Tuesday, September 6, 2011

Bapak yang kaya katanya

Setelah seharian sabtu gua duduk rumah, tido makan main game sahaja sepanjang hari, pada hari ahad, gua phewit member gua ajak keluar berliburan dan bukanlah ke diskotik.

Sebelum memulakan jola joli makaloli, sarapan dulu di Mahbub, tapi makan roti kosong sahaja, tak macam member gua, pukul sepuluh pagi makan nasik beriyani ayam. Hebat.

Selepas itu member gua sudah beli tiket hantu bonceng, dimana gua dah review dulu kerana takut luput dari kotak ingatan gua yang tak berapa kuat ini.

Ada lebih kurang setengah jam sebelum tayangan gua jalan jalan dan ter masuk pula ke dalam Posse, dan gua terbeli fendora juga sehelai seluar pendek yang cantik. semua ini secara eksiden (kerana itu penekanan kata imbuhan "ter" digunakan), member gua rembat blazer. terembat juga ke?


*Nasik lemak untuk pemakan sayuran sahaja*


Selesai menonton wayang, gua lepak di papa rich. Member gua mau makan char kuey teaw. Dan secara mejis nya gua order Nasi Lemak Mutton Vegetarian. Kenapa vegetarian? sbb mutton vegetarion rasa sangat hebat. Ada ke mutton untuk pemakan sayur? Ada la kut, ini bukan mutton asli, rasa nya sahaja seperti mutton, tak silap gua, ianya diperbuat dari soya. Soya jadi mutton?! mejis juga

*Longan milk gua lagi outstanding dari teh tarik member gua*

*lu orang tgk , dah siap siaga pegang sudu garfu, punya lah kesabaran menipis*
Dah kenyang dan dapat hisap rokok dalam dua batang, secara mengejut rasa mahu jalan jalan ke Putrajaya. Terus memandu ke sana. Duduk duduk sambil minum teh tarik menyaksikan matahari terbenam adalah sesuatu yang menakjubkan.

Sebelum maghrib gua berangkat pulang, adik gua sudah menunggu di rumah mahu berhari raya.

OK dah itu sahaja aktiviti hujung minggu gua yang sangat tak related dengan aidilfitri yang sedang disambut umat Islam serata dunia.

Farid kata: Gua rasa ada termissed rumah yang sepatutnya gua beraya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis