Thursday, March 17, 2011

Segmen Mari Menonton: Mars needs moms



Dan sekali lagi segmen mari menonton muncul lagi. Kali ini membawakan cerita "Mars Needs Moms". (Berangan jadik hos, wayang kita) hiuhiuhiu. Then cerita ini adalah animasi dari walt disney dimana aku rasa 3D nya cam melepaskan batuk ditangga. Cam cincai boncai sikit la.


*Kiri, Gribble yang gemok dan Milo yang macam org hilang punca*



Ok kasik sinopsis siket ya, cerita mengisahkan Milo si budak yang tak dengar kata maknya, dan kehilangan maknya akibat diculik oleh martian yang memerlukan seorang ibu yang tegas. Warga martian ni terdiri dari jantina pompuan sahaja. Agak kalau lahir jantan, mereka akan hantar ke bahagian bawah bandar untuk dibuang disana. Martian ni diketuai oleh seorang martian tua perempuan kerepot yang di panggil supervisor (takde kaitan ngan supervisor kilang). Then bila dorang dah dapat culik mak si Milo ni, mereka akan dispose (cam sampah kan) selepas mereka sedut memori mak milo untuk di sumbat ke dalam Nanybot (robot pengasuh yang digunakan untuk menjaga anak anak martian). Anak anak kecil martian ini tidak dilahirkan seperti manusia, sebaliknya mereka mereka ini kuar dari tanah, like potato. Apa ke halnya tinggi naw imaginasi omputih nih.

*Ini yang bernama Ki, semua martion mempunyai punggong yang besar*



Then Milo ni semangat lah nak selamatkan maknya sehingga bertemu dengan Gribble, yakni si lelaki gemok yang dulu pernah juga kehilangan maknya. Gribble sudah duduk kat Mars sampai besar godang like gemuk camtu. Memula Gribble ni cam memainkan si Milo, ujung ujung dia sungguh sungguh tolong selamatkan mak Milo dan bertemu pula ngan Ki. Ki ni adalah lain dari spesisnya. Kira dia ni cam more tu human like la. Maka mereka bertiga bersungguh sungguh la menyelamat mak Milo. Adakah mak Milo sempat diselamatkan? Korang kene tonton. Animasi ini adalah like more to adult animation la, bukan katun bodoh bodoh. 

Ada satu scene aku cam teharu gak la, bilamana mak Milo cakap (selepas di alih bahasa) mak Milo memetik berkata "Kan senang kalau ko tak buat mak membebel tetiap hari". pastu Milo lak jawab "lagi senang kalau saya tak de mak". Haiyoo harus la kesentapan maknya hingga menangis. 

Pengajaran ayat: Kalau kat mesia ni derhaka ngan mak leh kene sumpah jadik batu. Tapi version omputih, kalau ko derhaka sama mak, nanti mak ko di culik oleh martian. Amacam best?

Farid yang suka menonton: Next turn Sucker Punch untuk di review. (Milo means My Love)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis