Thursday, March 3, 2011

Invincible Youth yang akan buat korang ketawa tanpa henti





Semenjak dua ni, aku sudah ketagihan menonton rancangan Invincible Youth kat youtube. Rancangan ni pun keudara di astro chanel 391. Mengisahkan 7 anak dara yakni sebahagian dari mereka adalah dari group menyanyi wanita yang popular kat korea. Mereka di letakkan di sebuah kawasan pedalaman, Yochiri. Mmg kawasan kampung benar. Mereka menggelarkan diri mereka G7. So mereka akan bercucuk tanam, menternak dan memacam lagi kerja kebun yang mereka lakukan. Dalam sambil sambil berkebun mereka mereka ini suka buat game yang meraban raban. Habuan menang selalunya cam makan makanan yang sedap. Mereka juga melakukan kerja kerja kebajikan.

G7 terdiri daripada:

Hyuna: Dia ni anggota kumpulan 4 minute yang popular ngan lagu Hot Gossip. Suka membebel, dan suaranya cam kartun.

Hara: Dia ni anggota paling muda. Berasal dari group KARA. Walaupon paling muda, dia pandai bawak traktor, tapi malangnya masa nak amek lesen traktor beliau gagal la plak. Hara juga adalah penjaga sepasang ayam dia rumah yang mereka tinggal.

Narsha: Anggota kumpulan Brown Eye Girls dan berusia 30thn, dia adalah paling tua kat dalam G7. Pantang nampak lelaki kacak pasti tergedik. Aku paling suka Narsha lam G7.

Sunhwa: Dia ni digelar white paper sbb fikiran nya mmg blank. Menghadapi masalah nak hafal sifir. Anggota kumpulan Secret yang popular ngan lagu Madona.

Hyomin: Berasal dari group T-ara. Minah ni pon cam blank gak. Klam kabut cari but dia yang konon hilang. Hujung hujung but yang dicari, sedang dipakai oleh beliau sendiri. Sadis ko Hyomin. Hyomin ni kalau pape pasti nak berduet ngan Sunny, kerana bagi beliau, Sunny adalah mentornya.

Yuri: Asal dari Girl Generation (snsd), dia ni suka tido sambil mulut terbuka. Terkenal kerana mempunyai bulu diperut. Euuii!

Sunny: Juga anggota Girl Generation, dia ni antara yang terhebat diantara tujuh wanita dalam G7. Slalu menang game. Dan sayang gila pada lembu yang dibela oleh mereka. Masa lembu tu kene pasang ring pada hidung, Sunny nanges bagai nak gila.



Makcik yang berambut mangkuk itu adalah hos, dia adalah paling porak peranda dalam rancangan ni. Pakcik tua tu plak like macam pengetua dalam AF la. So dia akan mengarah apa yang perlu di buat pada setiap hari. Normally korang akan tgk gadis gadis ni pakai pakaian yang seksi dan cantik, tapi lam rancangan ni, korang akan tgk betapa selekehnya mereka.

Ko tgk Narsha bergambar terkangkang koyak. 

Rancangan ni baru ending season baru dimana Yuri dan Sunny diganti ngan dua gadis yang lain. Jika korang mempunyai masa senggang, apa kata korang try dulu tgk satu episod rancangan ni kat youtube, tapi make sure yang ada Sub, kalau tidak tercangak cangak nak paham apa yang sedang diperkatakan.


Pesanan Farid yang suka gila Invincible Youth: Kat mesia pun kalau ada rancangan camni pasti menarik. Tapi harus la ko pilih gadis yang molek molek yer huahuahuahua

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

ko try tengok oh! my school lagi lawak...!!

farikh said...

ok kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis