Friday, August 30, 2013

Gundam AGE : 14 G- Bouncer



ok berbalik pada cerita memasang Gundam dengan jayanya. Ini kali gua memasang Gundam Age no 14, G Bouncer. Most of the part adalah bewarna putih, Sikit boring. Oh ya model ni di beli di Parkson Sg Wang, dan yang paling bullshit, ianya tak de diskaun langsung. Jadi harganya adalah rm88. Model ini jika di beli online, anda perlu lah menunggu sehingga stok tiba. (back to back order)

*Partnya adalah banyak sedikit banding dari model yang gua pasang sebelum ni, dah la semua kaler hitam putih je, sikit bosan memasangnya*

*Bahagian kakinya adalah sama shape dengan Gundam Age 1 Spallow itu, runcing je, jadi nak bikin dia tegak berdiri agak sedikit mencabar*

*Hujung shield je kaler hijau, ciput je*

*Bahagian belakang nya yang ala ala boleh dikepak kepak, satu hal juga memasang nya*


Disebabkan farid ni mmg kurang menyabar, lalu tidak membijakkan diri, lalu dia beli juga model ini pada harga biasa. Nasib kau sana farid. Oh ya G bounce ni ada beberapa upgrade. Jadi gua beli yang model paling hebat. Hebat kata kauuu. 

Dua model yang gua beli online sudah pun sampai, nanti dah pasang, gua update lagi. Yang lain nya kali ini, gua beli dua model watak jahat, sekor tu rupa cam dinasour dan sekor lagi pilotnya adalah bapak segala penjahat. 

Farid kata: Sib baik lah manusia di sekeliling gua ni tak sejahat watak lam Gundam Age ni. motip bezakan kejahatan katun ngan manusia?! 

Thursday, August 29, 2013

Mari berhari raya

*Ntah apa yang dibincang anak beranak ni, yang penting angpau yang banyak banyak tu gua tak dapat satu pun, (amek hujung langsir kesat airmata)*

Ok ok gua agak ketinggalan, raya dah nak abis, gua baru nak update cerita. Tapi lantak sana, janji update jugak. Ok, sehari sebelum raya gua adalah bekerja, jadi gigih menempuh jammed nak balik ke PD, walaupun sejengkal tapi 3 jam okay nak sampai. Malam raya, adik dan makcik makcik gua pi beli beli di Senawang sana, gua? kul 10 dah tido yer. Bukan letih bekerja tapi letih memandu, dari highway nilai tak pasal pasal gua lalu kut klia sana, sib baik hapal sikit sikit jalan sana.

*Kira untung la ni pos pos peace je, kalau tak asyik pos ultramen nebius, eh camtu ek eja nebius?!*

Pagi raya cam biasa, bangun pagi pagi tapi kali ni lah lewat ya, sbb mungkin masing masing memperingati diri sendiri yang mama sudah tiada lagi nak kejutkan kami smua bangun. Jadi semua bangun ikut jadual. Pastu ke masjid Telok Kemang bersolat raya, balik dari solat terus mintak ampun sama apak gua. Ya la orang kata nak mintak maaf tak kira waktu, takkan nak tunggu raya saja kan. Salam salam peluk cium apak gua, dalam tu sedih la juga sbb membayang tinggal apak gua sorang saja tahun ini. 

*Cam salam sultan gayanya*


*Turn Ibam plak, mintak ampun*


*Jalina si menantu pula mintak ampun, kelas kau selipar sepah sepah dalam umah, omputih ke korang ni pakai kasut lam umah?*


*Ni paling paling perlu mintak ampun lol*


*Penutup cucunya pula mintak ampun, walaupun salam macam nak pegi skola je*

Oh tahun ni, ada dua family auntie beraya bersama, Meriah juga. Dah selesai smua mintak maap, pastu adegan agihan duit duit smua. Mari makan, yer mmg lapar bener. Tahun ni apak gua masak, Lontong, Rendang ayam ngan daging kicap. *telan liur masa naip. Pastu ada nasik impit, ketupat ngan lemang. Satu gambar makanan pun gua tak snap, keji la kau farid. Ada la yang datang beraya juga. 

*Ini Uda dan Ateh saya, yakni makcik makcik gua*

*Ateh dan cucu nya nan satu, Dian*

*Ujung belah kiri adalah tasya, diikuti Cikgu Ani, yang berbaju merah itu Nasa yakni suami cikgu Ani dan diikiuti Pijan, mereka ni smua adik bradik*


*Apa yang cuba ko lakukan ni dik?*



Pastu dah selesai smua yang beraya pulang, kami kami smua pula berkemas kemas nak ke Klang sana. Selalu raya kedua baru kami kesana, tapi tahun ni, apak gua seraya bertitah nak balik ke sana petang raya pertama. Kami akur je, takde hal pun. Oh apak gua asal sana. So kampung nya disana la takkan di Bangkok pula.

*Ini Tasya atau lebih dikenali sbg Bab, bukan bab buku chapter ke apa yer*

Errr balik Klang tu gua ada bawak kamera, tapi ujung ujung terdampar sepi dalam kete, malas nak pegang kamera, kang nak makan smua jadi payah. Ye gua sangat femalas. Even kat enpon pun tak snap pape. Usai melawat beberapa umah, ke KL menghantar Ateh sekeluarga pulang dan kami pula pulang lah ke PD sana. Keesokkan hari nya nak reronda JB.  (terus belek kamera, ada ke gambar pegi JB? kalau tak de ada harapan tak yah cerita la ek, alasan sesaja)

*Ujung ujung snap muka sendiri, Lame sungguh*

Selesai lah cerita raya pertama gua. Entri ni tak de sambungan sampai raya ke lapan belas ke apa yer. Jangan pulak nanti ada yang cuba cuba hanjengkan gua sbb cerita tergantung ke apa. Tak tergantung pun cerita ni. Perenggan ni kira penutup karangan. Boleh? Ok bye

Farid kata: Pilih gambar randomly je la, kot kalau ada terjumpa nanti gua sumbat je dalam ini ya.

Wednesday, August 28, 2013

Kisah meja cantik, air hilang pedoman dan tikus kaberet


*Siap ada peluh peluh tu, hebatnyaaa*

Tadaa nak cerita pasal makan makan pula. Last week adalah satu kegilaan meminum each a cup, fruit yogurt campur fruit jelly, tapi bukan es bended, ni air je. Nikmat je hingga terpejam pejam matanya. Akibat dari mengikuti nafsu, tekak jadi sakit, tapi takde la bertukar suara jadi suara yusni jaapar tertelan jangung. 

Bersih sesuci cintamu kan? *sambil ketuk ketuk mic, sedia nak nyanyi lagu tok ti, sesuci lebaran

Pastu, kan opis buat makan makan raya, jadinya meja gua ni adalah dilaluan utama, kene la kemas kemas kasik cantik cantik sikit. So formula gua berkemas senang je, kaut satu meja masuk kotak, pastu kalau nak apa apa kendian kita punggah balik. Dua kali keje akibat sifat malas malas unta. So bila dah terang dan bersih lagi suci murni meja tu, jadi bangang plak, sbb masa kemas dah terbungkus skali ngan kertas keje. Dah la malas, tak bijak pulak tu. Nasib nasib.

Hot chocolate bagus, gua saspek dia pakai mesin

Cerita berkisar hari minggu yang lepas. Di windmill seremban 2, yer kedai ni menyimpan kenangan yang sangat berharga yer, ini kerana, tempat ini adalah tempat makan terakhir arwah mama sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Masa apak gua cakap nak pi Windmill Semban 2, gua cam terkesima, sbb apak gua selagi boleh sebelum ni tak mo pegi situ, sedih barangkali, mengingati kali terakhir makan malam sama arwah mama. So bila dia sebut nak kesitu, gua setuju sahaja. Mmg sikit lain sbb asal gua ke sana mesti ada arwah mama. Life goes on. Move on farid.

Spageti ok ok la, cukup syarat

Oh lupa cerita, walaupun meja gua bari dibersihkan, tapi opis gua masih huru hara kisah tikus berjoget dalam opis, dah pasang gam perangkap, masih tidak berjaya menangkap nya. Apa ke payah benar nak nangkap tikus ni. Jadi saban hari hidup kami diselubungi ketakutan. Gua rasa umpan dia tak berapa masyuk la, esok nak letak umpan beriyani ayam madu insaf, kuah dal lebih sebagai umpan, nnt gua update mengena ke idak perangkap itu.

Farid kata: Disebabkan tikus, mood kerja gua merundum. walaupunnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Tuesday, August 27, 2013

Open Opis Raya = OOR

*ada beskal kecik skali tau, *jeling tajam kat mayah sopiah*

Skema tajuk nya, hari senin yang lepas, department gua bikin sambutan hari raya peringkat kebangsaan. Tahun ni cam spesel sikit sbb? sbb gua pakai baju melayu yo. Kononnya la gigih usung baju melayu dari umah, iyo gua tak suka pakai baju melayu sbb cam panas. *lempang diri sendiri. Kalau musim winter mmg sesuai benar berbaju melayu. *Tarik rambut kak tin

Jemaat sebelum tu gigih la pi mencantik kan opis. Panjat sana sini gantung apa apa yang patut *gantung diri. Tampal itu ini. Tapi cantik la jua takde la cantik kebaboom.

*Ada kuih raya, jangan main gila*

Banyak juga menu dipersembahkan. Mampu kau guna words persembahkan macam santapan diraja. Pastu ada adegan bergambar tanpa sempadan. Ni gegambar ni semua adalah dicilok dari fb ikhwan, dan gua punya fon terperangkap dalam drawer, dan disebabkan bos besar memotong kek di meja gua, so gua tidak mampu melakukan apa apa. Jadi untuk gambar lebih lanjut nanti gua cilok dari zerul plak. Matik la hidup mencilok gambar orang sesaja. 

*Dari Kiri, Kak Cardiff, Abg Mazidul, Ketua Zapin Parit Raja dan Farid mata tak nampak*

So konklusinya, makan makan ni adalah meriah walaupun pada mulanya tak leh bising bising katanya. Dan tambah best dapat ajak kengkawan department lain makan skali cam mayah sopiah dan bos nya kak as, nok gemok  ngan kak ayu. 

*Berdiri dari kiri, Anis Mandagi, Ketua Zapin Parit Raja, Aida, Zul Lancer dan sekali lagi Farid tak nampak mata (macam orang buta)*

Tahniah pada pasukan jabatan kerana berjaya merealasassisiakan majlis ini. Farid bodo gila tak reti eja realisasi. Semua orang hepi kira berjaya la tu, syabas yo. Dah pi buat keje, jangan baca blog je.

Farid kata: Lambatnya la hoi nak sampai weekend.

Tuesday, August 20, 2013

Gundam Age: 07 Gundam AGE-1 Spallow



OK ni model gua beli di Jusco Mid, kat sana pilihan adalah banyak, and plus smua model ada diskaun 20% juga. So this model cost only RM57 lebih kurang camtu selepas diskaun. Kenapa farid tak beli dalam website je? sbb farid adalah bukan penyabar punya olang.

*Ini kali punya part banyak kaler biru plak, sikit keseronokkan nak memasangnya*

Mengikut cerita yang berepisod episod tu, model ini adalah upgrade dari model Normal yang sbelum ni gua pasang. Base badannya adalah sama, cuma beza bahagian tangan dan kaki. Paling ketara adalah bahagian kaki yang lebih runcing. Bahunya cam meninggi. 


Disertakan dengan pedang ketot, tapi yang tak paham tu, perlu ke kau bagi sticker untuk menampakkan pedang tu kaler hijau cair? tak boleh ke terus terus print je kaler tu?! bila dah tampal sticker dah rupa cam tehapa. Ke gua yang tak pandai tampal?! eh whateva.

*bahagian blakang yang masih berkonsepkan bontot kete dimana ekzos dan spoiler masih kelihatan*

Gua membuat fakta sendiri, yang perkataan "Spallow" itu adalah berasal dari perkataan "Sparrow" di mana orang jepun kepayahan nak menyebut "R" jadi spallow sudahnya. Ini gua agak agak je la ek.



Tetiba ada gambar bandung 3 layer. Ni masa pi makan malam minggu ngan adik ngan shila. Dia punya kemanisan mmg tahap potong kaki la. Manis melecassssssssssssssss


Diakhiri dengan gambar amni selfie, eh tak tipu je, gua yang snap kannya. gagagaga

Farid kata: Berjanji pada diri sendiri, bulan depan baru beli Gundam lagi. Itu adalah janji.

Monday, August 19, 2013

Gundam Age: 01 Gundam AGE-1 Normal




Aritu kan gua ada cerita gua beli Gundam online kan? Pastu cam bertawakal je la, kot sampai ok la, kot tak sampai redho. Pastu gua ada la baca lam site tu sendiri that all komen smua bagus bagus. So dengan yakin gua beli. Disebabkan gua tgk Gundam AGE ni kat youtube yang ada sampai 30+ episod, so sebulat hati gua berazam kumpul sejumlah 30++ modelnya. Harganya jauh lebih murah jika dibeli di pasaraya. Walaupun pasar raya dah bagi diskaun 20%. But still dalam site boleh dapat rm44 sahajaaaaaaa.

*Ini adalah model berskala 1/144, jadi kalau dah start beli 1/144, sila ikut je skala tersebut, lagipun yang besar besar adalah mahal sampai ratus ratus sbijik*

Ok so ambil yang no 1 punya model, kat mana nak tau no nya? tu belah bawah kiri tu ada nombornya, so ni model yang basic, kira kira hero pertama la, sbb dalam gundam age ni ada 3 jenis hero. Gundam Normal age 1, Gundam normal age 2 dan Gundam normal age 3, so setiap age age ni ada la upgrade nya. Nnt gua cerita lebih lanjut. Model ni cam susah nak dapat kat pasaraya dah, kat sogo tarak, kat JJ ada tinggai sekotak dua je. So kita zaass yang ini. Jadinya within 2 days dah sampai dan serious dia punya packing mmg baguih. Siap bubble wrap bagai. pastu di masukkan lagi alam kotak yang lain. Kira kuranglah peratusan rat dalam tu nak patah semasa penghantaran. Syabas.

*Berpinau bijik mata tgk part banyak banyak camni*

Disebabkan gua dah memasang dua model sbelom ni. Jadi tidak lah merasa teragak agak lagi. Dengan keyakinan nya memasang. Ambil masa kejap saja. Sbb dah dapat gambaran. Cuma cuma cuma, kan ada bahagian yang melekat kat rangka plastik yang harus dipatahkan tu kan, ia nya akan meninggalkan bekas patahan disitu. So agak kurang molek la. Tapi tak pe, gua ada beli pisau dan playa. Cam kan expert gila kan?

*tgk bahagian tapak kakinya, kan ada macam serpihan tu kan? sangat tak cantik*


*Bahagian belakang nya cam bontot kete siap ada ekzos ngan spoiler*

So receive this gundam pagi tu, bila lunch gua bantai beli lagi satu model, kira abis hebat la ni nak pasang terus skali harung. Nnt gua update next entri pula ya. ok bye

Website nya adalah : www.gundam.my

Farid kata: Terus terang tu mmg payah, tapi itu perlu

Friday, August 16, 2013

Gundam: 0 Gundam- GN 000


*Jam itu adalah untuk mengukur masa yang diambil ya*

Haa itu hari ada beli Gundam ni, murah saja, tapi beli kat sogo la dengan diskaun sebanyak 20%. Nak memasangnya pun senang je. dalam sejam sengah je dah siap pasang. Mungkin part dia cam besar sikit. but still bahagian tangan adalah paling menguji kesabaran. Tapi disebabkan ni model HG (high grade) kedua yang gua beli, so dah dapat sikit sikit gambaran la camna nak pasang. 


Model Gundam ni adalah dari series tv Gundam 00. Rasa pilotnya adalah pompuan and no wonder ianya datang dengan kepak kupu kupu mariah carey. Yer yang model ni siap berkepak bagai. Tapi gua pasang untuk tangkap gambo je la ek. Tak de la plak nak display pun pasang gak, cam makan banyak ruang la piula. 

*spread ur wing and prepare to fly, for u have to become butterfly lalalalala katanya sambil terbang terbang*

So gua adalah membeli online Gundam Age - Normal 1 didalam talian murah lagi dari di beli di Sogo atau mana mana kedai action figure dan semestinya adalah dari Bandai, tapi tak sampai sampai lagik. Ia dalam kategori yang sama yakni HG 1/144. Apa HG 1/144 itew? next entri gua kasik hurai smua kategori gundam ini ya. 

Ok bye

Farid kata: Dah terbayang nak lemari kaca satu lagi, previously ada beli tapi dah penuh ngan model kapal terbang plak.

Wednesday, August 14, 2013

Gundam vs sandwich vs nasik lemak



Hello bertemu lagi, *omputihnya rasa. Ok ok pas pas raya ni kan, kedai makan banyak tutup kan, jadi nak mencari kedai makan yang beroperasi tu agak leceh. Jadi tanpa berfikir panjang, terus terus nak makan subway. Masa bulan posa itu hari, slalu lalu je depan subway, so lepas posa kita balas dendam la balik. 


Pastu singgah sogo, sbenarnya saja je nak jalan jalan kan, tetiba pling rasa nak pasang Gundam plak. Ye la gua agak kegilaan memasang bendalah ni, sebelum ni beli model yang murah murah dan senang dipasang. Pastu naik kat tempat toys, haa ada diskaun katanya, tanpa berlengah jom beli, tapi nak beli yang mahal sikit tapi tak de la sampai satus pun. Konfiden ni, senang pasang. ini adalah model yang ketiga gua beli.


Dah sampai umah ni, teruja bagai nak rak ni, nak memasang. Dalam kotak fikiran, kompiden yakin kacang. Skali bila bukak, haaa amek obat, nanges dalam hati tgk part nya. Banyak kot oi. dua jam sengah ye nak masang bendalah ni. Satu tips untuk korang yang ada niat nak beli model model kayak gini, korang cari yang bandai punya, jangan beli yang tajuk ntah apa ntah. Sbb kalau bukan yang bandai punya, plastik dia cam tapis makanan je. Sedih. So satu lagi kalau korang duk sambung sambung tangan nya ke, kaki  nya ke, pastu longgar, korang tgk balik kertas instuction tu, bukan baca ek, sbb kalau korang terror bahasa jepun then ok, mesti ada part yang korang mis. Cam gua pasang tangannya, skali cam longgar, sengah jam dok pikio, takkan bandai juai model bangang camni. Rupanya gua yang bangang, tetinggal satu part, ya la part tu besar najis hidung je oi, mana nak pasan. *defensive* oh efek dari proses pemasangan, gua sakit pinggang, jari pedih pedih dan paling best sakit tengkuk sampai keesokkan nya.




Pagi tadi sudah telat mau ke opis, yer lambat bangun sudahnya, tapi tapi tapi, auntie gua bekalkan sik mak, so berbaloi baloi bangun lewat. Sampai opis letak bag, terus bukak bekal. Nasib la sapa yang terbau, nak mintak sikit, booo layan yer. Ok dah tu je nak cerita.

Farid kata: makan dan makan dan makan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis