Dah lama tak cerita pasal Gundam, ok now nak cerita. Beberapa minggu yang lepas, gua ada membeli dua bijik Gundam, cam biasa beli online la. Walaupun beli dua, cas penghantaran adalah sama dengan beli satu yakni rm8 je, so hepi. Gua beli ni beralamat kan nama adik pompuan gua, ujung ujung si pos laju tak jumpa umah apak gua. What the pisang?! Dua tiga kali kol tanya betui ke idak ke alamatnya ini. Tapi akhirnya slamat sampai jua. *capai mic nyanyi lagu memori daun pisang
*Nampak tak dalam tu ada kad? itu adalah kad untuk cabutan bertuah, ingat family day je ke ada cabutan bertuah?! beli gundam pon ada tau, paling kelas boleh pilih pilih apa hadiah yang bakal dimenangi*
Ini kali gua beli kedua dua adalah waktak jahat dalam Gundam Age, ater nak try la pasang selain dari Gundam biasa. Yer mmg mencabar. Gua pasang Ghirarga ni dulu, keseluruhan ya berwarna merah, ada juga part kaler pink, hijau, kunin dan hitam.
Pasang punya pasang, skali bila nak cantum kan badan, tangan ngan kaki, baru gua sedari yang kaki nya kedua duanya belah kanan. Ok tak kelakar ni, sbb nak tukar mmg kene baraikan balik, cam keharom rasa masa tu. Tapi dari ku campak kan bendalah ni lalu berputus asa, rugi la pula kan, So gigih la bukak balik bahagian kaki tu lalu pasang yang sbetulnya. Tapi gua mmg pasang ikot manual. Sila salahkan manual bahasa jepun tu.
Pastu Ghirarga ni ada ekor, dan bukan sebarang ekor ya. Ekornya kene sambung sambung guna wayar. Tulisan dalam manual adalah bahasa jepun, gambarajah plak cam mengelirukan, gua buat separuh jalan, pastu cam tak jadi je, terus ku campakkan ke tepi ekor tu. Tak yah ekor pun cantek apa *walhal tak reti pasang.
Ok, keesokkan harinya kita pasang yang lain pula ya.
Farid kata: Berangan angan nak beli model scale 1/100 plak pasnih, berangan je la
No comments:
Post a Comment