kemal, adik ngan shila. Gua ngan apak gua dapat lah duduk di celah celah mak saleh.

Ajerr gila sejam lebih punya perjalanan nak berdiri?! pastu feri pun jalan lalu benti kat jeti Genting, pastu kat situ ada lah feri yang lain, yang berdiri diri di arah kan pindah ke feri sebelah. Makanya terpisah lah kami. Ok la tak pe la kan, janji yang penting dorang selamat dan selesa. 

Settle satu bab, baru nak duduk pejam mata, skali mamat yang keje ngan feri ni mai nak cek tiket plak, muka bengis abis, walaupon kau kemetot je dari gua. katanya "bang tiket bang" gua jawab "erm tiket kat member yang naik feri sbelah tu" lalu dia pon roger roger berwalkie talkie ngan member dia kat feri sebelah, lalu "ok bang" sib baik, kalau tak pasal kene bayar rm70, yer feri ni sehala rm35 seorang yo.

Cuma yang bestnya feri ni adalah laju. Kira cam jimat masa la jugak. Tapi tu la, namanya pun feri, asal atas laut mesti la pening mabuk mabuk. Tak pe la janji sampai. Few hours lepas tu, sampai jeti dan pungut beg terus ke kereta, singgah makan ntah kat mana ntah pastu stret terus balik PD. Fuhhhhh dah ujung ujung cerita jadik ekspress kan. 



*Kami geng divers katanya*

So alhamdulillah kami kami ni slamat pergi dan slamat pulang. Pada lu orang yang ingin ke Tioman adalah disarankan, tapi jikalau ingin pengalaman snorkeling yang maksimum dan hebat silalah ke Redang, ini kerna Redang adalah best spot di semenanjung ini. 

Ok dah abis ye cerita ni. Leh sambung cerita lain, babai

Farid kata: Sikit malas mau naip

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis