Petang sesudah sampai di resort KT, tidurlah seround kerana kepala sudah weng satu macam. Pastu bangun terus rasa nak makan, Oh ya, resort yang kami duduk adalah kepunyaan tempat kerja gua, terletak di Pantai Batu Burok dan berdekatan lah dengan banyakkkkkk tempat makan.
Pastu gua pilih la kedai mana nak pegi. Pilihan gua adalah kedai yang tak ramai umat. Tokeinya seorang mamat yang dimana tua setahun dua dari gua, teka je. Pakai kopiah. Tapi mamat ni macamnya tak punya apa apa perasaan. Senyum tidak apa pun tidak. Ditanya nak minum apa, gua terus petik nak teh tarik, pastu di tanya nak makan apa, gua kata gua order kejap lagi pastu kemal mahu order "Meggi sup ada bang?" seraya mamat tu menjawab "Meggi sup tak de, meggi rebus ada" gua dah bikin muka paling pelilk, lalu kemal pun jawab "boleh la". Elok sahaja mamat itu berlalu, gua tanya sama kemal "apa meggi sup tu kekdah membuatnya bukan di rebus ke? bakar? salai?" Kemal dah gelak. Lantak sana.
*Meggi goreng paling hangat di pasaran* |
Usai aktiviti makan makan, mari jalan jalan di sekitar pantai. Gua tak rasa pantai sesuai untuk bermandi manda kerana tahap kecerunan nya adalah sangat ngeri. Angin sangat kuat dan panas juga.
*muka kemek tahan panas terik dan sebagainya* |
*kalau runtuh dinding pasir blakang tu, maka tertimbus lah hidup hidup* |
Ok sambung lagi.
Farid kata: Budi bahasa budaya kita, kurang budi bahasa, something wrong dengan budaya masyarakat itu. Sekian terima kasih
Published with Blogger-droid v2.0.6
2 comments:
nampak sedap !!
http://juanthegarage.blogspot.com/
Kuala Lumpur
mmg sedapppp
Post a Comment