Friday, September 21, 2012

9 cara mudah untuk buatkan flight attendant menjadi gila

Tempoh hari gua ada terbaca kat CNN sorang mamat attendant ni berkongsi pengalaman nya bekerja sebagai flight attendant. Berikut adalah 9 perkara yang selalu bikin flight attendant naik hantu:

1. Belajar menerima stetmen "saya bayar utk tiket saya"

- seat saya sempit
- Kenapa flight delayed?
- Kopi panas sangat
- Teh ni rasa pelik
- Buruknya kapal terbang ni

Berhenti! Im sorry bontot anda terlalu besar dan next time sila upgrade kepada first class.
Flight delayed kerana rakan penumpang anda masih sibuk shopping di kedai bebas cukai
Teruskan komplen, minuman seterus anda adalah Gin and Tonic di kacau menggunakan tumit high heels.

2. Tekan seperti Nintendo

Terus terusan menekan butang bantuan flight attendant. Tiada Mario atau Luigi akan keluar untuk membantu anda tapi King Bowser sedang marah akan membantu anda sebentar lagi. Mengikut statistik antarabangsa, seorang flight attendant bertanggungjawab kepada 50 penumpang dalam satu penerbangan. worst case scenario mungkin flight attendant sedang memberikan bantuan CPR atau menyambut kelahiran bayi sedangkan anak anda sedang sibuk menekan butang bantuan bertubi tubi.

Sebaiknya anda bangun, pergi ke Galley berdekatan dan minta bantuan. Stretching up kaki anda adalah sesuatu yang baik.

3. Berlagak seperti di dalam restoren

"Hari ini kami menyediakan stik daging bersama sos lemon grass dan daging bbq bersama nasi. Mana satu pilihan encik?" tanya pramugari yang cantik.

Sambil memandang pramugari, penumpang lelaki menjawab "Saya pilih ikan. Ada ikan? saya makan ikan sahaja"

Pertama, galley dalam pesawat bukan lah dapur. Flight Attendant tidak memasak. Begini, untuk mendapat ikan anda, semasa menempah tiket sila senaraikan hidangan istimewa pilihan anda. terima kasih.

4. Tanya soalan tidak masuk akal

Bayang kan segelas air bewarna hitam, berbuih dengan ais, anda fikir apa? yup ia adalah cola. Dan segelas air berwarna jernih, yup ia adalah air kosong. Bayangkan seluruh row bertanya soalan yang sama, bahkan yang duduk bersebelahan juga bertanya soalan yang sama? Dan soalan itu di tanya sebanyak 50 kali! Boleh jadi gila. Ada penumpang bertanyakan samada adakah ipad disedia kan semasa penerbangan?! speechless

5. Bisik dan ketawa

Mengutuk orang adalah sesuatu yang kurang ajar, bahkan tambah kurang ajar jika mengutuk di hadapan muka, lalu berbisik pada rakan sebelah dalam bahasa sendiri. Next time perkara ini terjadi, hanya perlu letak cart dihadapan pintu tandas, dan orang yang mengutuk anda akan terperangkap di dalamnya. karma comes fast.

6. Bercakap di telefon bimbit semasa kapal terbang berlepas

Tidak memadam kan telefon bimbit anda semasa berlepas adalah sesuatu yang merbahaya. Mereka selayaknya di jerit sambil tunjuk pada telefon mereka "Off Now!" The facts is, Pilot menghadapi kesukaran menghubungi menara kawalan, dan pilot bukan duduk di kokpit sambil berchit chat tentang fashion atau pop star, sedang kan telefon yang tidak padam mungkin akan menjadi penyebab kapal terbanng anda berlanggar dengan yang lain. Signal telefon anda berpotensi mengganggu perbualan pilot dengan menara kawalan.

7. Jadilah Ibu bapa yang bertanggung jawab.

Pernah terjadi seorang ibu meminta flight attendant untuk memasukkan coffee creamer kedalam botol bayi nya. Untuk pengetahuan puan, susu formula bayi dibenarkan untuk dibawa semasa penerbangan.

Dan sesetengah ibu bapa beranggapan flight attendant sangat gembira menjaga anak mereka, sambil mereka menonton filem atau tidur. Baby sitting tiada dalam job description. Bukan semua flight attendant suka menjaga anak anda dan menjaga anda sendiri sudah sedia kala menyukarkan tugas flight attendant.

8. Komplen tentang beg anda terlalu besar.

Anda datang dari rumah, seret beg besar anda, masuk kedalam kereta, angkat dan masukkan ke dalam but kereta, sampai di lapangan terbang, anda seret terus ke kastam dan terus ke tempat duduk anda.

Dan secara tiba tiba beg anda menjadi berat untuk anda angkat ke overhead compartment. Penumpang tidak sedar yang flight attendant tidak akan mendapat sebarang pampasan jika berlaku kecederaan atau kerosakkan. The deal is, sendiri bawa, sendiri angkat.

9. Abaikan signal memakai tali pinggang.

"apabila signal tali pinggang menyala, pakailah tali pinggang anda" ketara bukan?
Dalam setiap penerbangan pasti ada penumpang yang akan mengabaikannya dan bangun lalu ke tandas. Tidak kira anda akan membasah kan tempat duduk anda dengan bahan buangan anda, duduk dan pakai tali pinggang tersebut.

Dan ada juga penumpang, yang akan bangun lalu berjalan jalan sambil beramah mesra dengan penumpang yang lain. Jika semasa berlepas, mendarat atau melalui ribut dan anda masih merayau rayau di dalam pesawat, muka anda mungkin akan ditentam di sinki atau kepala penumpang lain.

Sekian.

Farid kata: kene fikir dua tiga kali nak tukar kerjaya, ada yang terjun pesawat akibat tekanan di luar batasan norma manusia.

2 comments:

mama-syira said...

Kalo keje kita deal dengan customer, memang boleh gile.

farikh said...

sakit jiwa, sakit nyawa jadinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis