Thursday, September 20, 2012

WOTW 1: Puan Normaya Sopiah pembuka ruangan baru ini




Oh My English!

Pertama-tama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Encik Farikh Manzora kerana telah memilih saya sebagai penulis jemputan yang pertama untuk menulis di dalam blog beliau ini.
Saya merasa terharu sangat.
Walaupun saya telah memungkiri janji di mana sepatutnya artikel ini saya hantar pada 2 minggu yang lalu.
Eh ke 3 minggu?  Ampunkan saya penunggu gua.

Tapi rasanya ni bukanlah artikel sangat kot.
Lebih kepada perkongsian jiwa dan raga.
Dan tajuk perkongsian saya ini ialah Oh My English!

Rata-rata blogger sekarang ni menulis blog sama ada dalam Bahasa Melayu penuh.
Ataupun dalam Bahasa Inggeris penuh.
Ada juga yang menulis dalam Bahasa Melayu rojak.
Rojak bermaksud ayat-ayat rempit disatupadukan dengan ayat-ayat Bahasa English yang kadangkala boleh tahan tahap kemerepekannya.

Note : Bahasa Inggeris. Bukan Bahasa English.

Tidaklah salah untuk seseorang blogger menulis dalam Bahasa Inggeris.
Tetapi suka lah saya nak mengingatkan, sila perhati dan baca dulu ayat-ayat Bahasa Inggeris anda itu sebelum dipublishkan.
Kerana ada segelintir blogger yang begitu yakin dan confident (eh yakin tu bukan confident ke?) menulis dalam Bahasa Inggeris sedangkan grammar berterabur, ejaan yang salah, penggunaan perkataan tidak kena pada tempatnya.

Yer memang betul (eh saya ni macam tau plak suara hati korang yer) yang suka hati blogger tu lah nak guna Bahasa English ke Bahasa Jerman ke, Bahasa Urdu ke dalam penulisan mereka, apa hak saya pulak nak masuk campur.
Jangan cepat melatah sayang-sayangku.
Saya bukan nak masuk campur.  Saya cuma rasa simpati.
Tugas saya cuma menegur. Untuk korang terima atau tidak, terpulanglah.

Sebab saya yang tak terror Bahasa Inggeris ni pun  boleh rasa terpana dan hampir terpitam dengan penggunaan Bahasa Inggeris sesetengah blogger.
Inikan pulak orang yang bijak pandai lagi bijak bistari dalam penggunaan Bahasa Inggeris.
Kemudian di belakang terdengar sok sek sok sek mereka ketawa.
Saya tidak lah mahu tertawa bersama.  Tak molek.
Oleh sebab itu lah saya menulis entry ini.

Mari kita perhatikan beberapa kesilapan yang pernah saya gotcha di blog.

taste - test

truck - track

royal - loyal

quick - quit

vogue - vouge

filing - failing

bias - buyers

through - threw

angle - angle

costume - custom

brake - break

story - storey

dan banyak lagi.  sila utarakan di kotak komen kalau ada nak buat penambahan.
untuk panduan dan benefits kita bersama juga.

kenapa tak tulis je komen kat blog blogger tu?
atau hantar email menegur. kenapa nak diaibkan sebegini rupa?
eh ada ke saya sebut nama sesiapa di entry ini? takde kan.
jadi jangan sewenang-wenangnya membuat pertuduhan saya mengaibkan sesiapa ya.
dosa tau.

saya pernah je hantar email pada sorang blogger ni.
menegur penggunaan bahasa Inggeris beliau.
dan beliau meng reply dengan senyuman.  bagus dia ni.
ada jugak pernah saya tinggal komen. tapi tak dipublish.
so pls?

saya rasa cukup lah setakat ini dahulu penulisan saya.
saya ingin beri laluan kepada penulis jemputan seterusnya iaitu kaktinponpon.
saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun :

every morning wake up and bersiap siaga
u go to office must early cannot late late
because if late your boss will amukan naga
kalau masih nak tulis omputih, sila gunalah google translate

sekian terima kasih.
jumpa lagi di lain entry (dengan harapan encik farikh manzora akan jemput saya lagi)

Lawati blog Puan Normaya Sopiah- www.blogmaya.com

Pada yang ingin berkongsi sebarang cerita mahupun pendapat jangan malu jangan segan, bolehlah email gua pleasegoaway82@gmail.com

Farid kata: WOFTW adalah writer of the week ya, bukan singkatan untuk carutan. Terima kasih saya ucapkan pada Puan Normaya Sopiah kerana sudi menulis dan berkongsi pendapat untuk ruangan ini. nantikan penulis seterusnya di minggu hadapan. Skema gila ayat cam pengacara tibi

4 comments:

Mya said...

in the zoo got animal like tiger
i saw tiger then i say wow wi
terima kasih kerana menjemput saya
semoga dijemput lagi di lain kali

TiNiE said...

kelllessss *opppss rempit sgt ejaan.
*clap...clap...clap*

farikh said...

pantun oh my english sudahnya
sesama lah kita

farikh said...

sila betulkan tatabahasa anda #CabutLariTerus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis