Wednesday, September 4, 2013

Open haus umah Kak Tin Pon Pon



Ok hari Sabtu yang lepas kak tin pon pon mengadakan open haus peringkat daerah, tetamu yang dijemput adalah maya sopiah, cik z, gua ngan kemal. So pada hari kejadian kak tin telah memasak mee goreng hebat, mee bandung resipi turun temurun dan nasik himpit jua kuah kacang. Gua datang bawak agar agar satu loyang. Tak sempat potong, dengan loyang loyang ku hangkut pergi.

*Gambar kabur sbb salah fokus, tibai je la*

Pastu berjumpaan dengan maya sopiah ngan cik z di bawah umah kak tin, kebetulan kami kami adalah sampai bersama walaupun naik kete berlainan dan dari destinasi berlainan. Kak tin yang bertungkus lumus bersengkang mata memasak untuk open haus nya. Syabas kak.

*Mee bandung nya berasaskan spagetti, western nya ko kak*

Oh fyi, tahun ni takde sapa jemput gua ke Open haus, sedih kan? *nanges tepi longkang. sib baik kak tin jemput kami kami ini. So makan makan borak borak, pastu kami kami ini meminta diri untuk piulang. Sopiah ngan cik z nak sambung penjelajahan open haus nya, gua ngan kemal nak ke Bangsar Village nak pi kedai buku.

*Gambar rajah yang dicilok dari blog sopiah (Priiiitttttt tiup wisel kuat kuat cam polis trepik)*

Jadi disini saya ingin mengucapkan jutaan bahkan billionan terima kasih pada kak tin kerana sudi menjamu kami makan makan. Tahun depan buat lagi kak, insyaAllah kami mai punya. Ok dah tu je.

Farid kata: Manjang flu je pepagi hari.

2 comments:

Mya said...

tetiba teringat anjing kat bawah apartment kaktin.
demmm u anjing! *walaupun dia tak buat apa2 pun hikhik

farikh said...

yerr kauuu buatnya anjing tu naik minyak, mau tak dikejarnya kita?!

ingat gajah je naik minyak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis