Monday, May 13, 2013

Oh Tioman 1

PERINGATAN: Gambar gambar smua kualiti cam keharom, ini kerana saya membawa kamera tapi tertinggal memori kad. Jadi smua gambar snap pakai enpon lalu pecah pecah. sekian makasih. Sila jangan carutkan saya.



Ok itu hari tetiba adik sudah ajakin ke Tioman sana. So bincang bincang zoomm sepantas moto ex5 gua pi amek pakej tioman dimana merangkumi, tiket feri pegi balik, bilik, makan untuk 3 hari dan snorkeling. Nama resort nya adalah Paya beach resort. bajet bajet sorang lebih kurang rm350. depend pada berapa orang satu bilik yo. Jadinya yang pegi itu adalah apak gua, adik, gua, Kemal ngan Shila yakni kawan adik. 


Bajet bajet baca lam tenet dari kl ke mersing adalah 4jam katanya, so dari PD mungkin kurang sikit dari itu. Katanya la kan. Kuar umah jam 6am, ferinya jam 10am. Sekali tak sempat kauu, kul 10 baru kuar ayer hitam. apa laga menggelabah monyet la, kol kol sib baik apek feri tu kata leh forward ke kul 12pm, fuhh lega, ini kerana jadual ferinya ada dua je, kul sploh ngan kul 12 je. Oh ada tempat letak kereta which is aku rasa selamat la jugak, bayar rm30 untuk 3 hari. Thanx to kak nana yang memberi penerangan terperinci pasal park kete tu. Aterr cuak kot nak tinggal kete tuk 3 hari kan.



Ferinya adalah takde la besar mana, pastu ntah camna gua leh port depan aircond, kejung muka jadinya. Ikut pada apek tiket tu, perjalanan adalah mengambil masa 1 jam 25 minit, tapi tu smua propaganjil je, dua jam kau nak sampai ke tioman. Feri tak berapa nak laju. Aterr nama pun feri bukan speed boat. Feri yang kami naik ni ada tiga perhentian, pertama Genting, kedua Paya dan ketiga Tekek. Nama resort pon dah Paya beach, jadi benti kat paya la. 


Setelah dua jam kejung duk depan ekon, dan dihurungi nyamuk yang ku tak berapa nak faham mengapa dalam feri perlu ada nyamuk, akhirnya sampai la ke Jeti Paya ni. turun turun je, tgk air laut oh awesome nyaaaa. Jernih kristal katanya.


Lepas dah pungut beg beg yang ado, ada mamat naik moto tenggiling (moto roda tiga tu) mai tolong bawak beg tu, sbb resortnya kene jalan sikit la. pastu cek in, pastu hantar smua beg. Pastu kluar makan tgh ari, sbb resort ni start pakej makan nya belah malam yo. Jangan risau sbb kat situ ada tiga pat kedai juai makanan. Insyaallah tak de yang tekorban akibat kelaparan yang melampau.


Tak banyak sangat pon aktiviti nak buat petang tu, sbb panas nya ya ampon. Balik bilik, tido la, dah bangun kul lima pagi katanya. ok la sambung yo..

Farid kata: Gambar tak berapa nak ada, jadi gua kasik letak mana mana yang ada je la ek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis