Thursday, September 5, 2013

Random Sunday


*Whoaa ada Manga Gundam, tapi mahal, baik gua beli model lagi best buleh pasang*

Ok ni cerita selepas pulang dari umah kak tin, so gua cakap ngan kemal nak ke Bangsar Village, nak ke Borders disitu. So jalan nak ke sana mmg la clear abis, tapi nak mecari parking nya mmg satu kehanjengan, apa ke ramai benar nak ke Bangsar Village?! ujung ujung gua park depan Mahbub yakni seberang jalan, balun je la janji ada tempat parking. 

*Hulk rambot pacak?*

Saje jalan dalam Toys r us, konon nak tgk Gundam, ujung ujung takde langsung. Gua bajet dorang dah bawak kluar smua stok yang ada disitu. Last few weeks gua pergi pun dah tinggal sikit. Pastu dari situ terus la ke Borders, pastu belek belek buku takde yang menarik pun, majalah plak gua dah tak beli dah skang, smua baca dalam ipad je. Jimat, pastu takde la rasa bersalah bila nak humban kan segerombolan majalah. 

*Barisan roti roti yang mengambil bahagian pada hari tersebut*

Masa kat dalam borders tu dah hujan lebat selebatnya kat luar.Dan disebabkan kete seberang jalan, jadi padan muka duduk dalam BV tu diam diam. Pastu ronda ronda kemal ajak pi Starbucks, tapi orang adalah meramai la pulak. Masa tu ada la sofa kosong kat Stabak tu, elok kemal tuju sofa tu, ada plak apek ngan ahso ni pun tuju ke situ juga, malangnya apek ni sampai dulu, tapi dia adalah sangat berhemah "How many of you? we can share, no worries" baik sungguh apek ni, gua terus jawab "its ok its ok". 

*kopi ais kemal yang sedap*

Dengan perasaan sikit hampa, pegi je la The Loaf, minum je kat situ, gua amek latte, kemal amek kopi apa ntah, kopi itu di keraskan seperti ais kiub, lalu di masukkan dalam susu. Pastu amek sorang dua bijik roti. Duk makan borak borak pastu hujan pun dah reda, so ingat nak pi KLIA sbb dah lama tak tengok kapal terbang, sekali tgh tgh jalan, terkona pi Klang plak, pi lawat makcik gua. Hujan lebat kembali melanda sepanjang Kesas. 

*Latte tak cukup gula*


So sampai umah lepas Maghrib, kemas kemas baju nak pi Cameron esoknya. Pastu tidor terus. *stail cerita orang pemalas, tetiba melompat lompat cerita nya.

Farid kata: Gambar bersepah sepah, jenuh nak pikir bila nak upload.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis