Thursday, May 2, 2013

Keimanan yang tidak beroperasi

"Apakah tanda keimanan yang tidak beroperasi?"
  "Ada beberapa"
"Mengapa penting untuk kita mengetahuinya?"
  "bagi mengukur diri kita"
  "bagi melihat keadaan sebenar diri kita"
  "bagi memerhatikan apa yang perlu kita buat pada diri kita"
"sekiranya tidak di ambil peduli?"
  "Terpulang, tetapi selagi saya masih hidup, saya berusaha membangkit hal hal ini bagi peringatan diri ini dan    juga orang lain"

Satu petanda bahawa iman tidak beroperasi adalah kita tidak mampu melakukan amal kebaikan. Kita merasakan keluar dari kesenangan dunia adalah kepayahan, menyebabkan kita berasa tidak perlu amalan tambahan.

Akhirnya kita duduk diatas dunia initanpa melakukan kerja kerja kebaikan, sama ada untuk diri sendiri mahupun masyarakat. Tolakan keimanan adalah perkara yang diperlukan, kerana melakukan amalan bermakna pasti perlukan pengorbanan masa. Kemungkinan melibatkan pengorbanan harta, bahkan ada yang beramal sehingga mengorbankan nyawa, iaitu jihad di jalan Allah. Ini kerana, keimanan adalah keyakinan bahawa semua pengorbanan itu ada ganjarannya. Semua amalan itu ada kebaikan nya. Hilang iman, menyebabkan kita tidak bersemangat dalam melaksanakan perkara perkara kebaikan. Kita berasa berat, kita berasa lemah. Lebih buruk, kita merasa semua itu membazir masa kita.

Bab 24, Untuk Kita Pendosa
Hilal Asyraf
muka surat 116

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis