Ok, gua nak kasi share perkara perkara yang mmg gua kurang pahami semasa dan sepanjang menaiki tren, tak kisah lah komuter ke ataupun LRT. Yer gua dah naik LRT ni lama gilos, mmg lama. Ada sekejap je bawak kereta, pastu jadik malas. So naik tren adalah lebih efisyen, jimat segalanya, esp masa. Ok, ni antara perkara perkara yang terjadi dan gua cuba pahami tapi tak paham paham till now:
1. Bukan gelanggang wrestling- satu hari gua naik tren nak pi keje, ada tiga umat ni, rasa cam remaja masa kini, duduk tepi pintu, dua pompuan satu lelaki. Duk sokseksoksek. Memula cam perlahan, makin lama makin kuat cara cakap nya, ujung ujung ada pompuan yang free hair ni pi tampar yang bertudung. Wahh drama nih. Kau ingat yang pakai tudung tu nak diam je? haa dia ramas plak rambut minah tu, tolak tolak antara satu sama lain, terus berguling guling cam wrestling. Yang jantan cam serba salah, rerupanya dorang duk rebut jantan tu la. Untung laaa pompuan rerebut kau sampai guling guling wrestling.
2. Tidur tipu tipu- faham maksud tu tak? few seat yang kaler merah dalam LRT is for disable, pompuan ngandung dan warga emas. Ada sorang budak pompuan ni duk pose baik punya main game kat enpon, pastu ada la dua ahso masuk, duk berdiri depan dia. Wah si pompuan ni feeling feeling buta. pastu dia pasan smua dalam tren tu dah pandang dia, dia jadi malu, tapi tataplah tak mo kasik ahso ketaq ketaq tu duduk, terus pose tido. Ke berlakon mati? tak tau. Kesian ko dik
3. Kalau nak terkencing ke berak ke, sila kluar tren- hah ni jadi masa naik komuter waktu malam. Gua naik ngan kemal ke seremban. Tak de la ramai sangat orang, pastu ada few mamat asing ni, rasa cam myanmar ke nepal ntah, duduk tutup mulut dia ngan baju. Gua tanya kemal, ada ke bau busuk dalam ni? kemal jawab, mana ada. bistu kenapa mamat tu tutup hidung? kawan dia kentut gamaknya. Sekali bila dah sampai Seremban, mamat ni muntah dalam baju dia, kawan kawan dia cam buat derk je, tapi still borak borak cam takde menda berlaku?! ishkk geli oiii mabuk ketapi kot
4. Kalau gila sex jangan naik tren- ni masa gua nak balik dari opis, sorang mamat duk belek tipon, dia berdiri bebetul depan sorang awek ni duduk. Pastu few minit later, awek tu terus berdiri buat muka tak puas hati, pastu ngomel sensorang, terus ke pintu tapi tak kluar pun. Gua semacam pelik, pehal plak, nak kata mamat tu raba dia tak juga sbb mamat tu sebelah tangan pegang tali pemegang tu, sebelah lagi belek enpon. Lama duk perati mamat ni, rerupa nya dia duk stim, adoilahai, tengah menegang dan ternyata nyata boleh kelihatan sbb sluarnya ketat. Kau dah kenapa?! tgk talipon pastu senyum sensorang. Kesian dan mungkin minah tu rasa dia dicabuli.
5. Pekak ke tidak?- Ni slalu je pun jadi dalam tren, selalu yang duk borak berdua dalam tren, haa kau memekik mekik macamkan member kau tu pekak, kalau dah bebetul pekak, guna bahasa isyarat la, bukan memekik mekik cam kene rasuk. Pastu gelak bagai nak pengsan. Kawan ko tu pun telinga besi agaknya, tak sakit ke duk dengar orang memekik mekik terjerit jerit?!
6. Hujan dalam tren- Ni slalu terjadi pada warga emas. Kat luar, yer hujan mmg lebat. Tapi ko masuk tren feeling feeling diva, tak mo tutup payung, tak tau la payung tu rosak ke apa, tapi benda ni dah jadi few time pun. Kot malas skali pun, takkan la tutup payung pun malas jugak?! Dan natijahnya, payung ko menyucuk nyucuk orang lain. Natijah kataku.
7. Pameran ketiak- Ini punya kes slalu melibatkan bangla. Naik tren feeling feeling ketiak kau paling harum kasturi, pegang besi angkat dua dua tangan kau. Baunya mengalahkan gas beracun di Syria sana. Orang kini kanan, dah tutup hidung, gua siap pening pening mabuk laut, eh tapi dia buat derk buat muka kekwat, rasa cam bukan ketiak dia yang menyebabkan pembebasan haruman tu. Thats why gua mmg kurang gemar dengan bangla.
8. Ini bukan Eifel tower- Haa ni baru je terjadi, sorang minah ni bertudung litup, berdiri bersandar kat pintu, pakwe nya berdiri mengadap dia. Tren adalah menyesak cam hapa je, dalam tu mereka mereka ni duk comolot, wah ko rasa ko kat menara eifel ke apa ni? Bertudung litup tu memang tak menahan, balak plak muka bisa bonar. Kita ni yang tak cantik mana rupa paras, jaga la tingkah laku, biar tingkah laku tu cantik sikit. Tarik tudung kang baru tau.
Ok tu antara kisah yang kalau korang cuba pahami, mesti takkan dapat dipahami. So tak yah pikir dan tak payah nak mencari penyelasaian. Ok bye.
Farid kata: kalau gua la tokei LRT ataupun Komuter, mau penuh tren tu gua letak tanda larangan.