Monday, September 3, 2012

Ganu kita pt1

*Pepagi senyum lah, dah masuk tgh hari muka macam tempe penyek*

Bersempena cuti hari kemerdekaan, mari kita memerdekankan diri ke Kulaa Terengganu. Seawal jam 630am, kemal sudah kutip gu di Bangsar. Terpisat pisat bangun pukul 5 upamanya mahu bersahur. Lalu menujulah ke Lebuhraya Karak, demi sahaja menggelakkan kesesakkan, jadi bertolak la sesubuh gajah itu. Walhal dah eksited bagai nak rak. Ini adalah kali pertama kemal ke KT dan kali ke 5 gua ke KT ini.


*kompiden itu penting, Nmpk tak gua kat sbelah tgh nyanyi lagu Broery?*

Setelah mendengar nasihat Kemal, masuk genting sempah berpusing pusing lalu tetiba terus ke jalan kluar, konon macam nak brekpes, ujung ujung dah salah jalan, abaikan, terus posid ke petronas seterusnya, apa nama gua tak ingat. Makan nugget sahaja utk sarapan. Dan menyambung perjalanan. Masuk sahaja Lebuh raya Pantai Timur, stereng bertukar tangan. Ini adalah masa gua menumpukan tumpuan untuk menyanyi segala lagu yang ada dalam ipod sampai makan junk food. Kemal drive elok elok.



Dah masuk terngah ari dah tak tau nak makan kat mana. Nak benti tepi jalan di Cherating tu mmg boleh, tapi agak kurang menyakinkan kedai kedainya. Jadi jalan punya jalan ketemulah dengan Mesra Mall, mall ini bukan kepunya bob af. Walaupun mall ini duduk nya agak pedalaman, tapi kedai dalamnya adalah canggih canggih. 


*lupa nak rotate, kira halal je la yer*

Setelah pegi ke TMC membeli bekalan makanan, skali terlintas depan Pizza hut, tapi bukan nak makan pizza, makan spagetti sahaja. Maka duduk dan pesan. Takdak pelanggan lain dalam kedai tu. Tapi makanannya tetap lah lambat. 



*Arabiata ke hapa ntah tajuknya*


*Udang ke prawn ke apa ntah cam salut tepung*

Dah kenyang sambung jalan lagi. Gua pun tak tau kenapa gua tulis entri kali ni macam robot. Tapi korang bacalah je la, kalau malas baca, tengok gambar yer. TBC

Farid kata: Lately ni kurang stress, alhamdulilah

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis