Monday, September 3, 2012

Tania si penipu besar

Itu hari gua ada tertonton kat Nat Geo sebuah dokumentari bertajuk "Women who wasn't there". Tak tau la apa motif rancangan ni. Tapi at the first glimpse macam ada kena mengena dengan tragedi 9/11. Jadi Kemal pon sudah kobar kobar mau nonton, gua tak hirau sangat kononnya lalu capai ipad nak main game, ujung ujung campak ipad tepi, terus fokus tonton.

*Muka si penipu besar bersama buku yang dihasilkan berinspirasikan penipuan si perempuan gemuk ini*


*Tengok hasil dari penipuan itu, Tania di sanjung hebat lalu menjadi popular*

Cerita nya berkisarkan si perempuan bernama Tania Head. Beliau merupakan survivor, kira dia ni mangsa yang tersleamat dalam tragedi 9/11. Beliau mula la mencerita bagaimana beliau terselamat tatkala beliau berada di tingkat berhampiran yang di rempuh pesawat yang telah di hijack oleh pihak pengganas. Kata  beliau lagi, dia keje di floor berkenaan, dia nampak org terbakar bagai segala, sedangkan beliau hanya ala ala terbakar melecur di bahagian belakang *kat sini dah nampak membongaknya. Beliau di papah oleh seorang ahli bomba ke tempat yang selamat. Kemudian beliau terlantar di hospital tatkala rakyat jelata US meraikan Thanks giving.

Lepas itu Tania mengorak langkah lalu menjoin Yahoo Group yang terdiri daripada smua survivor yang terselamat dalam kejadian itu. Group tersebut sudah mempunyai founder dan presiden nya. Stelah berminggu minggu menjadi ahli dan memerhatikan segala tajuk dan topik yang di bincangkan didalam group itu, Tania pon membuka mulut dan bercerita tentang pengalaman beliau. Semua pun was like, WTF kau boleh survive, kau memang wanita hebat. Bravo bravo

Semua dalam group pun sangat menyanjung Tania. Dia juga amat aktif dengan kumpulan tersebut. Banyak aktiviti yang dia anjurkan. Kira macam orang kuatlah. Pada suatu hari yang indah, board kepada kumpulan itu memetik berkata akan ada pemilihan orang baru untuk presiden. Tania pon like contact Gerry yakni si presiden sedia ada, dan kata tak payah lah hadir, mungkin anda takkan menjadi presiden lagi. Ok group ini hebat ke sampai nak jadi presiden macam nak gaduh gaduh bagai? Siap ada borad bagai?!

Gerry hadirkan diri juga la demi menjaga maruah dan air muka beliau. Dan seperti yang dijangka, beliau tewas pada Tania ini. Its ok Gerry. Then Tania makin la berkuasa. Dia juga mempuyai seorang teman baik kira macam bff lah kiranya, namanya Linda. Linda ini amatlah mempercayai si Tania ini. Tania juga ada memetik, katanya dia ada berkahwin dengan Dave di Hawai sebelum kejadian 9/11 berlaku. What ever la kau perempuan. Gua ngan kemal dah memekik mekik kata prempuan ni halusinasi je lebih.

Ok sehingga lah tiba satu hari, New York Times hubungi Tania untuk menemuramah dia untuk artikel mereka. Dan secara mejis nya Tania, tak mahu jawab sepatah soalan mereka. Smua jadi bingung. Pada satu hujung minggu, Tania menangis like hell katanya dia tertekan dengan dengan syarikat paper itu, lalu mencerita pada Linda dan beberapa rakan lain. Smua like wtf, just cerita sahaja la, sbb tania duk ulang cerita hebatnya pada rakan rakan nya llike a zillion time. So apa masalah peranakan kau sangat nak cerita pada paper tu?

Temuramah New York Times itu bertukar menjadi penyiasatan. Pihak paper itu ada menghubungi kompeni yang dikatakan tempat Tania bekerja, tapi kompeni tu denied kata mana ada umat nama Tania kerja kat situ. Mereka berjaya menghubungi ahli keluarga Tania di Spain sana, oh rupa rupanya ahli keluarga Tania tahu segala galanya. Pembohongan semakin terbongkar. Rupa rupa nya, Ayah dan abang beliau juga di penjara kerana terlibat dalam penipuan kewangan. Menipu jugak? Apa dah sebati dalam darah daging atau penyakit keturunan? wtf wtf wtf

*memang tak boleh terima dek akal*

*bersama Linda yang di kencing hidup hidup, sian Linda*


Dari nama sebenar, perkahwinan, pejabat tempat Tania bekerja hinggakan ke kisah dongeng Tania berkahwin dengan Dave adalah penipuan semata mata, Tania di katakan gila perhatian, attention seeker kata omputih. Ramai lah umat dah kene kelentong dengan Tania ini. Nasib baik lah Tania tidak menandatangani sebarang dokumen rasmi, jadi ahli group survivor ini tidak lah boleh mengheret Tania ke kamar mahkamah selain dari menahan hati yang terbakar dan berasap akibat dari di kelentong oleh Tania ini. Dan Tania hidup bebas di kota new york di samping menanggung kemaluan yang amat sangat. Senang gila kan? dah menipu lepas bebas begitu sahaja?! wtf wtf wtf wtf

Kata Linda yakni si BFF Tania, dia sedih sebab selepas penipuan itu terbongkar, Tania tak pernah mai mintak maap sama dia. Tania just hilang begitu sahaja. Sabar lah Linda, lu baru kenal sorang penipu, kalau lu mai Malaysia ni lagi ramai penipu besar. Wtf

Farid kata: Pengajarannya, lu orang tak payahlah nak kelentong tentang kehebatan lu orang, dunia sekarang smakin canggih, smua kita boleh siasat dan jejak, bahkan kalau betul penipuan lu orang terbongkar, tahap malu adalah lebih teruk dari yang disangka kan. You stood as what you are, no matter how you are, who even care?! yang penting tak payah nak menipu nipu sangat, buruk padahnya.  memang la hebat, tapi hebat menipu, nak macam tu?? wtf *kaktin jika english saya berterabur sila betulkan, Ok.

6 comments:

Mya said...

apa nak jadi hidup mempropa kerjanya.
sedeyy..

farikh said...

mempropa demi kemasyuran?

emak. bukan penari tiang said...

masyooor al buaya. eh macam lagu p.ramlee. lupa lak haku cerita apakah.

farikh said...

ahmad albab barangkali ek eh lol

TiNiE said...

sadis ooiii.
demi nk fofular, sanggup kau?

farikh said...

ni jenis sanggup buat apa saja janji jadi perhatian, sian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis