Monday, September 30, 2013

Pagi pagi pegi panjat itu Bloga


*Konon konon nak pos cam hantu seram, tapi tak jadi plak*

Oh itu hari gua cam terpetik rasa nak panjat Broga, ajerr lama tak memanjat. Dalam erti kata lain, lama tak bersenam. So mari kita panjat. Pukul 315am, dah bangun bangun siap mandi smua, kul 330am kemal dah sampai bangsar dan kami kami ni terus ke bank pungut Nok gemok plak. Pastu terus je ke Broga sana, tapi singgah srapan mekdi dulu, pastu singgah lagi kat pekan semenyih beli plaster ngan air mineral.

*Puyalah penat sampai terbongkok bongkok, mantap betul lakonannya*

Lebih kurang nam lebih dah sampai kaki Broga, bayar duit parking, pusing pusing cari parking, yer tempat gelap gelita somemore penuh kereta. Pastu dah jumpa parking turun je kete terus siap siap nak panjat, oh kalau lu orang pegi waktu subuh subuh gajah camni, jangan lupa pula bawak lampu suluh ya. Kang kalau tak bawak terpaksa la folo je orang lain plak, suka diingatkan jalan adalah gelap gelita plus sikit bahaya. 

*Kemal siap lampu di kepala, nak membedah atau nak masuk gua ni?*

Walaupun keadaan masih la subuh, tapi suasana kat kaki bukit tu dah rupa pasar malam. Kemahin ramai betol orang orang, ada tua ada muda, ada bawak anak kecik, ada yang pakai selipar, ada yang pakai suar jeans bak kata nok cam nak pi klcc. Tapi apa yang penting kita kene la pakai pakaian yang sesuai, esp kasut. Sbb kalau pakai selipar, buatnya selipar tu putus tengah jalan, tak ke berkaki ayam dikemudian hari?! so awas.

*Masih lagi berkonsepkan kepenatan kononnya*

Namanya pun si pemalas yang tidak bersenam, baru jalan setengah kilo, penatnya cam kan ko dah berlari dari kl ke johor sana. Fuuuuuuuuu cungap cungap. Pastu dah sampai punck yang rendah tu, terus rasa cam malas nak daki lagi, boleh? terus gua ngan kemal pos pos je kat situ. Nok gemok meneruskan perjalanan sensorang ke atas lagi. Yer last time gua pegi ngan nok, kami duk panjat sampai atas, pastu nok gemok jatuh berguling masa nak turun. So berlandaskan pada ketakutan dan juga kemalasan yang ada, gua decide to pos pos cantek je kat bawah. Nok kata masa nak turun dia suda pucat, padan muka sapa suh panjat sampai atas sana. huh. So pas dah tunggu nok turun, kami ni semua pun turun la pelan pelan ke kereta. Gila tak mencabar pi panjat broga ujung ujung ko pos cantek je. Lantak sana.

*Sutunnya tak berapa nampak lak*

Masa nak mula panjat lagi, mulut memasing dah berbuih beuih menyebut sik mak, sik mak. So balik je terus pi makan sik mak tepi jalan, nok gemok ngan kemal makan sik mak ayam, gua makan sik mak sutun. Pulun teh tarik plak tu, fuuuuuuuuu. Masa nak panjat tak leh minum teh tarik, buat nya tetiba rasa panggilan alam, maut padahnya. Ada yang melepas batuk di dalam semak plak nanti. So kita minum setelah turun. Yer la gua tak leh minum teh tarik, kalau minum pagi pagi mesti rasa nak buang ayaq besaq yo.

*Haaa pueh hatik dapek makan sik mak?*

Dah memasing kenyang, gua tinggalin nok di komuter batang benar sana, pastu gua ngan kemal meneruskan perjalanan ke PD plak. Dah tu je.

Farid kata: Punya la ramai umat suka panjat bloga rupanya. (Cuba korang cek in dalam fb, mesti ada tulis "panjat bukit bloga" pengsan)

Friday, September 27, 2013

Round up skali lagi

Bila farid malas, dia akan buat entri round up sepanjang minggu. Bagus kan? Dasarrrrr, ok mula...


Itu hari pi plaza damas amek kek ngan norin noor ngan farah, pastu pusing pusing tak tau nak makan apa, ujung ujung bedal Bagel cheese je. Dah lama tak makan pun bagel cis ini. So dapat makan aritu pastu rasa hepi. *ayat merepek sbb tangan menaip, pala otak duk pikio benda lain. Multitask lah katakan.


Oh itu adalah bukan duit raya, tapi isi dalamnya adalah pemetik api. Man adalah baru pulang dari aussie, nasib baik dia tak bagi pris meknet, sbb gua tak simpan lagi dah pris meknet. Semua nya sudah disimpan didalam kotak. Oh lighter ni akan disimpan di opis je, bukan apa, kot emergency lighter tinggal ke hapa, leh la guna. anyway makasih pada man. Guna untuk bakar rokok bukan bakar opis plak ye.



Itu hari pi makan kat the loaf, konon nak minum signature coffee tu, tapi harammm katanya abis. So amek la fruit punch, skali rasa obat kauuu *amek gitar nyanyi lagu hai obatt hai obatt mari beli obattt kalau lah terlambat tak dapat. Segala buah campur, terus jadi pahit pahit kelat. Ke gua yang kuat manis pun tak tau la. Pastu amek beef balognese, camna ntah eja tak reti, tapi yang spagetti tu la. Rasa ok ok la, tak mengujakan, dan tak menghampakan.  


Awal minggu itu hari smua cam kecoh kecoh update ios7 kan? so gua pun gegedik sama la nak update. Siap bawak mekbuk bagai. Pastu tak lepas update katanya itunes tak update, makahai betol, pastu bila dah update still lagi katanya tak update. Last ntah apa gua godek, boleh la update, tapi yang rasa hanjengnya adalah nak update ios7 tu amek masa 7jam, diulangi 7 jam yer. Sbb kan miang sangat nak berupdate nak mengikuti perkembangan semasa, haaa tunggu je la. Sumpah sumpah carut pun tak guna, last last dapat jua update dan hepi. 


OK dah tu je rentetan sepanjang seminggu. Nak cerita pasai jenjalan, gua tak berjalan pun, cuti dah sendu. Jadi marilah bekerja tanpa rasa penat lelah. itu je babai

Farid kata: Lima belas kali buat kira kira cukup ke idak duit nak melancong ni.

Thursday, September 19, 2013

Berry Pratama - Salahkah Cintaku


Berry Pratama - Salahkah Cintaku


Asalmu dari mana, aku baru kali ini bertemu
Manusia seperti dirimu tak pernah bisa merasa salah
Walaupun seribu saksi mata

Kamu tak ada duanya mungkin memang satu-satunya di dunia
Memiliki hati keras keras melebihi batu gunung
Lurus tanpa ada rasa salah

Salahkah cintaku bila maafku terus mengalir
Dan takkan berhenti mengampuni, salahkah cintaku
Salahkah cintaku bila aku mempertahankanmu
Walau terus disakiti, salahkah cintaku



Friday, September 13, 2013

Ch 7- Time tunnel entri yang ditinggalkan secara eksiden


*yang penting tangan dalam poket, feeling orang kaya*


Ni adalah entri yang tertinggal, maklumlah gambar berjuta juta, mana maunya nak ingat smua. So skang kasi cerita. 


*Kat kedai gunting rambut dolu dolu*

Ni adalah kali kedua gua kemari, dulu dulu ngan maya sopiah ngan cik z rasanya. So since kemal tak pernah pi pon, so kita pi, bayaran masuk dikenakan adalah tak ingat. Sila google je. Pastu nama pun time tunnel maknanya dibawa merentas masa la, bukan ke masa depan yer, ni kebelakang plak. 

*apa stail mau? saloma mau? (kamera sangkut kat ketiak, amek gamba pakai fon)*

Jangan pulak lu orang espek ada benda benda canggih lam ini. Semua pun barang barang purba. Haa purba ok, maknanya mmg barang lama lama gila. Banyak la barang barang yang mengimbau kenangan, bak kata kemal "eh aku ada tabung camtu dulu", gua pun tak mo kalah "aku pun ada tapi yang sebelahnya tu" ater pak aji hidup dah lama, harus la tau benda benda lama ni kan. Dah sila layan gambar ye.


*Game tikam tikam, dulu zaman gua, dia letak kertas je, so dalam kertas ada nombor. So bayar, cabut kertas, tgk nombor, pastu klem hadiah, kalau dapat hadiah la, kalau kurang nasib, dia tulis "terima kasih" terus rasa nak naik hanjeng.


*patut gambar ni kat first skali dah tunggang langgang, terkebawah plak*

*Segala mak neka tabung*

*pun tabung lagi, kalau tak kaya sampai ke tua, tak tau la*

*Duit jepun, tapi bukan duit daun pisang, ni duit pokok kelapa?*

*Segala jenis mug*

*Nampak tak kosi paling depan skali, gua cakap ngan kemal malam malam pasti dia goyang sendiri*


*motip tetiba lee kuan yew dalam ni?*


*Permainan dulu kala yang besi besi smuanya, elok bagi anak buah gua yang pomen tu main ni je, kalau kopak gak, tak tau nak cakap apa*



*masa amek gambar ni kamera auto fokus smua gambar poster pokcik pokcik ni, kata face deteksyen*


*Korang mampu giling cili sambil main congkak?*


*Cerita yang cuba di sampai oleh bahan pameran ini, naik beskal roda tiga pastu langgar pili bomba lalu pili tu tumbang, beskal ok je tak kemek pon*

Pada lu orang yang banyak kali pi Cameron lalu naik muntah tgk teh ngan stroberi macam gua, apa kata pi muzium ni. Kira lain dari yang lain juga la.

OK dah tu je, gua tak berlama lama dalam tu, ajer bau kepam cam takut terbersin bersin plak nanti, kemal plak ada resdung, kang buatnya tertanggal hidungnya, mana nak cari gam gajah nak tampal balik. Bye

Farid kata: Kaki kiri sakit sudahnya jalan dengkot dengkot cam si capek

Thursday, September 12, 2013

Ch 6 - Pulang ke pangkal jalan



OK dah masuk hari terakhir kat cameron, bangun pepagi bermalas malas dulu depan tivi, pastu masak nasi, gua ngan kemal duk abis kan apa je bekalan yang kami bawak masa nak mai sini. Ada kari dalam tin bagai. Semua kasik abis, malas nak bawak balik. Pastu kemas kemas la beg smua, dan cek out.


Disebabkan ari senin Boh sg palas ni tutup, jadinya kene la pegi hari slasa pula. Yer parking nya masih di bawah bukit lalu memanjat la dengan rela hati jalanan berbukit itu. Mengah mengah kau nak minum secawan teh je. Tapi tak pe, bak kata orang orang, bukan hari hari nak mendaki camni kan. So kita daki.



Disebabkan dah makan nasik sebelum cek out, so kita makan ghoti ghotian sahaja. Dan teh tarik juga. fuuuuuu angin masa ni agak kencang, abis serabai rambut yang baru di set tadi. Seperti biasa pelancong jua meramai disini. 


Pastu dah makan makan segala, turun bukit amek kereta terus kita pulang lah yo, jangan benti benti lagi, kang mau tengah malam sampai umah plak. Jalan turun sikit menguji kesabaran sbb banyak lori, oh gua ikut simpang pulai lagi. Jauh sikit la. Dan ada pening pening juga la, ater dah minum teh tarik sbelum tu, kemungkinan nak memuntah tu adalah tinggi. Tapi tak muntah pon, rasa loya loya je.




Pastu dah masuk highway, singgah hentian tapah, pi makan. Tapi tak tau kategori makan apa ni sbb masa ni dah pukul 5. Gua makan mee kari, kemal makan sik ayam, pas perut dah kenyang, pi beli jambu plak. Cari kedai awek cun cun. Usai mendapatkan jambu sampai tiga bungkus, moh la balik, dah nak pengsan rasa nya. Kemal mandu plak sampai sungai buloh, pastu gua pandu balik sampai lah ke Bangsar. 

Begitulah percutian ala kadar ke cameron highland yang ntah keberapa belas kali ntah. Pas ni, kalau gua pi Cameron lagi, gua buat vlog je la, tak larat nak upload gambo pastu nak naip lagi. Kematu jari duk cerita pasal teh ngan stroberi je manjang. *rendam jari dalam air panas.

Farid kata: Gua rasa cam ada je entri pasal cameron ni tertinggal

Ch 5 - Bharat ke Thimur



Dari membeli jam stroberi, ke Cameron Barat lah kita. Masa sebelum pegi ke sini, cam kobar kobar nak makan brownies dengan eskrem, ujung ujung dah baham scone terus rasa cam mual mual, tapi takat mual tu apalah sangat kan, so kita baham ciken pie bersama dengan teh o ais laici. Tu la gua kata, cameron dah panas nowadays, so kita kene minum ais.


Ada variety pilihan disini, ada donut la bagai segala. Dan yang penting gua rasa teh teh yang dijual di kedai disini adalah mahal berbanding di pasar malam. Sikit la mahal. Tapi gua beli jugak kat sini. Amek feel katanya. 

*Bayangkan tukang potong teh tu kene potong kat atas puncak sana, tak ke tercabut nyawa nak daki tu?*

Walaupun hari itu adalah ari senin, makhluk juga banyak yer waktu itu, sbb sebahagian besar pelancongnya adalah warga arab, so dorang pedulik apa ari senin ke, slasa ke, hari raya ke, tetap la bertebaran di sana sini. So makan makan, amek gambar sikit pastu tak yah pikir pikir lagi mmg kene balik untuk tido, resaksa biasalah, dah makan kene la tido, baru lah gemok. 


Farid kata: Tahun depan baru buleh melancong jauh jauh, sedey

Wednesday, September 11, 2013

[22] Danazine



Rentetan dari kisah pemasangan berturutan, hari ahad gua cuba pasang Danazine pula, masih lagi dari siri Gundam Age. Tapi ni mmg lain dari yang lain sbb ianya berupa seekor dinasor plak, tak de ciri ciri Gundam biasa pun. Masa bukak je kotaknya tgk part nya, mampuh banyak hoi. *Nangis ketuk ketuk kibod


Most of the part mmg kaler hijau askar dan hitam. Kurang menarik, tapi Danazine ni ada kluar cam special edition kaler ungu. Dan pasti lah susah nak dapatkan. So kita beli je la kaler hijau askar ni. Bagai yang disangka, yer mmg lagi payah dari Ghirarga nak masangnya. 


Bahagian perut nya je dah berapa lapis. Gua dah pasang lapisan terakhir, skali ada plak part yang tertinggal menyebabkan kaki nya tak leh disambung, so dengan perasaan amarah yang melampau, gua barai la balik smua sambil mencarut carut dalam hati. Bila dah siap pasang, dah bahagian perut tu plak tak leh tutup rapat, apa ke bala betul la hai. Tapi pedulik la, janji smua part bersambung.


So mari kita usha usha model lain pula, dan yang penting bukan berupa dinasor lagi, hazab dan tobat tak mo pasang lagi.

Farid kata: Bulan depan baru boleh beli lain

Ch 4 - super scone


*Ada askar lahad datu kat sini tgh memantau medan peperangan*

ok dari kea farm, Kemal kata nak pi beli jam stroberi untuk aweknya, jadi ke Kampung apa ntah namanya. Tak ingat. Tapi ni jam orang mlayu buat. Kedainya cam atas bukit. Ada mokcik jaga yang penting mokcik ni speaking london ok. Feeling kat Cardiff ke makcik hoi? Memula cam decide beli jam pastu berambus, tapi tetiba gua jadi terpana ngan scone nya. Cam sedap je nampak gayanya. So kita order, scone ngan teh lemon seteko dan juga dadih stroberi. Gerga sangat makan banyak camtu. Tapi percayalah licin ku bedal smua itu.



Apa yang buatkan scone nya cam sedap adalah jam stroberinya. Sbb normal orang akan pakai jam biasa, tapi ini sebijan sebijan stroberi nya, jadi nikmat nya sangat sukar digambarkan mahupun bukan dengan gambarajah. Jadi kalau lu orang pegi sana, sila gitau gua, gua akan bagi peta. Gps ke kau ini?!

Selesai beli jam, cam biasa, fikir jap nak pi mana lagi. Pastu nak pi Boh sungai palas, tapi tutup la pulak di hari senin, jadi kita pi Cameron Bharat je la. Janji ada feel minum teh tepi ladang, feeling tu penting, walaupun ke Cameron sahaja. Next entri yo

Farid kata: Satu tempat satu entri, hadap sampai muntah

Tuesday, September 10, 2013

[23] Ghirarga



Dah lama tak cerita pasal Gundam, ok now nak cerita. Beberapa minggu yang lepas, gua ada membeli dua bijik Gundam, cam biasa beli online la. Walaupun beli dua, cas penghantaran adalah sama dengan beli satu yakni rm8 je, so hepi. Gua beli ni beralamat kan nama adik pompuan gua, ujung ujung si pos laju tak jumpa umah apak gua. What the pisang?! Dua tiga kali kol tanya betui ke idak ke alamatnya ini. Tapi akhirnya slamat sampai jua. *capai mic nyanyi lagu memori daun pisang

*Nampak tak dalam tu ada kad? itu adalah kad untuk cabutan bertuah, ingat family day je ke ada cabutan bertuah?! beli gundam pon ada tau, paling kelas boleh pilih pilih apa hadiah yang bakal dimenangi*

Ini kali gua beli kedua dua adalah waktak jahat dalam Gundam Age, ater nak try la pasang selain dari Gundam biasa. Yer mmg mencabar. Gua pasang Ghirarga ni dulu, keseluruhan ya berwarna merah, ada juga part kaler pink, hijau, kunin dan hitam.


Pasang punya pasang, skali bila nak cantum kan badan, tangan ngan kaki, baru gua sedari yang kaki nya kedua duanya belah kanan. Ok tak kelakar ni, sbb nak tukar mmg kene baraikan balik, cam keharom rasa masa tu. Tapi dari ku campak kan bendalah ni lalu berputus asa, rugi la pula kan, So gigih la bukak balik bahagian kaki tu lalu pasang yang sbetulnya. Tapi gua mmg pasang ikot manual. Sila salahkan manual bahasa jepun tu.


Pastu Ghirarga ni ada ekor, dan bukan sebarang ekor ya. Ekornya kene sambung sambung guna wayar. Tulisan dalam manual adalah bahasa jepun, gambarajah plak cam mengelirukan, gua buat separuh jalan, pastu cam tak jadi je, terus ku campakkan ke tepi ekor tu. Tak yah ekor pun cantek apa *walhal tak reti pasang.





Ok, keesokkan harinya kita pasang yang lain pula ya.

Farid kata: Berangan angan nak beli model scale 1/100 plak pasnih, berangan je la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis