Thursday, March 10, 2011

Segmen Mari Menonton: Beastly yang suam suam

*Alex Pettyfer ini juga membintangi I am number four yang ditayang  pada waktu yang sama dgn Beastly*


Smalam aku pegi menononton Beastly kat klcc. Ok aku pon taktau kenapa aku choose this movie instead of others. So let the story begin. Mengisahkan Kyle Kingson (Alex Pettyfer), anak kepada pembaca berita terkenal dan kaya raya. Dia ni amat lah berlagak, bongkak dan sombong tapi dia mempunyai rupa paras menawan. Then Kyle satu skola ngan Kendra (Mary Kate Olsen) si awek Goth yang pepelik je stailnya. Kendra sangat la membenci si Kyle ni. Lalu di sumpahnya Kyle menjadik buruk (cool gila power dia kan, aku pun nak jugak la ada power gitu). Kat tangan Kyle ada tatu pokok. So bila pokok tu mula tumbuh bunga dan tiada siapa yang cintakan Kyle makanya Kyle akan berwajah buruk begitu buat selamanya.

*Nak pi blaja ilmu sumpah sumpah ni dgn Kendra la, kalau tak puas hari siket, trus aku sumpah korang*


Dalam masa yang sama ada sorang awek ni namanya Lindy (Vanessa Hudgens) sudah tangkap cintan ngan Kyle tapi masa Kyle tgh melethop rupa parasnya, harus la Lindy di boo layan oleh Kyle. Tapi bila dah buruk ni, barulah Kyle tercari cari Lindy. Apak Lindy ni adalah penagih dadah tegar, jadik ada masalah hutang piutang, so Kyle mengambil kesempatan utk amek Lindy kekonon nak jaga beliau. Masa Kyle sudah sudah disumpah menjadi buruk apaknya sudah sorok Kyle supaya org ramai tak nampak. Kyle di temani pembantu rumah dan seorang tutor yang buta tapi kerek dan slalu buat lawak tak menjadik.

*Kalau di telek bebetul kat kening Kyle ni ada tulisan Jawi, ko perasan tak?*


Makanya bermula la langkah camna si Kyle (tukar nama jadik Hunter supaya Lindy tak tau yang dia adalah Kyle yang bongkak) untuk mengurat si Lindy ini. Dibina nya green house la bagai. And korang dont worry, its  a happy ending, and Kyle dapat balik wajahnya. bagi yang sudah menonton cerita ni, korang ada tak rasa yang si Lindy ni cakap seperti wanita tgh orgasma?. Cer cakap elok elok kan bagus.

Cerita ni tipikal cerita cinta, cuma ada twistnya sbb dia jadik buruk sbb disumpah oleh si ahli sihir yang melethop dan ada sense of fashion yang tinggi. Jadi kalau dah tak de sangat cerita kat wayang nak ditonton boleh la korang tgk, tapi lebih afdal tgk dvd sahaja. 

Pesanan Farid: Dah tetiap minggu aku pi menonton hari ni. Pada pihak majalah mahupun akhbar yang memerlukan pengulas wayang sila la hired saya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis