Thursday, September 5, 2013

Super 8


Itu hari masa kat Cameron gua tertonton cerita Super 8 ini. Dulu ada la jugak keinginan nak nonton di bioskop (punggung wayang). Tapi hajat tak kesampaian. Jadi tonton sahaja di Astro. Cerita arahan JJ Abrams dan produsernya Steven Spielberg ni pasti lah hebat kan, tgk sahaja pengarahnya. JJ Abrams adalah pengarah bagi cerita Star Trek, Mission Impossible dan Star Wars, smua pun cerita hebat kan? Produsernya pulak dah mmg di kenali seantero dunia. So Super 8 ni pasti la mengujakan. 


Cerita berlatar belakangkan tahun 1979, bekenaan dengan satu tren yang yang telah eksiden di sebuah town kecik bernama Lilian. Pekan ini juga didiami budak berusia 14 Joe, yakni anak kepada Deputy sherif dibandar berkenaan. Selepas ekside tren tu, town ini di hantui dengan pelbagai kejadian misteri. Dimana kehilangan generator kereta secara banyak banyak, anjing peliharaan juga hilang dengan jumlah yang banyak. Masa kejadian tren eksiden tu, Joe bersama kawan kawannya tgh mengshuting wayang gambar. Kelas korang kan, budak umur 14thn shuting wayang gambar. Dan mereka secara tak langsung telah terakam satu makhluk yang pelik. Bertitik tolak dari kejadian itu, Joe dan kengkawannya sudah mula mengesyaki ini smua adalah kerja makhluk pelik itu. 

Kejadian lebih rumit bilamana pihak askar cuba mengawal town itu at the same time sedaya upaya merahsiakan kehadiran makhluk itu. Cerita ini juga di selitkan dengan konflik kekeluargaan. So mmg sesuai di tonton seisi kelorga. Pastu gua buat agak kan sendiri yang tajuk nya Super 8 tu sbb makhluk tu adalah berkaki lapan seperti spider. Persoalannya, kenapa pihak askar berusaha keras menutup rahsia kehadiran makhluk itu? kenapa makhluk tu duk curi barang barang yang pepelik? kenapa cerita ni berlatar belakang tahun 1979 dan bukan tahun 2079? semua terjawab bilamana korang tonton filem ini. Cam sial kan jawapannya haha




Disebabkan gua sakit hati benar tgk criter ni tapi nak menampakkan muka makhluk tu payah, so gua letak besar besar gambar lelabah ni. Haaa tengkiu incik gugel kerana merialasasikan kehendak keji ku ini. Ok dah tu je, pi tonton cerita ni, kompom best. kalau tak best gak pi hamun JJ atau steven.

Farid kata: Super 4 cerita tentang cicak gergasi, sumpah tak mo tgk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis