*gaya seorang model tangan menggoreng naget dengan penuh bergaya lagi stail* |
Gambar permulaan je ada tangan hikmat mengoreng naget pesen pesen hebat pakai chopstik. Bukan apa kalau pakai chopstik senang gua nak terbalik balik kan naget itu.
Cerita adalah bermula sedari hari sabtu yang lalu, dimana gua dan rakan gua juga sepupu gua berangkat pulang ke kampung halaman yang dirindui. Gua drop member gua di seremban dan gua tata babai pada member gua dan beliau meneruskan perjalanan solo ke pilah sana dan gua sambung jalan balik PD.
Walhal ari isnin gua harus bekerja, tapi gua mahu la juga rasa pesen pesen balik kampung. Malam minggu itu, adik laki laki gua mau pasang pelita, abis berlumuran minyak petrol. Psstt minyak tanah mahal di kala ini, jadi marilah kita bersama sama guna petrol dan walhal gua rasa petrol pun sama saja mahal dengan minyak tanah.
*Yang tinggi tinggi itu lampu dan bukan lah pelita seperti yang digembar gemburkan* |
Ok siap pasang pelita, main bunga api dengan ikhwan sambil dukung dia, sambil pegangkan dia bunga api sambil gua lari berpusing pusing sambil terlolong lolong. Seronok abis. lepas itu gua pening, ikhwan tak abis tergelak.
Masuk rumah gua lapar, belek peti sejuk bahagian beku, ada naget dan ayam dan sosej. Amek naget goreng, lepas itu duduk depan laptop sambil berborak borak ngan bonda gua. Yang lain habis semua keluar pergi membeli belah.
Farid kata: Sekarang pala gua dah ting tong macam mabuk ganja, sebab mengantuk kerna sudah bangun sedari 4.00am lagi. Gua mendambakan tidur yang enak dan nyenyak, yer hari ni gua kerja, shadap yiu!