Usai cerita pasal makcik garang, kita sambung lagi yo. Ini kali ke Taman Tamadun Islam pula. Ok at the first place gua nak kasik tau, gua agak kejanggalan memakai short di taman ini memandangkan ia berkonsepkan masjid *walaupun replika je, tapi gua mmg tak dapat mengelakkan nya demi sahaja cuaca di tempat ini upama musim summer di negara barat. Jadi maafkan gua.
Tiket masuk ke Taman Tamadun Islam ini adalah rm15 beserta satu kupon discount utk makan dan satu kupon diskaun untuk cenderahati. Ada juga pakej pakej lain seperti naik bot segala, tapi gua tak mengambilnya kerana agak kurang lojik nak naik bot di tengah hari rembang serta panas seperti didalam ketuhar gelombang mikro.
*macam real je* |
Ini kali kedua gua kesini, dulu pertama kali bersama keluarga auntie gua. Pon panas menerik seperti ini. Taman ini menempat replika replika masjid popular dari selulruh dunia. Dari masjid negara hingga ke masjid berupa kek kahwen, smua ada disini. Keterangan setiap masjid juga di sediakan.
Kemudahan bagi mereka yang malas berjalan juga disediakan, anda bolehlah berbasikal, menaiki kereta bagee atau tram. Tapi satu masalah yang gua rasa Taman Tamadun Islam ini kene uruskan ialah, ianya hanya mempunyai satu kaunter utk semua kemudahan yang disediakan. Kat situ kaunter basikal, kat situ la nak jual air, kat situ la nak beli aiskrim, dan lebih hebat lagi, semua umat tak reti beratur. Maka tonggeng langgang la jadinya.
Gua cakap ngan kemal tak payah la nak komplit kan satu Taman ni, nanti ada yang mati dehidrate pula. Jadi kita jalan dimana mana masjid yang penting sahaja. Ada beberapa masjid mempunyai ruangan berhawa dingin di bawahnya dimana ia menempat segala keterangan dan bahan pameran berkaitan masjid berkennaan. Heaven gila masuk dalam tu, sejukkkkkkkkkkkkk.
*Nak amek gambar pun kene bawah pokok, baru efisyen* |
*Running man konon konon* |
Dah puas berpeluh peluh dalam tu, keluarlah kita untuk makan, keje nya makan sahaja. Demi sahaja menggunakan kupon diskaun, gua terus duduk di meja makan, kemal yang menguruskan segalanya. Sistem di tempat makan ini agak merepek, di tambah dengan staf yang kurang adab. Ok sabarrrrrr. Selesai makan, pergi kedai cenderamata beli fridge magnet pula. Selesai
Ok bergerak ke destinasi seterus nya.
Farid kata: Kenapalah kebelakangan ini gua amat menitik berat tatasusilawati sangat?
Published with Blogger-droid v2.0.6
No comments:
Post a Comment