*Tak mo minum susu tapi nak air bena pulak*
Last weekend gua menemani apak gua ke Klang untuk mangkah. Gua adalah tidak mangkah yo. Jangan tanya kenapa. Pastu dari Klang stret balik PD tanpa rasa berlengah lengah. Pastu lepas isyaq duduk depan tv tgk keputusan mengundi. Sambil sambil tu, adik menggoreng fries juga prata. Macam kan nonton wayang.
*kata ikhwan "pak long, jom pegi masjid" alhamdulillah*
Dengan konfidennya tgk tv till 3am. Konon like ada la umum cuti ke apa, nan adooo la sampai sudahnya. Pastu ikot jadual biasa, kalau dari pd, kene bangun sekitar jam 4am. Tapi disebabkan baru je tido half an hour. Jadi tiada kata lain melainkan, gua mengishtiharkan cuti untuk diri sendiri. Kemal pula ber-mc. Siang Isnin tu adalah membosan kan, lepas teman pi klinik sbb sakit gigi katanya, gua ke pasar beli bunga untuk di bawa ke kubur arwah mama lalu ke Mc D tapau ikhwan punya hepi meal, pastu pikap ikhwan kat tadika. Petang sikit baru lah ke kubur sbb dah redup sikit.
*Semangat nih, kepala menegak kemain*
So arini selasa adalah bekerja sehari sahaja demi mahu bercuti dari rabu hingga jumaat mau ke Tioman, dan the best part package Tioman tak confirm lagi. Boleh camtu? lol itu sahaj. Kot la kalau gua rajin, gua update yo. Bye
Farid kata: Senyum je la, tu je yang mampu dan tidak menyakitkan hati.
No comments:
Post a Comment