Friday, March 18, 2011

Naik tren laju tanpa tujuan



Seperti yang direncanakan, ikut jadual, hari sabtu ni mau ke Ipoh, tujuan mau ke Ipoh adalah tidak dapat dipastikan, tapi yang penting dalam perancangan ini adalah mau naik Tren ETS yang baru. Ikut fakta dari KL ke Ipoh hanya mengambil masa dua jam sahaja menggunakan tren pantas ini. 

Korang boleh naik samada di Stesen KL mahupun Stesen KL Sentral. So aku decide untuk naik dari KL Sentral. Tiket ari tu dah survey, beharga RM30 untuk sehala. So pi balik sorang RM60. Kira ok la kan, not too expensive. Esok dah nak pi, tapi hari ni baru terkial kial nak booked hotel. Padan la muka kamu kan suka buat keje last minit kan farid. 


Last time masa kat KL sentral, aku ada la ke kaunter ETS ni mau survey tiket, lepas tanya itu ini, aku lak pening. Sbb tukang jawabnya adalah kurang bijak atau pun aku yang ting tong. Kalah nak naik tren pi europe sana pulak. So apa apa pun, nanti dah settle this trip, aku kasik update then korang boleh la berperancangan dengan pasangan mahupun keluarga tercinta untuk menaiki tren yang pantas ini. Untuk menggelakkan korang pening mcm aku, boleh rujuk sini :-> ets-rain.com.my

Pesanan farid yang gemar naik tren: Naik naik smua tren yang ada kat mesia nih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis