Thursday, June 2, 2011

Nama anak yang tidak tidak

Di dalam dunia yang urban ni, smua pun bergerak mengikut zaman, dari handfon yang bersaiz batu blok hingga sekarang yang nipis macam playwood, smua berubah, bak kata surat khabar "zaman skarang dah berubah" yer benar, nak baca paper pun tak payah beli, main download ikut suka nak baca paper apa. Tapi kalau korang gila tgk iklan mmg (macam aku) tak puas la baca paper yang didownload. Ok itu mukadimah saja yang berkaitan yang topik di tajuk entri ini.

Rakan rakan aku yang seusia ngan aku dan yang tua tua sikit kebanyakkan smua dah kahwin dan beranak pinak. Aku ingat dulu bila musim bercinta, beratur ambil giliran di telefon awam dekat ofis. Bila musim kahwin, bergilir gilir hulur kad kahwin, dan bila musim dapat anak, bergilir gilir ambil cuti teman isteri di hospital. Semua pun bermusim, sama macam musim durian.

Perlumbaan tak terhenti di situ sahaja, bila dah dapat anak, semua macam nak pecah kepala fikir nama anak yang paling top dan style. Kata duduk kat kota yang urban, nama anak kena la setara dan canggih. Berbagai bagai nama muncul, sampai satu tahap, aku sendiri tak reti nak sebut, dan lebih malang lagi soalan terkeluar "boleh ke umat islam nama gini?", sumpah memang aku tak berupaya nak jawab pasal hukum hakam ni. ko jangan heran pula.

Trend paling gempaq kalau letak nama anak Danish. Perghh tu paling style la. Kembang kempis hidung makapak nak sebut nama anak. Tak kurang juga nama nama perempuan. Pernah sekali aku pula yang rasa agak kebodohan sebab tak reti nak sebut nama kanak kanak zaman sekarang dengan betul.

Dan soalan paling lazim sekarang bila aku dengar nama pelik "camana eja nama anak ko ni?". Jangan la sentap, sbb aku mmg benar benar hilang punca pasal bab bab ini, yer mungkin aku tak punya anak. Tapi pun kalau aku punya anak, aku letak satu je, sbb nama ni bawa maksud. Seperti contoh yer, namanya Danish dan membawa maksud yang baik baik la, tapi bila kau seru anak nak suruh makan, kau panggil Nish la, Dada la. Celah mana nya yang membawa maksud tu?

Ok stop sampai sini saja kekeliruan aku pasal nama nama urban ni. Nama aku sendiri pun agak canggih, jadi aku tau bagaimana rasa bernama canggih ni. Org akan tanya "u org apa yer?",  "kenapa nama u macam tak pernah org pakai", dan seperti biasa jawapan aku "tanya apak saya, dia mempunyai jawapan yang tepat".

Pada korang yang baru nak menamakan anak dan feeling in sangat dgn nama canggih dan susah nak eja ni, renung renungkan dan selamat beramal. Ok chow

Pesanan Farid: mana pergi nama bakar, othman, munah dan saodah?

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

nama anak2 aku gak very the islamic... hahahaha

farikh said...

as long as senang sebut dan tak merepek kira ok la kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis