Wednesday, March 30, 2011

Segmen mari menonton: sucker punch

Dari kiri roket, babydoll, amber, sweetpea dan blondie



Beberapa hari yang lepas, dengan rasa happy gila, akhirnya dapat gak aku menonton sucker punch. Maka ke berjaya times square la saya. Cam agak pelik la sikit sbb saya tak ke klcc. Bohsan klcc

Ok ok, cerita mengisahkan pasal baby doll yang kematian maknya maka dia dan adik pompuan nya tinggal ngan sorang laki laki gemok yang kejam ni, tapi tak disebutkan plak samada pakcik nya atau ayah tirinya.

Starting criter ni agak lain dari yang lain la, sbb tak de dialog just muzik dan lakonan sahaja. So pepandai la korang memahamkannya. Pstu babydoll dihantar ke hospital sakit jiwa lenox. Kat situ pasti korang korang aka rasa pening sbb memula spital nya like cam buruk nak mati, tapi tetiba bertukar jadik kelab keberet plak.

Rumah sakit jiwak ini diketuai oleh Blue, lelaki yang like saiko. Then kelab kaberet ni menyajikan minah minah ni menari. And guess what, bila babydoll start menari, dia mcm ada kat dunia lain. Dan masa kat dunia lain tu dia adalah pejuang yang hebat. Dilengkapi ngan pistol dan juga pedang samurai. Disana babydoll berjumpa ngan sorang pakcik ni, dan pakcik ni cakap babydoll perlu dapatkan map, fire, knife, key dan yang terakhir adalah misteri, semua itu diperlukan untuk melapaskan diri dari spital lenox tu.

Dalam pencarian ini, babydoll disertai sweetpea, rocket, amber dan blondie. Mereka mereka ini juga pejuang yang ingin melepaska diri dari hospital lenox itu. So samada mereka berjaya atau tidak korang kene tgk sendiri. Cerita ni based from video game rasanya. So fantasinya agak beyond sikit la. Ending cerita ni like cam sadis jugak la.

Plot ceritanya mcm agak memeningkan, tambah aku pilih untuk tgk 2d version. Apa beza 2d ngan 3d? 2d adalah gambar yang lebih baik dari wayang biasa daharga tiket mahal singgit je dari tiket biasa. Kira baloi la sbb gambarnya mmg bebetul clear.

Ok, total criter ni tak leh espek lebih, cuma dari segi lawan lawannya sama ngan filem 300, sbb pengarah nya pun sama. So sekadar nak tonton ok je kut.

Kalau pejuang moden pakai pedang samurai mmg klasik gila aku rasa. So kalau ada masa korang tontonlah cerita ni ek. Kira baloi la, bagi aku.

Pesanan farid: pasnih aku nak beli pedamg samurai gak, sesapa bikin onar, leh aku tikam trus.

Monday, March 28, 2011

Betul atau tidak?

Korang pernah rasa like korang buat sesuatu tu betul atau tidak. Ermmm aku amek contoh mcm kat opis ek. Ada satu situasi yang sama tapi dua konklusi yang berbeda. Kalau korang kene suh oleh bos korang untuk buat something pada konsidirasi korang perkara itu adalah cam tak patut korng buat kan. Pasti rasa cam terpinga pinga, nak buat ke idak kan.

Kata kan la kan korang buat jugak kan, pasti korang raa cam menyesal plak. Pastu kalau tak buat lak korang akan rasa bersalah lak kan. Ha kan ke dah pening. Paling aku kurang gemar kan ujung tahun aku dilabel sbg kaki melawan.

Payah, kalau ikut every each step yang korang ambil smua ada akibatnya kan, yang penting biar ikhlas, wether ko nak buat atau tidak yang penting kene jujur nga diri sendiri. Tak yahnak hipokrit ngan org lain.

Tujuan membebel disini adalah untuk menyedarkan diri memasing baik bos atau pun pekerja, mana yang korang boleh buat sendiri, korang buat lah, tak yah la suh org buat.


Entri ini ditaip di dalam kereta. Sekian

Tuesday, March 22, 2011

Mengamok di tepian gantang

Hah penat balik keje lom abis lagi, aku dah bikin n3. Lantaklah, nak lepas geram gak. Minggu ni aku bertugas pukul 7pg, normal aku masuk kul lapan kan. Di sebabkan minggu ni opis sibuk like kenduri kahwen, so kehulu hilir la aku, tanpa mengira sempadan.

Pastu lam pukul 630 aku nak balik umah, jalan jammed pulak kat kl sentral, tak pe la hadap je. Janji aku kene pi opis balik round 830mlm sbb tunggu kompeni tut tut mau hantar buku beribu ribu bijik. Ok, sabar la lam kete nih, sambil nyanyi nyanyi. Then bila sampai area umah, tak dak parking, gempar la kan, stengah jam aku duk lam kete tunggu parking, rupanya ada sebuah bank komersial buat makan makan kat kaki lima area situ. Boleh nak buat makan makan hampir maghrib. Panas hati la.

Stelah berhempas pulas berpusing pusing, akhirnya dapat gak parking. Capai bag, kunci kete sume. Tetiba fon bunyi "Hello incik farid, kami dari kompeni tut tut tut, kami dah ada di kawasan loading area nak hantar buku". Berasap tinga aku dgr. Tak reti ke nak kol awal awal ke hapa kan.

Apa lagi, bukak kete balik, campak trus beg lam kete. Trus berambus pi opis balik. Mampos smua yang bikin hal tgh jalan aku hon. Marah punya pasal. Sampai kat opis, trus aku pi loading bay, tinggai sekor je umat yang nak loading tu. Aku tanya la, datang brapa ramai. Dia jawab 4. Mana yang lain?! kene sorok hantu tetek ke memaghrib nih?! jangan gegila, kang aku yang ngamok plak.

Sib baik dorang bekerja dengan pantas, ko bayang kan loading 1100 biji buku tebal, sekali harung ke tingkat 14, nasib korang hebat. So settle sume trus brambus balik umah. Sambung nyanyi lam kete.

Pesanan farid: tekanan emosi betol la

Monday, March 21, 2011

Mari makan makan sampai perut sendat

 *perkenalkan dari kiri Rib eye steak yang ditemani dengan onion ring yang dikasihi, depan sekali burger yang sperti org misken makan atas paper, dan dihujung itu Cajun Chiken dihiasi seperti muruku deva tapi tu sbenarnya adalah hirisan kentang*


Beberapa hari yang lalu aku, maya ngan kak tin adalah berperancangan mau makan makan di bubba gump, the curve. Smua pun lapar tahap ikan lumba lumba. Sesampai je trus bergegas ke Bubba Gump ditingkat atas. ini kali ke tiga aku mai kedai nih. Ok pegang menu dan sedia untuk order. Aku amek burger, kak tin amek Cajun Ciken dan Maya piula mengambil Rib eye Steak. Minum pula aku tak ingat apa kenamanya. Yang aku tau aku nyer smoothie rasa kacang (bak kata maya, rasa cam kuih raya) adoi la.


Ini kali, kami semua duduk kat tingkat atas. Bak kata kak tin, design tingkat atas ni upama pelabuhan ikan. Tempat pun adalah sunyi sepi sbb ramai kat bawah. Keazaban menunggu makanan ibarat menunggu bulan jatuh keriba, kemain hamat lamanya. Then bila dah makanan sampai, tanpa berlengah semua pun sumbat la makan, eh itu aku. Mmg lately nih trend aku makan, sumbat mulut sampai penuh sbb tak suka nak suap banyak kali.


Dah setel makan makan segalanya, sambung jalan kat the curve, smua amek feel like mcm hari minggu. Sirosli Seriousli perut like mahu melethop akibat kekenyangan terlampau. Sampai kat opis pon still lagi rasa camtu. 


Neway, thanx pada kak tin sbb sudi drive kami kami ke sana ngan lajunya. Thanx juga pada maya sbb turut serta. Dah tu je. Entri makan makan mana boleh taip banyak banyak pon. Dah dah pi sambong keje.

Pesanan farid sambil mulut penuh mengunyah: Nak ipad2, nak ipad2, nak ipad2

Bergunting rambot sambil makan dabel cis burger

*Cam org kudung plak*

Haa lama tak jenguk blog senidiri. last week aku ke ipoh, so nanti aku dah complete upload pics, aku kasik update la. Masa balik dari Ipos smalam, sepantas kilat aku pi amek kete dan trus bergegas ke the curve sana. Smata nak potong rambut yang dah panjang cam rambut kak limah. 

Tapi sbelom tu dah tipon ellie bikin appointment la. Niat memula mmg nak potong rambut je, pastu tetiba cam terjebak nak buat rilexing plak. Then buat la rilexing. Krim dah sapu smua lepas sejam lebih keazaban menunggu, tetiba ellie kata krim tu wont work with my hair. Owh god, trus bangun pegi bilas, then reapply new cream. Sambung lagi azab sejam. 

Then di atas keprihatinan ellie, dia pun tau kut aku lapar tahap naga. Trus dia suh kolig dia pi tapau makanan. Aku order double cis berger yang enak lagi menawan. Sambil makan sambil gigih ellie sapu cream relaxing tu. Dah settle tu, tgk jam dah kul 10 mlm, ko bayangkan dari pukul 5ptg duk kat situ sampai 10mlm, maunya tak berasap satu badan. 

Dah pi settle all the bills, and say bye bye kat ellie trus balik la. Tapi ellie tak kasi aku cuci rambut till tuesday, sangat la merimas kan. Tak pe aku try tak cuci, kalau kepala dah rasa hazab naw, aku cuci gak nanti. huhu

Pesanan farid: Ellie buat keje mmg teliti gila


Friday, March 18, 2011

Naik tren laju tanpa tujuan



Seperti yang direncanakan, ikut jadual, hari sabtu ni mau ke Ipoh, tujuan mau ke Ipoh adalah tidak dapat dipastikan, tapi yang penting dalam perancangan ini adalah mau naik Tren ETS yang baru. Ikut fakta dari KL ke Ipoh hanya mengambil masa dua jam sahaja menggunakan tren pantas ini. 

Korang boleh naik samada di Stesen KL mahupun Stesen KL Sentral. So aku decide untuk naik dari KL Sentral. Tiket ari tu dah survey, beharga RM30 untuk sehala. So pi balik sorang RM60. Kira ok la kan, not too expensive. Esok dah nak pi, tapi hari ni baru terkial kial nak booked hotel. Padan la muka kamu kan suka buat keje last minit kan farid. 


Last time masa kat KL sentral, aku ada la ke kaunter ETS ni mau survey tiket, lepas tanya itu ini, aku lak pening. Sbb tukang jawabnya adalah kurang bijak atau pun aku yang ting tong. Kalah nak naik tren pi europe sana pulak. So apa apa pun, nanti dah settle this trip, aku kasik update then korang boleh la berperancangan dengan pasangan mahupun keluarga tercinta untuk menaiki tren yang pantas ini. Untuk menggelakkan korang pening mcm aku, boleh rujuk sini :-> ets-rain.com.my

Pesanan farid yang gemar naik tren: Naik naik smua tren yang ada kat mesia nih

Thursday, March 17, 2011

Segmen Mari Menonton: Mars needs moms



Dan sekali lagi segmen mari menonton muncul lagi. Kali ini membawakan cerita "Mars Needs Moms". (Berangan jadik hos, wayang kita) hiuhiuhiu. Then cerita ini adalah animasi dari walt disney dimana aku rasa 3D nya cam melepaskan batuk ditangga. Cam cincai boncai sikit la.


*Kiri, Gribble yang gemok dan Milo yang macam org hilang punca*



Ok kasik sinopsis siket ya, cerita mengisahkan Milo si budak yang tak dengar kata maknya, dan kehilangan maknya akibat diculik oleh martian yang memerlukan seorang ibu yang tegas. Warga martian ni terdiri dari jantina pompuan sahaja. Agak kalau lahir jantan, mereka akan hantar ke bahagian bawah bandar untuk dibuang disana. Martian ni diketuai oleh seorang martian tua perempuan kerepot yang di panggil supervisor (takde kaitan ngan supervisor kilang). Then bila dorang dah dapat culik mak si Milo ni, mereka akan dispose (cam sampah kan) selepas mereka sedut memori mak milo untuk di sumbat ke dalam Nanybot (robot pengasuh yang digunakan untuk menjaga anak anak martian). Anak anak kecil martian ini tidak dilahirkan seperti manusia, sebaliknya mereka mereka ini kuar dari tanah, like potato. Apa ke halnya tinggi naw imaginasi omputih nih.

*Ini yang bernama Ki, semua martion mempunyai punggong yang besar*



Then Milo ni semangat lah nak selamatkan maknya sehingga bertemu dengan Gribble, yakni si lelaki gemok yang dulu pernah juga kehilangan maknya. Gribble sudah duduk kat Mars sampai besar godang like gemuk camtu. Memula Gribble ni cam memainkan si Milo, ujung ujung dia sungguh sungguh tolong selamatkan mak Milo dan bertemu pula ngan Ki. Ki ni adalah lain dari spesisnya. Kira dia ni cam more tu human like la. Maka mereka bertiga bersungguh sungguh la menyelamat mak Milo. Adakah mak Milo sempat diselamatkan? Korang kene tonton. Animasi ini adalah like more to adult animation la, bukan katun bodoh bodoh. 

Ada satu scene aku cam teharu gak la, bilamana mak Milo cakap (selepas di alih bahasa) mak Milo memetik berkata "Kan senang kalau ko tak buat mak membebel tetiap hari". pastu Milo lak jawab "lagi senang kalau saya tak de mak". Haiyoo harus la kesentapan maknya hingga menangis. 

Pengajaran ayat: Kalau kat mesia ni derhaka ngan mak leh kene sumpah jadik batu. Tapi version omputih, kalau ko derhaka sama mak, nanti mak ko di culik oleh martian. Amacam best?

Farid yang suka menonton: Next turn Sucker Punch untuk di review. (Milo means My Love)

Wednesday, March 16, 2011

Pembaca dan pengikut

Setelah sekian lama berblog, sampai tiga blog aku pernah wujud termasok yang ini, pernah tak korang terfikir atau terconcern (ok there's no such a word) tentang pelawat yang datang, tinggal komen mahupun apa apa yang berkaitan dengan pengunjung blog anda? *tetiba "anda" plak.

Setelah membuat beberapa kajian (chewah, saintis sangat ayat ko), ada sesetengah bloger that really dont bother bout all this thing, like dia tulis dan update segigihnya. Kira bagus juga begini, sbb once ko terlalu concern ngan visitor mahupun komen blog sendiri, silap aribulan ko leh jadik down sbb blog tak mendapat sambutan. Ni aku pernah lalui masa memula aku bukak blog. Then now aku jenguk jumlah visitor sehari sekali sudeh, tu pun di pagi hari la.

Lagi satu, ada sesetengah like down bila tgk takdak org komen. Kamon la beb, tak de org komen tak bererti tak de org baca blog ko kan? Kalau ada seratus komen pon tapi semua komen mengondem better aku rasa tak yah ada komen. So jangan diukur kehebatan sesebuah blog berdasarkan komen. Yer la kalau dah beratus  komen yang diterima bermakna mmg blog tu glam la, itu tak dinafikan.

Pautan, pernah korang ambil pedulik tak dari mana blog korang dipaut kan? atau dalam bahasa omputihnya di link kan? mmg la payah nak trace mendalah gini kan. Tapi sebagai blogger wajib la berfikiran positip, sbb once org linkkan blog ko, bermakna blog juga di pomotkan secara tak langsung, get it? and its free! takat ni aku tak pernah la jumpa org marah marah sbb blognya di linkkan tanpa kebenaran. Sila pikir logik akal. (capai mic trus nyanyi lagu agnes- tak ada logika)

Then come follower plak. Honestly bagi aku, tak berapa penting. Sbb as long ko setia baca blog berkenaan ko baca je la. Tak kisah ko folo ke idak, tu readers punya hak, tak de maknanya ko nak pepaksa org suh folo. Kut dapat duit ke hapa mmg aku pun memaksa korang suh folo.

Pengajaran ayat: Doesnt matter macam mana korang nak berblog as long as tak menjerumus ke arah perkara perkara negatip sudah. Jangan sampai ada yang kene gari ke hapa ek. Yer saya ni hanya blogger kecil kecilan dan tak hebat mana pun. Dah abis.

Tuesday, March 15, 2011

Kisah si anak gajah jantan yang berangan

Kemunculan anak gajah ni kira setahun dua lepas la, tapi aku tak ingat exact timenya bila. Aku ada la bertekak tekak gak ngan anak gajah berkenaan sebelum ni. Mana nya tak, duk accuse memacam kan, mana tahan, aku plak naik minyak.

Ok, lepas few years, lately ni aku asik la bertembung ngan anak gajah ni. Pagi terserempak, tgh hari terserempak, petang apatah lagi. Kalau takat bertembung je, apa aku pedulik, bukan aku sultan ke hapa pun, jalan yang aku lalu tu mesti untuk aku sorang je. Ni dah la bertembung pastu duk jeling pandang aku. Hey apa ko ingat hot sangat ke jadik anak gajah? berangan. Takat jalan perut sampai dulu, tak yah nak blagak, aku berjalan vontot sampai dulu (jalan mengundur) ko mampoo?

Setelah beberapa hari aku termasuk lam dalam lip yang sama ngan anak gajah nih, sib baik "anak", kalau "bapak" gajah pasti lip tu kurang kemampuan nak naik keatas. Yer aku berkurang ajar disini. Then balas dendam la balik, aku pandang dia dari atas kebawah *cam org nak carik gaduh*, ko ingat ko sorang je samseng?! Hah tak berani pulak nak pandang mahupun jeling aku balik. Awat takut? Aku tak tau la apa besar sangat dosa aku kat ko, sampai kene jeling hampir setiap masa. Ke ko dengki badan aku ramping cam kerengge tapi ko tidak? ada ke anak gajah yang ramping?!  !#$@%#$

Apa apa pon aku ucapkan selamat maju jaya pada anak gajah berkenaan, supaya ko akan di ambil bekerja dengan sarkis. Sudah tu je.


*Motip sangat belalai kat dagu*

Pesanan farid yang hobinya naik minyak: Walau ko hot sekali pun, tak yah nak pandang sereng kat org yang tak hot like me. Tak de pekdah.Baik tak yah pandang langsung. titik!



Monday, March 14, 2011

Dendam kesumat ngan mesin fax

Last aku ditugaskan fax all the invitation ke kompeni kompeni kat mesia ni. Amount nya banyak nak mati. So hari jemaat lepas gigih la fax. Baru lima ploh no trus kuar "memori full". Ok la aku sabar lagi, pastu selang beberapa minit, aku try fax lagi, lepas dua nombor je pastu trus memori full balik. Hah dah rasa rasa cam nak naik hantu nih.

Pastu aku benti jap layan CNN kat opis (gara gara gempa kat jepun), pastu try la fax balik. Trus tak boleh ko, document tehapa hapa la error nya. Disebabkan aku yang mmg senang hilang sabar, aku trus brambus balik. Senin nanti baru aku sambung balik. Walhal aku disuruh abiskan fax pada hari berkenaan. Dah tu takkan ko nak bertafakur dan berkiblatkan fax mesin yang buruk dan meloyakan tu. mual oi mual

Then on Monday aku ngan rasa lalalala (senang hati like always) datang opis. Pi tgk report yang berduyun duyun kat mesin fax tu. Smua "TEXT FAILURE" tak ke ko rasa nak bako je mesin fax tu. Dah la wajah buruk, tak berguna plak tu. Sakit hati sungguh.

Jadi skarang dengan rasa tabah hati, aku mula balik fax dari awal. !#%%#%^$#@%^


*panggil geng mamak kasik henyak henyak kan mesin fax tu*


Pesanan farid: yer aku mmg kurang kesabaran

Pissed Off and Play Nice

Last saturday mengikut kiraan aku, spatutnya ke Broga. Semangat neh bangun kul 330am. Memandi sesiap pastu capai beg camera trus turun bawah ke kereta. Pastu trus start. Tapi tak berjaya, aku pun cam slamba slamba la sbb kete aku mmg payah nak start di pagi hari ( i played this scene before)

Then start kali kelima kut, trus alarm bunyi. pastu sterusnya pun alarm terus bunyi sekuat kuatnya. Aku bukak bonet depan dengan gaya mekanik, goyang goyang inul siket wayar bateri. Pastu try start balik pon tak berjaya jugak. Wah ini sudah mengundang kemurkaan beta nih. Mengamuk lah aku tendang mana mana yang boleh ditendang, tapi bukan tendang bodi kete mampos lak aku nak ketuk balik, dah la kete pinjam.

Dengan muka yang tak puas hati sungguh, trus call ahli jawatankuasa yang terlibat and cancel it, im quit! Naik atas trus sambung tido tanpa rasa was was. Bangun tido kul 11.00am trus kol adik suh amek kat bangsar, and kebetulan beliau mmg ada di Seremban. Good, at least ada gak benda yang tak bikin aku murka. Bila difikir fikirkan balik, baru aku realize that my bateri kereta yang sudah kong barangkali. Smua sbb kerajinan aku park kete pastu biarkan selama seminggu. Padan muka kau farid. 


Pengajaran ayat: Walaupun ko pergi kerja naik Lrt tak bereti ko boleh abaikan langsung kereta kau. 


*Mak paling haibat, ko ada kereta kasut?!*

Pesanan Farid yang lalai: Taniah kat sufian sbb dah jadik pakcik. Welcome Muhamad Nur Iman.

