Monday, March 21, 2011

Mari makan makan sampai perut sendat

 *perkenalkan dari kiri Rib eye steak yang ditemani dengan onion ring yang dikasihi, depan sekali burger yang sperti org misken makan atas paper, dan dihujung itu Cajun Chiken dihiasi seperti muruku deva tapi tu sbenarnya adalah hirisan kentang*


Beberapa hari yang lalu aku, maya ngan kak tin adalah berperancangan mau makan makan di bubba gump, the curve. Smua pun lapar tahap ikan lumba lumba. Sesampai je trus bergegas ke Bubba Gump ditingkat atas. ini kali ke tiga aku mai kedai nih. Ok pegang menu dan sedia untuk order. Aku amek burger, kak tin amek Cajun Ciken dan Maya piula mengambil Rib eye Steak. Minum pula aku tak ingat apa kenamanya. Yang aku tau aku nyer smoothie rasa kacang (bak kata maya, rasa cam kuih raya) adoi la.


Ini kali, kami semua duduk kat tingkat atas. Bak kata kak tin, design tingkat atas ni upama pelabuhan ikan. Tempat pun adalah sunyi sepi sbb ramai kat bawah. Keazaban menunggu makanan ibarat menunggu bulan jatuh keriba, kemain hamat lamanya. Then bila dah makanan sampai, tanpa berlengah semua pun sumbat la makan, eh itu aku. Mmg lately nih trend aku makan, sumbat mulut sampai penuh sbb tak suka nak suap banyak kali.


Dah setel makan makan segalanya, sambung jalan kat the curve, smua amek feel like mcm hari minggu. Sirosli Seriousli perut like mahu melethop akibat kekenyangan terlampau. Sampai kat opis pon still lagi rasa camtu. 


Neway, thanx pada kak tin sbb sudi drive kami kami ke sana ngan lajunya. Thanx juga pada maya sbb turut serta. Dah tu je. Entri makan makan mana boleh taip banyak banyak pon. Dah dah pi sambong keje.

Pesanan farid sambil mulut penuh mengunyah: Nak ipad2, nak ipad2, nak ipad2

8 comments:

sW33tdARLiNG said...

kenapakah blog engkau berlayout begini...? sangat tidak maskulin

farikh said...

maskulin atau tidak, blakang cerita, janji aku sukak haha

TiNiE said...

yit, mcm pelantar ikan dowh...

farikh said...

alamak silap ek bukan pelabuhan hikhik

sufian.ghaffar said...

waduhhhhh sedap bangat dongg

farikh said...

sufi: yup mmg sedap gila, sampai tak leh bernapas huhuhu

Abang Long said...

Salam...hish!! Lapor la pulak bila baca citer pasal makan nih..tapi diet tetap kena teruskan coz masih ada lg lemak2 kelihatan di perut hehehe

farikh said...

A.long: makan sikit tak pe kut, tak gemok. pas makan trus senam huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis