OK dah masuk hari terakhir kat cameron, bangun pepagi bermalas malas dulu depan tivi, pastu masak nasi, gua ngan kemal duk abis kan apa je bekalan yang kami bawak masa nak mai sini. Ada kari dalam tin bagai. Semua kasik abis, malas nak bawak balik. Pastu kemas kemas la beg smua, dan cek out.
Disebabkan ari senin Boh sg palas ni tutup, jadinya kene la pegi hari slasa pula. Yer parking nya masih di bawah bukit lalu memanjat la dengan rela hati jalanan berbukit itu. Mengah mengah kau nak minum secawan teh je. Tapi tak pe, bak kata orang orang, bukan hari hari nak mendaki camni kan. So kita daki.
Disebabkan dah makan nasik sebelum cek out, so kita makan ghoti ghotian sahaja. Dan teh tarik juga. fuuuuuu angin masa ni agak kencang, abis serabai rambut yang baru di set tadi. Seperti biasa pelancong jua meramai disini.
Pastu dah makan makan segala, turun bukit amek kereta terus kita pulang lah yo, jangan benti benti lagi, kang mau tengah malam sampai umah plak. Jalan turun sikit menguji kesabaran sbb banyak lori, oh gua ikut simpang pulai lagi. Jauh sikit la. Dan ada pening pening juga la, ater dah minum teh tarik sbelum tu, kemungkinan nak memuntah tu adalah tinggi. Tapi tak muntah pon, rasa loya loya je.
Pastu dah masuk highway, singgah hentian tapah, pi makan. Tapi tak tau kategori makan apa ni sbb masa ni dah pukul 5. Gua makan mee kari, kemal makan sik ayam, pas perut dah kenyang, pi beli jambu plak. Cari kedai awek cun cun. Usai mendapatkan jambu sampai tiga bungkus, moh la balik, dah nak pengsan rasa nya. Kemal mandu plak sampai sungai buloh, pastu gua pandu balik sampai lah ke Bangsar.
Begitulah percutian ala kadar ke cameron highland yang ntah keberapa belas kali ntah. Pas ni, kalau gua pi Cameron lagi, gua buat vlog je la, tak larat nak upload gambo pastu nak naip lagi. Kematu jari duk cerita pasal teh ngan stroberi je manjang. *rendam jari dalam air panas.
Farid kata: Gua rasa cam ada je entri pasal cameron ni tertinggal
No comments:
Post a Comment