Thursday, March 10, 2011

Segmen Mari Menonton: Beastly yang suam suam

*Alex Pettyfer ini juga membintangi I am number four yang ditayang  pada waktu yang sama dgn Beastly*


Smalam aku pegi menononton Beastly kat klcc. Ok aku pon taktau kenapa aku choose this movie instead of others. So let the story begin. Mengisahkan Kyle Kingson (Alex Pettyfer), anak kepada pembaca berita terkenal dan kaya raya. Dia ni amat lah berlagak, bongkak dan sombong tapi dia mempunyai rupa paras menawan. Then Kyle satu skola ngan Kendra (Mary Kate Olsen) si awek Goth yang pepelik je stailnya. Kendra sangat la membenci si Kyle ni. Lalu di sumpahnya Kyle menjadik buruk (cool gila power dia kan, aku pun nak jugak la ada power gitu). Kat tangan Kyle ada tatu pokok. So bila pokok tu mula tumbuh bunga dan tiada siapa yang cintakan Kyle makanya Kyle akan berwajah buruk begitu buat selamanya.

*Nak pi blaja ilmu sumpah sumpah ni dgn Kendra la, kalau tak puas hari siket, trus aku sumpah korang*


Dalam masa yang sama ada sorang awek ni namanya Lindy (Vanessa Hudgens) sudah tangkap cintan ngan Kyle tapi masa Kyle tgh melethop rupa parasnya, harus la Lindy di boo layan oleh Kyle. Tapi bila dah buruk ni, barulah Kyle tercari cari Lindy. Apak Lindy ni adalah penagih dadah tegar, jadik ada masalah hutang piutang, so Kyle mengambil kesempatan utk amek Lindy kekonon nak jaga beliau. Masa Kyle sudah sudah disumpah menjadi buruk apaknya sudah sorok Kyle supaya org ramai tak nampak. Kyle di temani pembantu rumah dan seorang tutor yang buta tapi kerek dan slalu buat lawak tak menjadik.

*Kalau di telek bebetul kat kening Kyle ni ada tulisan Jawi, ko perasan tak?*


Makanya bermula la langkah camna si Kyle (tukar nama jadik Hunter supaya Lindy tak tau yang dia adalah Kyle yang bongkak) untuk mengurat si Lindy ini. Dibina nya green house la bagai. And korang dont worry, its  a happy ending, and Kyle dapat balik wajahnya. bagi yang sudah menonton cerita ni, korang ada tak rasa yang si Lindy ni cakap seperti wanita tgh orgasma?. Cer cakap elok elok kan bagus.

Cerita ni tipikal cerita cinta, cuma ada twistnya sbb dia jadik buruk sbb disumpah oleh si ahli sihir yang melethop dan ada sense of fashion yang tinggi. Jadi kalau dah tak de sangat cerita kat wayang nak ditonton boleh la korang tgk, tapi lebih afdal tgk dvd sahaja. 

Pesanan Farid: Dah tetiap minggu aku pi menonton hari ni. Pada pihak majalah mahupun akhbar yang memerlukan pengulas wayang sila la hired saya.


Wednesday, March 9, 2011

iPad2 yang patut dikagomi


Ok sebagaimana korang tau, tahun 2010 adalah tahun untuk iPad, ini kerana Apple mencatat keuntungan yang sangat memberangsangkan diatas jualan ipad. They already sold 15 million ipad dari April to December 2010. So pada tahun 2011 ni Apple sudah melancarkan iPad2. Banyak pertambahan fungsi juga pengurangan berat badan dilakukan keatas ipad2. They said it was blockbuster. Dari segi kenipisan, ipad2 adalah lagi nipis dari ipad dahulu, then ringan juga. Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Lepas dilengkapi dengan dua kamera depan belakang. Didatang kan ngan cip A5 dual core yakni dua kali lebih pantas dari ipad terdahulu (A4). Banyak pembaharuan software juga dilakukan. Gigih aku menonton keynote nya untuk memastikan ipad2 ini benar benar berbaloi untuk dimiliki. 

*see that pink things, sangat berguna, so pasnih korang tak yah nak sendal sendal  ipad untuk kelihatan tegak*

Ok untuk ipad2 ini, apple sudah launch skali dengan Smart Cover. Ia merupakan satu lapisan untuk melindungi screen hadapan dan menjadi tongkat pelbagi fungsi pada ipad2 ini. The best part dalam segala galanya adalah, Apple decide untuk menjual ipad2 ini dengan harga yang sama dengan ipad terdahulu. Bagussssssss. So they start shipping pada main country 11 mac ini, dan kita di malaysia ni harus la mempunyai kesabaran yang meninggi untuk memiliki nya. Tapi pada yang kurang sabar tu, korang leh pi low yat, mana tau kat situ dah ada juai.  




*Ipad2 ni mmg kita tak jual*


So skarang mmg semangat dah berkobar kobar mau ipad2. Maka sila mengorak langkah untuk memilikinya muhahaha.



Monday, March 7, 2011

Segmen mari menyanyi: Zhifilia- Aishiteru



Zhifilia - Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali




Ps: suka suka suka suka

Thursday, March 3, 2011

Invincible Youth yang akan buat korang ketawa tanpa henti





Semenjak dua ni, aku sudah ketagihan menonton rancangan Invincible Youth kat youtube. Rancangan ni pun keudara di astro chanel 391. Mengisahkan 7 anak dara yakni sebahagian dari mereka adalah dari group menyanyi wanita yang popular kat korea. Mereka di letakkan di sebuah kawasan pedalaman, Yochiri. Mmg kawasan kampung benar. Mereka menggelarkan diri mereka G7. So mereka akan bercucuk tanam, menternak dan memacam lagi kerja kebun yang mereka lakukan. Dalam sambil sambil berkebun mereka mereka ini suka buat game yang meraban raban. Habuan menang selalunya cam makan makanan yang sedap. Mereka juga melakukan kerja kerja kebajikan.

G7 terdiri daripada:

Hyuna: Dia ni anggota kumpulan 4 minute yang popular ngan lagu Hot Gossip. Suka membebel, dan suaranya cam kartun.

Hara: Dia ni anggota paling muda. Berasal dari group KARA. Walaupon paling muda, dia pandai bawak traktor, tapi malangnya masa nak amek lesen traktor beliau gagal la plak. Hara juga adalah penjaga sepasang ayam dia rumah yang mereka tinggal.

Narsha: Anggota kumpulan Brown Eye Girls dan berusia 30thn, dia adalah paling tua kat dalam G7. Pantang nampak lelaki kacak pasti tergedik. Aku paling suka Narsha lam G7.

Sunhwa: Dia ni digelar white paper sbb fikiran nya mmg blank. Menghadapi masalah nak hafal sifir. Anggota kumpulan Secret yang popular ngan lagu Madona.

Hyomin: Berasal dari group T-ara. Minah ni pon cam blank gak. Klam kabut cari but dia yang konon hilang. Hujung hujung but yang dicari, sedang dipakai oleh beliau sendiri. Sadis ko Hyomin. Hyomin ni kalau pape pasti nak berduet ngan Sunny, kerana bagi beliau, Sunny adalah mentornya.

Yuri: Asal dari Girl Generation (snsd), dia ni suka tido sambil mulut terbuka. Terkenal kerana mempunyai bulu diperut. Euuii!

Sunny: Juga anggota Girl Generation, dia ni antara yang terhebat diantara tujuh wanita dalam G7. Slalu menang game. Dan sayang gila pada lembu yang dibela oleh mereka. Masa lembu tu kene pasang ring pada hidung, Sunny nanges bagai nak gila.



Makcik yang berambut mangkuk itu adalah hos, dia adalah paling porak peranda dalam rancangan ni. Pakcik tua tu plak like macam pengetua dalam AF la. So dia akan mengarah apa yang perlu di buat pada setiap hari. Normally korang akan tgk gadis gadis ni pakai pakaian yang seksi dan cantik, tapi lam rancangan ni, korang akan tgk betapa selekehnya mereka.

Ko tgk Narsha bergambar terkangkang koyak. 

Rancangan ni baru ending season baru dimana Yuri dan Sunny diganti ngan dua gadis yang lain. Jika korang mempunyai masa senggang, apa kata korang try dulu tgk satu episod rancangan ni kat youtube, tapi make sure yang ada Sub, kalau tidak tercangak cangak nak paham apa yang sedang diperkatakan.


Pesanan Farid yang suka gila Invincible Youth: Kat mesia pun kalau ada rancangan camni pasti menarik. Tapi harus la ko pilih gadis yang molek molek yer huahuahuahua

Wednesday, March 2, 2011

Babai dan selamat maju jaya, Kak Amy!!


Konon konon aku cam ninja la, (Ninja assasin), Feeling bi rain

Okey ini n3 khas yang ditujukan pada kak amy, yakni exec saya yang beribawa. Pada hari Isnin yang lepas, adalah hari terakhir kak amy bertugas di department saya. Beliau dinaikkan pangkat dan transfer ke department lain (satu department ngan kak ya). So kak akmal selaku ketua kumpulan sorak mencadangkan ahli kumpulan sorak untuk makan makan. Tempat pilihan Fishmarket Manhattan di Sogo sana. Dekat dan pantas. Semua perbelanjaan di tanggung oleh kak akmal. Tq kak.

Ahli majlis daerah yang menghadirinya adalah kak amy, kak farah, kak akmal, lee chin, zalmi dan juga aku. Aku belikan kak amy coklat yang di order dari blog Chocolazad. Menarik sungguh coklatnya. Im sorry kak, saya tak tau nak bagi apa lagi. Coklat je terlintas di benak fikiran saya.

Ok apa apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya pada kak amy, dan saya agak kesedihan sbb kak amy adalah bos kecil yang terbaik bg saya. huhuhu

Pesanan Farid: Sila beri tindak balas positif wahai tuan yang menerima kotak coklat kedua. pls pls pls

Segmen Mari Menonton: The Mechanic yang kill kill die die



Ok at the very begining aku mmg teruja nak tgk cerita nih. So pada malam senin aku pi tgk kat klcc, tayangan pukul 8.10mlm. Tapi kan aku rasa org dah tak berminat menonton kat klcc kut, sbb nya beberapa ciput je yang pegi menonton, kaunter tiket lengang, tak de org.

Ok back to the story, menggunakan tajuk yang sama, cerita ini pernah ke layar perak untuk kali pertama pada tahun 1972, so yang 2011 ini adalah remake. Filem arahan simon west ini mengisahkan Athur Bishop (Jason Statham) yang bertugas sebagai mekanik, tapi lam cerita ini mekanik bermaksud pembunuh upahan yer. Plot memula dia ditugaskan membunuh tokei dadah kat columbia. Dia bunuh tokei tu dalam kolam renang yakni masa mamat tu tgh berenang. 

Athur ni terima job tu dari kawannya nama Henry yang berkerusi roda. Seterusnya si Authur menerima job untuk membunuh Henry plak. Adoi satu masalah plak. Camna ko nak bunuh kawan baik ko kan. So Authur pun set kekonon konco2 Dean (yakni org yang mengupah utk bunuh Henry) akan datang membunuh si Henry. Authur lead Henry yang berkerusi roda tu ke basement supaya dia boleh bunuh Henry kat situ. Henry kata dia rela mati kat tangan kawan baik dia berbanding mati di tangan Dean yang keparat itu. Maka Authur pun tembak je Henry (dengan pistol kesayangan Henry).

Lepas Henry di kebumi, Muncul plak anak si Henry yak ni Steve (Ben Foster), mamat ni sangat la bermasalah, dia berjanji akan mencari pembunuh apaknya. Memandangkan si Authur ni rasa bersalah kekonon nya sudah mengambil Steve sebagai apprentice nya (ini bukan cerita Donald Trump yer). Tugasan pertama Steve adalah utk membunuh seorang mekanik dari agen lain. Mamat ni besau godang. First thing dia kene buat adalah, adopt chihuahua, pegi satu kedai kopi (kedai kopi yang mekanik tu slalu pegi) then pose pose je kat kedai tu. Smua itu adalah kerana mekanik itu sangat tertarik dengan chihuahua dan juga young boys. Diulangi young boys (ni bukan kesalahan menaip). 

Setelah termakan umpan, mamat tu pun heret Steve kerumah nya. Tapi steve sudah tak mau dengar cakap Authur sbb sudah dipesan never get into that mamat cars. Steve berjaya gak membunuh mamat tu, tapi azabnya sangat la ganas, kene baling, lempar ke dinding kaca la apa la. Next juga ada tugasan yang di lakukan bersama Autur. Semua tugasan ni Dean yang bagi.




Pada suatu petang yang indah, Steve sudah terjumpa pistol kesayangan apaknya di rumah Authur. Ini bermakna Authur lah pembunuh apaknya. Tapi niat nak balas dendam tu di ketepikan dulu sbb dorang mau pi bunuh Dean yang jahat itu. Selepas Dean sudah dapat dibunuh, masa untuk Steve plak membunuh Authur. Gila kan cerita ni, smua main bunuh bunuh je. Kesinambungan cerita ni korang kene tgk la. Tapi ending cam ko dah boleh espek apa yang terjadi pun. So ko tak de la cam terkejut sangat.


Bagi aku, kalau korang ada peluang ke panggung, korang tgk je la cerita lain selain cerita ni. Sbb aku rasa cerita ni cam layak ditonton dalam bentuk dvd saja. Jalan cerita cam normal je, kisah pembunuh upahan yang keriru dan serba salah. 

Pesan farid yang tak pernah keriru: Sucker punch akan di tayangan pada March, wajib tonton.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis